Friday, December 27, 2013

Cuti Krismas + Tahun Baru

Dah lama aku tak update blog. Ye, aku tahu. Cuma belum sampai tahap tak update sampai sebulan. Yang tu kalo bole aku hindarkan la kalo bole. Tapi kalo terjadi gak, nak buat macam mana kan. Sebenar nyer aku menghilang kejap nih sebab busy dengan something. 22 Disember lepas, aku ada handle event dinner untuk tempat keje aku kat Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang.

So, aku ngan beberapa AJK yang laen dah start busy dengan preparation seminggu sebelum tuh. Memang agak busy dan kalut sebab kebanyakan aktiviti time dinner tu banyak yang melibatkan aku seperti gimmick opening dan juga beberapa persembahan. Terutama nyer adalah sketsa, yang memerlukan banyak latihan (walaupun sketsa tu miming je sebab dialog sumer dah rakam terlebih dahulu). Tak dapat gambar lagi, so tak bole nak share kat sini. Hehehe...

Sepanjang preparation tuh, hampir setiap hari balik malam. Kadang2 tu dah tengah malam baru balik. 2-3 hari sebelum event, memang tak cukup tdo. Lepas abes event tuh, baru dapat tdo puas2. Sempena cuti krismas nih, aku dapat gak cuti 3-4 hari. Memang aku bantai tdo puas2. Hari ni baru nak menggagahkan diri untuk update blog.

Ok la. Aku nukilkan takat ni dlu. Tengah terkial2 mencari idea nak menaip nih. Ahakzz...

Sunday, December 15, 2013

Cameron Highlands - Rose Valley

Musim cuti sekolah ada lagi setengah bulan. So, macam mana ngan cuti sekolah korang? Err... Maksud aku, bagi yang bersekolah la kan. Yang mana bekerja tuh, aku tau korang still bekerja. Dan yang masih sambung belajar, aku tau korang still kena gi kuliah macam biasa. Cuti pun time weekend je kan. Hahaha...

Dalam banyak2 entri pasal Cameron Highlands yang aku pernah buat, aku ada ter"miss" satu entri. So hari ni baru aku nak publish. Hehehe... Sebenar nyer, ada satu lagi tempat yang menarik bole korang kunjungi kat Cameron Highlands. Even aku pun first time melangkah kat tempat nih. Tempat di mana bunga2 ros kembang mekar tanpa risau ada orang petik. Rose Valley nama tempat nih.


rose valley, rose valley cameron highlands


Kat sini ada macam2 jenis bunga ros. Kecik besar kecik besar je bunga dia aku tengok. Merah, kuning, putih, kelabu asap. Sumer ada lah. Kalo korang rasa ada yang takde, sila bagitau tuan punyer Rose Valley. Hehehe...


rose valley, rose valley cameron highlands
[Bunga dia ada yang berbau, ada yang takde]


bunga ros, rose valley, rose valley cameron highlands
[Bunga idaman para wanita mungkin?]


Tapi bukan setakat bunga ros je ada kat sini sebenar nyer. Bunga laen pun ada gak. Rose Valley ni bole tahan besar gak sebenar nyer. Tak larat nak berjalan. Ada gak tempat2 untuk orang berehat. Tempat jual2 barang cenderahati dah tentu ada la kan.


rose valley, rose valley cameron highlands


fountain, rose valley, rose valley cameron highlands
[Foutain pun ada... Err... Abaikan aku yang selekeh tuh]


Asyik2 datang Cameron Highlands je, pergi Strawberry Farm. Pergi Bee Farm. Pergi Boh Sungai Palas. Pergi Cameron Valley. Apa kata pergi Rose Valley pulak. Baru ada kelainan sket.


Tuesday, December 10, 2013

Add-on Avast Ganggu Mozilla Firefox

Beberapa bulan lepas aku format laptop aku. Dan biasa la, lepas2 format, mesti nak kena install antivirus kan. Dlu aku guna Avira. Tapi kali ni aku berubah ke Avast lak. Masa install Avast tuh, dia mintak untuk install add-on kat Mozilla sekali. So aku iye kan je la. Malas nak fikir lama2 pun masa tuh. Sebab masa tu aku rasa takde efek apa2 pun. Malahan mungkin lagi bagus sebab boleh protect sekali masa aku browse internet.

Bila dah install add-on tu, aku pun browse la macam biasa. Masa tu tak perasan pun apa2 perubahan. Tapi masa bukak page Nuffnang, tiba2 paparan page jadi macam nih.


nuffnang, add-on avast, mozilla firefox


Paparan sebenar Nuffnang pulak kan macam ni.


nuffnang, add-on avast, mozilla firefox


Masa tuh aku ingat Nuffnang yang ada problem ngan server. So aku buat dunno je la mula2. Blog aku pun sama. Iklan Nuffnang tak muncul2 kalo aku guna Mozilla Firefox. Tapi kalo guna Google Chrome, iklan Nuffnang cantik je muncul. Lama2 aku terfikir sama ada mungkin ke version Firefox yang aku pakai ni tak compatible ngan Nuffnang. Jadi aku anta la tiket ke Nuffnang tanya pasal isu nih.


nuffnang, add-on avast, mozilla firefox


Bila dapat jawapan kata nyer blog aku okay je, mula aku terfikir yang mungkin masalah disebabkan oleh add-on yang pernah aku install kat Firefox. Satu2 add-on aku disable. Dan last sekali dapat tahu yang add-on Avast yang menyebabkan interface Nuffnang jadi begitu (dan mungkin juga sesetengah website yang laen). Aku tak tau punca sebenar di sebalik nyer, tapi aku suspek mungkin sebab setting Avast untuk protect laptop aku semasa online.


p/s: korang pernah alami benda yang sama tak?


