Sunday, September 30, 2012

Berwajah Muda

Berwajah imuda muda. Ehem... Ni entri masuk bakul angkat sendiri yang tidak berapa extreme (sesuai sangat la ngan nama blog ni kan). Tapi kalo rasa still tak bole tahan dengan tahap ke-extreme-an entri ni, bole pegang plastik siap2, in case nak termuntah. Hahaha...

Berbalik kepada topik. Korang rasa umur aku berapa agak2? Kalo korang tak leh nak agak sebab tak kenal aku, korang bole refer biodata aku, tak pun bole tengok muka aku kat SINI (bajet retis la tuh nak sruh orang teka umur2 ni).


 [Ayat aku sengaja blur sebab banyak typo dan grammar tunggang langgang. Nak elak kan diri
daripada menjadi mangsa kutukan pada masa akan datang]


Haaaa... Bukan senang nak jumpa orang yang kata aku ni nampak muda. Sebab unlike sesetengah orang yang memang nampak muda berbanding usia macam Aznil Haji Nawawi tuh, muka aku ni biasa2 je. Even maybe nampak tua berbanding usia sebenar.

Gambar tu aku print screen daripada sebuah forum yang aku join. Gambar aku dalam forum tu lak ada la dalam 2 tahun lepas. So mungkin la nampak muda berbanding skang kot, walaupun aku rasa muka masa tu ngan skang ni sama je. Aku agak terkesima gak la bila ada orang komen yang aku nampak muda. Terbangga kejap diri nih. Hehehe...

Korang macam mana lak? Tentu korang pun akan tersengih sorang2 kalo tiba2 ada orang kata "Eh, awak umur 112 tahun? Ingatkan umur 12 tahun tadi." Eleh, tak ngaku lak. Kalo korang jenis perasan lak, mesti memanjang je senyum sambil melebarkan lubang hidung jatuh seketul tahi hidung atas lantai.


p/s: cuba teka umur aku bape? sape tepat dapat choki2 free. cuma tinggal korang kena gi kat kedai pastu kuar duit daripada poket sendiri je...


Saturday, September 29, 2012

Resident Evil - Retribution

Walaupun aku tak dapat nak pegi tengok Resident Evil - Retribution kat The Curve secara free sebab dapat jemputan daripada Nuffnang, tapi aku tetap dapat tengok movie ni ari tuh. Tu pun lepas member aku ajak aku tengok. Maklum la. Asal nyer nak ajak karaoke. Tapi tak cukup korum lak. Last2 tengok movie je la...

Aku tak follow sangat franchise movie Resident Evil ni. Tapi sekuel sebelum Retribution ni aku ada la tengok. Bila member ajak tengok, aku memang on la. Ajak wife aku, awal2 dia reject nak tengok citer nih.




Dalam sekuel kali ni, Alice berusaha melarikan diri daripada pusat kawalan Umbrella Corporation selepas dia ditangkap dalam sekuel yang sebelum ni. Pada masa yang sama, dia bertemu semula dengan Jack & Jill Valentine yang suatu ketika dlu pernah turut berjuang dalam menentang zombie. Tapi kali ni, Jill Valentine berada di pihak Umbrella Corporation.

Dengan bantuan Ada Wong dan sekumpulan pasukan penyelamat, Alice cuba untuk meloloskan diri daripada pusat kawalan Umbrella tersebut. Tapi persoalan nyer, berjaya ke tak? Sila saksikan sendiri ending dia di pawagam yang berdekatan dengan anda. Chewahhh...




Hhhmmmm... Aku tengah fikir macam mana nak describe citer ni secara keseluruhan. Sebenar nyer, bila aku tengok citer ni, aku terhibur. Tapi tapi... Macam ada something yang missing. Daripada segi aksi ketika, tak kira la masa lawan zombie ke, masa lawan ahli Umbrella ke, bab yang tu memang terbaekk...

Tapi aku rasa jalan citer dia agak kureng laaa... Pastu for some reason, aku rasa macam citer ni kurang umphhh berbanding yang sebelum2 nih. Ntah la. Ke perasan aku je... Komen korang macam mana?




