Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Tuesday, May 22, 2012

ITEX 2012

[Booth yang dapat bronze. Ye, dia yang dapat. Percaya lah]
 

Aku cuba merajinkan diri menulis entri pasal ITEX 2012. Entri2 laen yang aku tulis separuh jalan, aku abaikan seketika untuk memberi laluan kepada entri ni. Kih3... Macam spesel bebenor entri pasal ITEX 2012 ni. Apa pun, since aku pun agak busy (kat umah busy laen, kat office busy ngan hal keje), entri ni mungkin mengandungi lebih banyak gambar berbanding tulisan. Hehehe...

Sebenar nyer malam Sabtu lepas lagi aku nak update. Tapi malam tu lepas makan, jalan2 KLCC sat cari buku novel untuk tunang. Balik2 dah kul 9.30. Layan bola final Piala FA Kelantan lawan Sime Darby. Lepas abes game, mood nak blogging tu dah ke laut...

ITEX 2012 ni kali ke-2 aku join. Tahun lepas aku dah join dah. Bole baca entri kat SINI. Tahun ni takde banyak gambar. Sebab tak bawak kamera sendiri. Ni pun curik2 gambar kat Facebook orang je. Tahun lepas aku dapat silver. Tahun ni maintain silver gak. Bila la aku nak dapat gold...


[Model silver memperagakan diri masing2]


Malam dinner, banyak award yang besar2 SIRIM sapu. Team Kirah, Dr. Afian and The Gang dan Team Dr. Rosdi and The Gang. Bila sebut The Gang tu, makna nyer yang takde kena mengena pun turut terlibat walaupun nama takde sebagai ahli projek. Contoh...


[Aku la tu. Nak merasa gak pegang gold...]


[Sorang menang, satu meja naek. Owh, jangan tanya pasal apa
yang 2 orang tu pandang tempat laen]


[Celebration sambil berteriak. Naseb baek takde lalat masuk mulut]


 [Model jejaka tampan. Keh3...]


[Celebration beramai2]


2 so full of themselves :

Tinta Lana said...

Salam..ITEX tu stand untuk pa? anugerah tok invention ek?

aswadz said...

salam. ITEX tu International Invention, Innovation & Technology Exhibition.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...