Tuesday, May 11, 2010

Menjejak kaki di kampus kejuruteraan USM

Hari ni bermula dengan semangat kerja yang agak berkobar2. Masuk keje je, terus wat keje lab. Laptop tak bukak. Sampai2 je kat meja ofis aku, terus aku letak beg, capai lab coat dan bergegas ke lab. Konon2 rajin la kan. Hahaha... Tapi rajin takat 9.30 pagi je la. Pastu aku stop. Sebab aku tau kul 10 nanti ada talk yang akan disampaikan oleh bahagian Human Resources (HR) dari Shah Alam. HR Roadshow nama nyer. Nama program macam nama program jelajah dunia lak. Tak jelajah dunia, mungkin jelajah seluruh Malaysia.

Tapi mula2 tu, macam takde orang je yang nak gi. Terus aku lepak kat ofis, bukak laptop, update buku catatan harian aku. Tengah aku check2 emel, member aku lak call, ajak turun auditorium, dengar talk tersebut. Dah orang ajak, aku join da club je la. Alhamdulillah, siap ada bagi makan2 lagi sebelum program tu. Kenyang gak la perut time tu, walaupun aku makan 2 bijik kuih je. Nak kenyang sangat, tunggu makan tengah ari la.

Nak dicepatkan citer, lepas abes talk tu (tak nak citer talk tu cakap pasal apa, sebab aku bukan nak citer pasal talk tu kan), kitorang pun nak kuar la makan tengah ari. Tiba2 member aku bole ajak aku gi USM. Nak beli buku macam buku yang aku ada pinjamkan kat dia. So, dia ajak aku ikut sekali. Dia dah isi borang kuar, bos pun dah sign, siap add nama aku sekali dalam senarai (kami ni bertiga yang nak ke USM nih). Aku pun ok je, memandangkan aku tak pernah pegi USM Nibong Tebal. Dan aku juga nak tau jalan ke sana, sebab Cik Ida nak datang tak lama lagi, dan hajat nyer nak melawat USM, tempat dia belajar dlu. So, aku amek la kesempatan tu untuk mengenali jalan2 nak ke sana.

Jalan nyer mudah je. Takde la serumit yang aku sangkakan. Takde belok sana, belok sini. Ikut jalan Kulim-Bandar Baru. Lebih kurang 40 min kami sampai. Tu naek Viva. Kalo naek kancil aku, mungkin 50-60 min gak kot (tapi kalo takde lori, lagi cepat bole sampai). USM Nibong Tebal ni takde la besar sangat macam yang aku sangkakan. Mungkin sebab cuma melibatkan kampus kejuruteraan je. Tapi tak sure la kecik ke besar kan. Sebab kitorang bukan pusing keliling kampus tuh. Kat belah depan je. Kan nak gi koperasi USM je. Hehehe... Takpe2. Nanti Cik Ida bawak saya ronda2 ek. Mana la tau, kot2 USM Nibong Tebal tu lebih besar dari sangkaan saya. Hik3...

Time kitorang sampai, tak banyak orang pun kat sana. Mungkin exam dah abes dan pelajar pun ramai yang balik. Naseb baek koperasi bukak. Kalo tak, sia2 perjalanan kami ke situ. Tapi last2, tak jumpa pun buku yang kami cari2. Tapi sebagai pengubat pilu, member aku beli gak satu buku ni, yang aku consider berbaloi gak dia beli. Sebab apa yang dia nak study tu, ada gak dalam buku tu. Pastu, kitorang pun balik. Nak dekat kul 4 baru sampai tempat keje aku.


EXTRA:

Ni sebagai tambahan entri, yang takde kena mengena ngan entri ni. Saje je nak selit kat entri ni sebab malas nak wat post yang baru. Ni pasal kekalahan Malaysia kepada Jepun dalam Piala Thomas. Apa nak jadi ngan player2 Malaysia ni. Kalah 2-3. Apa la diorang ni. Harap kan Lee Chong Wei ngan beregu pertama Malaysia je (Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat). Yang laen sumer tak leh pakai. Ngan Jepun pun bole kalah. Macam mana nak menang ngan China dan Indonesia. Kalo camtu la maen, tak usah harap la nak bawak Piala Thomas balik ke Malaysia. Kalo maen macam tu, lawan ngan Denmark pun belum tentu bole menang. Apa pun, improve performance kalo betul2 berhasrat nak jadi juara.

4 comments:

eEe...da said...

rindunya my usm

aswadz said...

nnt abg bwk ida gi...

:: arLynnE :: said...

hoit.datang usm tak bgtau!

aswadz said...

eh, ko duduk usm ke? x tau lak aku. ingatkan kak yana je. wahaha... gi kejap je pun. tp 27 ni maybe dtg usm lg la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...