Friday, September 28, 2012

Masa = Kasih Sayang

Bercuti seminggu aku daripada berblogging. Busy dengan keje. Outstation kat Shah Alam ari tuh. Tapi walaupun bercuti, aku sempat je baca blog korang. Cuma aku takde masa nak tulis entri untuk blog aku nih. Yang ada dalam draft pun aku tak sempat nak complete. Tapi takpe. Since ari ni aku cuti, aku akan cuba untuk siapkan. Supaya senang aku nak publish tiap2 ari pasni. Hehehe...

Sementara menantikan aku siap menaip entri yang yang laen (tu pun kalo aku rajin la), aku nak sembang sket pasal perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal kekeluargaan. Chewahhh... Dah macam pakar kauseling keluarga lak aku nih. Kih3...

Aku sebenar nyer cuma nak stress kan yang masa untuk bersama2 dengan family tu amat penting. Keje tu keje jugak. Tapi jangan sesekali mengabaikan keluarga. Kalau busy sangat pun, tak kan tak leh luangkan sehari untuk bersama2 dengan keluarga. Hari Ahad kan ada... Tapi kalo Ahad pun korang busy gak, tak kan at least sejam dua jam tak leh luangkan masa dengan family. Paling tak pun, makan bersama2 dengan family. Makan ramai2. Pun jadi laaaa...

Kalo ada anak, lagi la perlu korang luangkan masa dengan anak. Jangan sampai anak tak kenal korang sudah. Tak pun, anak lagi rapat ngan bibik daripada rapat ngan mak bapak nyer. Tak ke haru camtu?


[Nak tengok video mengharukan sekejap, sila tengok kat Youtube]


Kesimpulan nyer, masa = kasih sayang. Lebih banyak masa yang diluangkan untuk bersama2 keluarga, lebih banyak la diorang mendapat kasih sayang daripada korang. Tapi... Ada tapi nyer. Jangan la harap je ada kat umah. Tapi duduk kat umah 24 jam online dalam bilik. Anak bini (suami bagi yang berjantina perempuan) kat ruang tamu.


p/s: ada gaya nak jadi pakar motivasi/kaunseling tak?


Sunday, September 23, 2012

Panggung Terbelah Hoax!!!

Kalo tak silap aku, sejak semalam lagi dah heboh pasal gambar yang konon2 nyer panggung wayang yang terbelah semasa tayangan The Innocent of Muhammad gara2 gempa bumi. Tapi korang perlu ingat. Kita tak sepatut nyer percaya bulat2 info yang macam ni. Lagi2 yang orang sebarkan kat Facebook dan Twitter.

Korang tentu tak nak kita diketawakan oleh orang kat luar sana sebab maen percaya je benda2 macam ni tanpa selidik dlu info tu btol ke tak. Well, aku tak nak ulas banyak2. Sebab aku pun tak reti sangat. Ni pun aku terbaca kat Blog Serius tadi dan aku rasa it it something worth to share.






Sama macam info yang Neil Armstrong tu dah masuk Islam, citer panggung terbelah ni pun hoax semata2. Aku rasa orang yang reka citer ni mesti tengah tergelak2 kat kita sebab diorang dah berjaya menipu kita bulat2.


Sumber: Blog Serius


Saturday, September 22, 2012

8th Giveaway oleh UmiYumi



Kenal gambar kat atas ni? Kalo tak kenal, dah sah tak memasak. Malahan tak pernah masuk dapur. Alangkan aku yang tak reti memasak pun tahu gambar kat atas tu apa. Mana2 yang tak tahu tu (betul ke ada yang tak tahu ni?), tu frying pan nama nyer.

Nak benda ni secara percuma tak? Jenama Tefal tuh... Hehehe... Kalo nak, korang kena la join GA yang dianjurkan oleh UmiYumi nih. Kalo korang nak join, korang bole klik kat SINI untuk tahu lebih lanjut pasal GA nih.


p/s: pergh, kalo menang nih, bole bagi hadiah kat wife aku. tapi tak bole nak surprise la sebab dah sah2 dia baca blog aku nih.


