Saturday, January 8, 2011

Tingkatkan Metabolisme

Apa itu metabolisme? Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas yang membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur sel dan membolehkan sel2 tersebut bertindak balas dengan persekitaran. Tak percaya? Tepuk dada, tanya Cik Google.

Metabolisme ni la yang bertanggung jawab untuk membakar kalori2 dalam tubuh badan kita. Kalo kita sembang2 ngan orang yang kurus, kalo kita tanya soalan "Wei, kenapa aku tengok ko dari dlu sampai skang, kurus je?" Slalu nyer diorang akan jawab, "Biasa la. Metabolisme tinggi kot." Aku la salah sorang yang jawab gitu. Hehehe...

Berat badan sering dikaitkan ngan metabolisme. Pasal apa? Pasal metabolisme berkait rapat ngan jumlah kalori dalam badan. Kalori lak ada berkaitan ngan lemak, asid amino dan macam2 lagi kat dalam tubuh kita. Lemak, asid amino dan macam2 lagi kat dalam tubuh kita tu lak, berkaitan dengan berat badan tubuh manusia. Especially yang tang lemak tu la.




Kadar metabolisme lak akan mula berkurangan bila umur makin meningkat. Lagi2 lepas berkahwin sebab berlaku nyer perubahan hormon dalam badan. Ramai member aku yang badan mereka semakin "membesar" lepas berkahwin. Yang lelaki la maksud aku. Perempuan sama tak?

Entri aku yang panjang lebar ni sebenar nyer nak bagi tips je untuk macam mana nak tingkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ni bukan tips yang aku cipta sendiri. No-no... Aku bukan doktor perubatan mahu pun doktor pergigian. Eh...



Tips2 meningkatkan kadar metabolisme:


1. Do Intervals

Macam mana ek aku nak explain benda ni. Hahaha... Senang citer, bila korang exercise, rate exercise tu korang selang seli kan. Macam mula2 exercise secara cepat, pastu perlahan dan cepat balik. Tak pun, semasa berjalan kaki, berjalan pada kadar biasa dalam 1-2 minit, pastu speed walk dalam 30-60 saat. Dan kembali kepada kadar biasa. Dan lakukan dalam masa 10-15 minit.

Aku prefer yang berjalan kaki. Sebab kat dalam tempat keje aku, aku memang sker berjalan2 dari ofis aku kat tingkat 3 ke lab kat tingkat 1. So bole praktik kan la kat situ. Hehehe... Cik Vanilla tak nak try exercise ni?


2. Pengambilan Caffeine

Owh. Yang ni aku slalu amek. Sebab aku slalu minum teh ngan nescafe. Tapi aku rasa kalo minum banyak2 benda yang ada caffeine ni pun tak elok gak kan. Tapi kalo minum biasa2 je, mungkin ada btol nyer gak bole tingkatkan kadar metabolisme badan.


3. Minum Teh Hijau
Teh hijau bukan stakat bole detox badan korang. Tapi bole gak meng"up"kan metabolisme korang. Menurut sumber yang aku refer ni, dia kata dalam teh hijau ni ada ECGC, sejenis compound tumbuhan yang menstimulasi kan metabolisme.


4. Makan Makanan Tenusu

Makanan yang dibuat daripada sumber tenusu lak meningkatkan lagi kadar pertukaran lemak kepada bahan kumuh. Kira nyer cepat la lemak tu hilang daripada badan. Tapi takde la secepat magic yang slalu ditunjukkan oleh magician. Hehehe...


Okay la. Panjang lak aku citer. Maaf la kalo entri ni agak berilmiah sket, tak macam entri2 aku yang sebelum ni. Hehehe... Anyway, aku ada gak terbaca kat bahagian komen yang kadar metabolisme yang tinggi gak bole kurangkan life span. Btol ke tak, wallahualam.


2 comments:

vanilla said...

ptt la erobik xbejaya kuruskan bdn...sob2

aswadz said...

alaa... berkesan gak la tu rs nyer. cuma kureng sket nak nmpk kesan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...