Sunday, December 8, 2013

Tempat Makan Menarik di Kota Bharu Kelantan

Ehem... Macam dah lama je aku tak update blog.

*sambil tiup2 laptop yang dah bersawang

Eh, blog yang yang dah lama tak bukak sebenar nyer. Laptop aku bukak tiap2 hari je. So sepatut nyer blog yang bersawang, bukan laptop.

*bertukar daripada tiup laptop kepada tiup blog (pandai2 la korang imagine macam mana)


Okey. Back to the main point. Dalam entri sebelum nih, aku ada kata nak buat review tentang tempat2 makan yang menarik di area Kota Bharu kan. So, entri yang dimaksudkan tu entri ni la. Hahaha... Okey, tak kelakar sangat. Tapi bole la takat nak bagi korang sengih sorang2 depan laptop.


1. Captain T Restaurant

Aku tak pernah tahu pasal kewujudan restoran nih until la wife aku yang ajak makan malam kat sini. Bukan berdating mahupun ber"honeymoon". Sebab adik dia ikut sekali. Nak tahu kedudukan dia kat mana? Korang tahu Tesco Kota Bharu kat mana? Korang tahu stesen bas Kota Bharu kat mana? Haaaa... Korang cari la sendiri kat mana. Aku bagi hint dah tuh. Aku pun tak perasan restoran ni walaupun boleh dikatakan selalu gi Tesco kat sana sebab restoran ni kena hadang ngan deretan bangunan kedai.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


Memang menarik makan malam kat sini. Kalo tempat melepak lak, boleh dikatakan lebih eksklusif berbanding lepak kat kedai mamak. Tapi bila dah tempat pun eksklusif, harga dia jangan cakap la. Aku boleh katakan agak mahal gak la.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


Apa yang aku makan? Of course lah menu makanan yang paling murah dalam senarai menu dia. Iaitu nasi goreng. Hahaha... Aku dah tak ingat dah nasi goreng apa. Tapi harga lebih kurang RM 10 macam tuh. Tapi nasi goreng dia memang puas hati la. Udang dia pun besar. Lagi satu, kalo korang jenis tak makan banyak, baek korang share je nasi tuh. Sebab dia kasi memang banyak.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik
[Kalo ada family gathering, kalo boleh makan kat dalam ni.
Ni baru btol2 terapung atas air nyer]


2. Kopitiam Kita

Beralih ke menu makan pagi pulak. Pagi2 ramai gak orang yang datang makan kat sini tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, sumer pun ada. Kalo korang nak makan kat sini, korang boleh guna GPS coordinate nih, 6.129589,102.249001. Aku pun guna code ni je masa cari kedai nih. Dicilok daripada blog Eat Till Tummy Full.


kopitiam kita, kota bharu, tempat makan menarik


Antara menu dia yang laen daripada yang laen adalah Roti Titab. Roti dia roti celup telur. Pastu ada telur separuh masak atas roti tuh. Dan ada sekaya sekali untuk dimakan bersama2. Cara nak makan, ikut kreativiti masing2. Korang nak ngap terus ke. Korang nak gaul2 dlu telur ngan sekaya tuh ke. Lantak korang lah. Tapi kalo nak lagi kreatif, korang mintak pak cik meja sebelah tolong makan kan untuk korang.


roti titab, kopitiam kita, kota bharu, tempat makan menarik


Selaen daripada Roti Titab, ada gak makanan laen. Especially nasi berlauk sebab orang Kelantan memang makan nasi berlauk pagi2. Ada macam2 jenis nasi berlauk ngan macam2 nama sampai susah nak teka ada apa dalam nasi berlauk tuh. Tu korang kena tanya tauke.


3. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Sape yang pernah pergi Kampung Kraftangan kat pekan Kota Bharu, mesti pernah makan kat Restoran Nasi Ulam yang btol2 sebelah menyebelah je. Nak tengok dekat tak dekat?


restoran nasi ulam, kampung kraftangan, kota bharu, tempat makan menarik





restoran nasi ulam, kampung kraftangan, kota bharu, tempat makan menarik
[Kalo ikut exit yang nih, keluar2 terus sampai kedai makan]


Dah nama pun Restoran Nasi Ulam kan, so haruslah menu utama dia ulam untuk dimakan bersama nasi. Tapi lauk laen pun ada gak. Bukan makan nasi ngan ulam je semata2. Korang sama ada boleh gi amek nasi sendiri atau korang ada set aje bagi yang datang dengan keluarga.

*gambar makanan lupa nak snap sebab masing2 kebulur


aiskrim kelapa, kampung kraftangan, kota bharu
[Apa pun, aiskrim kelapa ngan pulut kat Kampung Kraftangan ni memang best]


4. D'Klasik Kopitiam

Aku tak pasti sama ada kat Kelantan ni ada Oldtown White Coffee ke tak. Yang aku pasti, kalo takde pun takpe sebab kat Kota Bharu ada D'Klasik Kopitiam yang konsep dia lebih kurang sama je macam Oldtwon White Coffee.


d'klasik kopitiam, kota bharu, tempat makan menarik


Lokasi dia dekat area Wakaf Che Yeh. Kalo korang daripada Ketereh ke arah Kota Bharu, kopitiam nih terletak selepas Wakaf Che Yeh dan McDonald. Aku malas nak ulas banyak2 sebab aku percaya korang boleh agak makanan kat sini macam mana. Tapi nak tau gak, korang boleh julingkan mata tengok menu nih.


d'klasik kopitiam, menu


Setakat nih, tu aje antara tempat2 makan yang aku boleh share. Korang pulak ada yang nak tambah ke? Boleh aku ajak wife aku terjah lepas nih bila aku balik Kelantan laen kali...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...