Monday, September 17, 2012

Maggot dalam Makanan

Aku rasa korang mesti pernah makan kat kedai mamak kan. Aku antara orang yang sker makan kat kedai mamak. And sometimes kalo ada bola sepak, aku lepak kat kedai mamak gak sambil pekena segelas Nescafe Ais dan goyang kaki selama 2 jam. Ye, cuma segelas je. Takde nyer nak order lebih.

Bila sebut pasal kedai mamak, tentu ada segelintir yang akan kaitkan dengan benda alah ni.





Maggot. Honestly, aku tak pernah jumpa lagi maggot dalam makanan aku setakat ni. Harap nyer pada masa depan pun tak jumpa gak. Korang pernah jumpa tak maggot dalam makanan korang?

Aku rasa kalo nak makan kedai mamak, korang kena pilih kedai yang bersih. Kalo makan kat kedai mamak yang kotor, confirm jumpa maggot dalam makanan.


Sunday, September 16, 2012

Korean Drama - City Hunter



Lee Yoon Sung (lakonan Lee Minho) merupakan graduan MIT yang berbakat dan bekerja di bahagian pusat komunikasi antarabangsa di Blue House. Tetapi sebenar nyer tu sumer hanya disguise sebab motif sebenar dia adalah nak balas dendam kat 5 orang ahli politik yang pernah terlibat dalam pembunuhan ayah dia bersama2 dengan 20 lagi askar negara.

Yoon Sung dibesarkan oleh Lee Jin Pyo (lakonan Kim Sang Joong) yang merupakan satu2 nyer askar yang terselamat antara 21 orang askar dalam satu operasi yang dikenali sebagai Operation Clean Sweep. Yoon Sung menggunakan nama gelaran "City Hunter" dalam misi membalas dendam dia.

Dan pada masa yang sama, dia berjumpa dengan 2 orang individu yang memainkan peranan penting dalam hidup dia. Awek bernama Kim Na Na (lakonan Park Min Young) dan Kim Young Joo (lakonan Lee Joon Hyuk) sebagai peguam pendakwa raya.





Apa yang best nyer pasal citer ni? Well, korang nak tengok citer genre apa? Aksi, dendam, cinta, hubungan kekeluargaan, hero yang membantas kejahatan? Memang fully package la citer ni. Sumer ada. Tinggal korang nak kena tengok je.

Jalan citer dia menarik. Aksi berlawan dia pun menarik. Cara dia bongkarkan korupsi ahli2 politik yang terlibat pun menarik. Percintaan pun romantik sebab dia sanggup buat apa sahaja untuk awek dia, sehingga sampai satu tahap dia tak mau bercinta takut orang yang dia cintai tu akan menjadi target musuh2 dia.

Dan kalo korang nak tengok macam mana seorang bapa yang mati, tapi pada masa yang sama cuba cover up kesalahan anak dia, korang kena tengok citer nih. Aku nak bagi double thumbs up kat citer sambil manly tears sebab 2 episod dia sangat tragis dan haru biru.




Saturday, September 15, 2012

Hotel Alami Garden

Actually aku nak up entri pasal citer Korea City Hunter. Tapi sebab baru ari tu je aku up pasal citer Shining Inheritance, rasa macam tak best lak aku up satu lagi entri pasal citer Korea lak kan. Takpe2. Next entri aku up pasal City Hunter. Hari ni aku up entri yang dah lama bersawang sebab dah berbulan2 dok dalam dashboard tak publish2.

Entri ni sebenar nyer bole dikategorikan sebagai sekuel kepada review Hotel EV World ari tuh. Masa aku gi program induksi ari tuh, aku bukan duduk kat EV World je. 2 hari terakhir sebelum tamat program, aku duduk kat Hotel Alami Garden.




Aku rasa Hotel Alami Garden ni hotel baru. Even receptionist dia pun kata yang hotel ni tak sampai setahun lagi. Terletak kat Presint 1, Seksyen 13, Shah Alam. Hotel ni aku nak kata hotel bajet pun, mungkin tak kot. Sebab rate dia takde la murah macam Hotel EV World.








Bagi aku, bilik dia nice. Katil pun selesa. Nyenyak aku tdo. Sampai nak tengok EURO 2012 pun tak terbangun masa tuh. Hahaha... Kalo nak online, ada WIFI percuma. Tak perlu nak pakai broadband bagai. Bilik air dia pun best. Cuma takde bathtub je la. Tapi aku okay je. Aku bukan minat sangat mandi bathtub nih. Sekali sekala buang tebiat je.

Kalo perut korang berbunyi sakan (makna nyer lapar la tuh), kedai makan pun ada kat sekitar kawasan ni. Cuma aku tak pernah try makan kat area sini lagi. Aku kalo duduk kat Shah Alam ni, asal makan je confirm gi Seksyen 7. Duduk jauh pun, bila bab makan, mesti gigih drive gi Seksyen 7. Ntah apa yang tarik aku gi situ aku pun tak tau. Mungkin sebab ada banyak jenis kedai makan kot. Senang nak pilih ikut selera. Tapi kalo pagi2 tu, tak yah kuar makan pun takpe. Breakfast ada disediakan.

Standard room untuk hotel ni cuma RM 118. Since bilik dia selesa, katil pun best, WIFI percuma pun ada, aku rasa RM 118 tu kira berbaloi la. Dan pada pendapat aku la, RM 118 untuk bilik yang macam ni dah kira murah untuk hotel area Shah Alam. Seriously. Memang aku recommend hotel ni kalo korang nak hotel yang murah tapi selesa.


Thursday, September 13, 2012

Korean Drama - Shining Inheritance

Aku rasa citer Korea yang aku nak share kali ni mesti ramai yang dah tengok. Sebab kalo tak silap aku, citer ni dah 2 kali tayang kat TV. Cuma channel dan waktu tayangan je berbeza. Tapi dua2 pun aku tak dapat tengok. Or mungkin aku malas nak tengok sebab suara dah dub dalam bahasa mandarin. Aku memang tak minat citer2 dub mandarin nih. Melainkan citer tu memang citer bahasa mandarin.

Tajuk k-drama kali ni adalah Shining Inheritance atau nama laen nyer, Brilliant Legacy. Aku tak tau kenapa nama citer ni ada 2 nama untuk versi omputih tapi yang aku tau citer ni best. Sebenar nyer citer ni patut nyer dah lama aku review. Daripada sebelum raya ari tuh lagi aku dah khatam citer nih. Maklum la, waktu berbuka puasa confirm layan citer nih sambil makan. Hahaha...




Citer ni mengisahkan Go Eun Sung (lakonan Han Hyo Joo) yang baru balik daripada oversea untuk berjumpa dengan keluarga nyer tetapi terpaksa berhadapan dengan kematian bapa nyer akibat daripada kebakaran. Dan pada masa yang sama, syarikat bapa nyer mengalami kerugian dan jatuh bankrap mengakibatkan dia dan keluarga nyer terpaksa berpindah daripada rumah mereka yang sedia ada.

Konflik awek bernama Go Eun Sung ni bukan setakat tu je beb. Dah la bapa dia mati. Pastu kena halau ngan mak tiri dia. Terpaksa la dia hidup miskin dan mula mencari kerja laen di samping menjaga adik dia yang ada penyakit austin 3:16 autistik. Bertemu lak ngan mamat bernama Sun Woo Hwan (lakonan Lee Seung Ki) yang berperangai agak celaka masa tuh, memang menyerabutkan kepala otak Eun Sung.

Bla bla bla aku letih nak cakap banyak wigu wigu wigu, akhir nyer Eun Sung dengan tak sengaja berkenalan dengan sorang nenek tua yang bernama Jang Sook Ja. Nenek yang bukan calang2 nenek (sebab dia president satu syarikat memproses makanan), telah menamakan Eun Sung sebagai pewaris syarikat dia.

So, sebab apa nenek tu tiba2 nama kan Eun Sung sebagai pewaris. Tapi kenapa? Sedangkan dia ada cucu macam Sun Woo Hwan untuk diwariskan. Dah tu, bagaimana lak hubungan Woo Hwan ngan Eun Sung lepas tuh? Confirm hubungan diorang caci-maki-saja-diri lepas tuh kan, especially Woo Hwan yang tiba2 dipinggirkan daripada mewarisi harta nenek dia. Eh, jap2. Macam mana lak ngan mak tiri Eun Sung tuh? Ahhh... Korang tengok je la sendiri. Banyak sangat nak citer, 12 malam pun tak abes kalo macam nih.





Aku sebenar nyer tengok citer ni sebab awek dia comel je. Hahaha... Naseb baek citer pun best, walaupun kadang2 tension gak sebab mak tiri Eun Sung ni serius jahat giler. Kadang2 nak bagi penyepak pun ada. Naseb baek lakonan je semata2.

Jalan citer dia pun menarik. Lagi2 bab komplot jahat mak tiri dia. Ada je akal dan fikiran dia tak nak bagi Eun Sung menang. Tapi jangan risau la. Tema orang baik slalu menang ditonjolkan dalam citer ni. Hehehe...




Sunday, September 9, 2012

Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi



Ari ni aku join segmen untuk menambah bala tentera aka follower blog aku. Segmen ni anjuran Zyraroxx. Dia kata aku bole menulis ikut sker je. Pandang pendek entri ikut sesuka hati mahu pun hempedu. Kalo tak sesuka hati, tak yah tulis entri langsung. Hahaha...

Kalo nak tahu, follower aku setakat ni hanya ada 195 orang je. Harap lepas ni bertambah2 dan bercambah2 bak cendawan yang tumbuh lepas hujan. Tak pun bagai lumut yang tumbuh kalo jamban tak cuci lama sangat. Haaaa... Bole bayangkan tak?




Kalo korang nak join segmen nih, korang kena ikut syarat2 yang tidak skema (mengikut kata Zyraroxx la) ni.


1. Buat entri bertajuk "Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi", pastu tempek banner tu kat entri.

2. Isi entri lak, korang hentam la tulis apa2 pun. Ikut sesedap hempedu korang.

3. Letak jumlah follower korang skang.

4. Jangan lupa letak link entri korang kat SINI.

5. Pastu jangan lupa follow blog tuan empunya segmen ngan blog aku...

6. Like page Zyraroxx kat SINI.


Saturday, September 8, 2012

Jemputan Pertama dari Nuffnang

Setelah beberapa kali join contest yang Nuffnang buat, akhir nyer semalam aku dapat email untuk jemputan tayangan premier movie Resident Evil: Retribution (3D). Kira nyer aku salah sorang daripada 80 orang yang bertuah la gamak nyer. Atau mungkin juga jawapan aku terlalu bernas untuk direject oleh ahli panel Nuffnang. Wakakaka...

Tak expect pun dapat invitation tu sebab selama ni slalu join untuk sker2 je. Maklum la. Sebelum ni join2 pun, haram takde yang menang. Last time aku buat entri pasal Nuffnang nyer contest pun Mei lepas, sempena ngan tayangan movie Madagascar 3.




Tapi yang sedih nyer, memang aku tak bole pergi la tayangan premier Resident Evil nih. Sebab dah la wat kat Curve, pastu hari Rabu lak tuh. Memang tak bole nak gi la kan. Keje satu hal. Jauh lak tuh. Baek aku beli sendiri tiket wayang tuh. Lagi murah compare ngan duit minyak ngan tol nak gi sana. Hehehe...

Apa pun, kalo korang nak check it out tentang contest ni atau nak baca review sket pasal movie nih, korang bole baca kat SINI. Kalo korang nak tengok contest2 laen yang still available untuk korang join, korang bole klik kat SINI.




p/s: ada sape2 nak join aku gi tengok muvi ni tak?


Tuesday, September 4, 2012

Forever Alone




Gambar ni sekadar hiburan. Tak ditujukan kepada sape2 termasuk mak cik yang jual kuih seberang jalan, sanak sedara nun jauh di sana apatah lagi jiran yang berjalan selangkah dua langkah dah sampai rumah dia. Sekadar hiburan. Dengar tuh. HIBURAN.

Kalo korang cool, sila komen. Kalo korang jenis tak cool dan kebetulan korang serbanistas, harap komen simpan dalam hati. Takut kalo korang komen kat sini, takut korang kena sembur balik ngan aku berkecil hati dengan komen korang.

Btw, aku dah kawen. So benda ni tak bole diaplikasikan kat aku mahupun bini aku. Kih3...


Saturday, September 1, 2012

Toy Museum Penang

Sape pernah pegi Toy Museum kat Penang? Mesti tak ramai yang pernah pegi kan. Mana tak nyer. Signboard memang tak jumpa kat tepi jalan la. Memang takde. Tak caye gi cari. Jadi cuma ada 2 cara je nak cari. Either korang guna GPS atau google cari maklumat yang secukup nyer aka alamat atau google map.


[Lupa nak amek gambar overall bangunan sebab...]


Sebab bangunan dia tak besar pun. Tak macam muzium pun. Sebab tu slalu ikut jalan tu gi Feringghi tak pernah nak perasan Toy Museum nih. Sebab bangunan dia tak macam muzium.


[Cilok gambar kat google je]


Dalam muzium ni ada banyak patung2 animasi mahu pun daripada movie2 popular macam The Matrix, Cinderella dan macam2 lagi. Apa pun, mari kita layan gambar dlu.


[Corpse Bride]


[Patung kegemaran kanak2 pompuan dan kadang2 kanak2 lelaki pun ada - Barbie]


[Agak2 aku ngan Jack Sparrow, sape lagi hensem?]


[Gundam]


[Power Rangers]


[Godzilla]


[Batman]


[X-Men, tapi patung Wolverine yang banyak]


[Spider-Man]


[Sape ingat lagi citer ni? Spawn]


[Superman]


[Ironman]


[Animasi kegemaran masa kecik - Dragonball]


[Kamen Rider]


[Camne ntah patung Ichigo tu bole tergolek]


[Chucky]


[Freddy vs Jason]


[Bukan patung animasi ngan movie je ada, wrestling pun ada. Bole cam
mana The Rock?]


Tapi aku rasa kalo bawak kanak2 masuk muzium ni, macam bahaya pun ada. Sebab ada sesetengah patung tu tak bape nak appropriate. Contoh nyer...


[Camne bra dia bole tertanggal pun aku tak tau]


[NSFW, jadi aku censored kan awal2. Hahaha...]


Sebenar nyer aku nak cakap Toy Museum ni best sangat pun, tak la. Best takat dapat tengok banyak patung2 je la. Tu je. Tapi ada banyak yang tak best nyer.


1. Muzium ni kecik je. Kalo korang jenis yang tengok2 je, pastu blah, nescaya 10-15 minit je la korang kat dalam muzium tu.

2. Tak seperti yang aku expect. Nama Toy Museum, tapi dalam tu banyak patung je. Aku ingat ada la model skyscrapper ke, tak pun barang mainan yang laen. Kalo ada model keretapi skali ngan landasan dan landscape mesti lagi best. Tapi takde pun...

3. Bahagian dalam muzium ni cam hampeh design je. Patung2 tu dia susun atas rak biasa je. Pastu tampah cermin plastik. Dah tu je. Kawasan dalam pun dah macam tongkang pecah pun ada. Tapi since dia kata tak lama lagi nak pindah, so mungkin jadi gitu sebab diorang tengah kemas2 nak pindah.


Harga masuk RM 10 seorang, which is pada aku mahal kalo nak bandingkan ngan apa yang ada kat dalam. Setakat tengok, tak leh pegang, plus tempat pun tak besar mana, memang aku rasa RM 10 tu mahal. Tapi kalo korang takde tempat laen dah nak jalan, bole la kalo nak consider Toy Museum ni sebagai salah satu destinasi jalan2 cuci mata korang. By the way, tak lama lagi Toy Museum ni pindah ke tempat laen. 3 kali ganda lagi besar kata nyer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...