Thursday, December 18, 2014

Kenapa Aku Berhibernasi

Selama sebulan setengah aku tak update blog ni, mesti tak ramai tertanya2 mana aku pergi. Sepanjang tempoh masa tuh, sebenar nyer aku busy dengan kerja2 kat office sebab hujung bulan November ari tuh, office aku ada organize conference dan workshop kat Langkawi. Ada 2 event yang akan berlangsung. Double the works. Jadi ada banyak la keje nak kena buat. Lagi2 bila tarikh nak dekat.


organize, event
 [Bilik operasi yang bersepah]


organize, event
[Tengah sibuk transfer file dalam 200++ pendrive untuk peserta]


Takde la busy sampai tak dapat online langsung. Ada la sempat baca blog korang. Nak update blog sendiri tu yang tak berapa nak sempat. Hehehe... Boleh dikatakan AJK yang ada kurang mencukupi. Tapi tak bermakna keje tak boleh siap. Cuma kerahan tenaga tu lebih sket la. Tapi takpe. Kitorang power...


organize, event, checklist
[Tengah tulis checklist sebelum berangkat ke Langkawi]


Tup tap tup tap... Dah sebulan aku tak update blog. Dan tibalah waktu untuk kitorang berangkat ke Langkawi...


barang
[Barang yang dah tak muat diangkut dengan kereta untuk naek feri, terpaksa diangkut
naik kapal terbang]


airasia
[No caption is required. Hehehe...]


AJK, secretariat
[Cut the story short, ni dia team yang menjayakan event]


selfie
[Jarang aku berselfie...]


So itu lah dia citer "Kenapa Aku Berhibernasi", walaupun simple sangat entri ni. Kalau aku nak citer detail satu2, berjela entri ni nanti. Lagi pun, ada banyak yang aku tak ingat daripada yang ingat. Hahaha... Tu yang malas nak citer.

Walaupun pergi Langkawi, takde banyak masa nak berjalan pun. Memang spend masa kat pekan Kuah je. Masa terluang yang ada pun aku guna untuk berjalan memborong coklat je. Sebab tu takde gambar aku berjalan2 kat Langkawi.

Tapi apa pun, memang best walaupun takde masa nak berjalan. Sebab bukan selalu terlibat dalam organize event ni. At least dapat lari kejap daripada kerja yang selalu aku buat masa kat office. Asyik2 duduk dalam lab je bosan jugak kan. Hehehe...




7 comments:

Sylarius Yusof said...

Welcome back. Fuh, lama betul menghilangnya yer.

Aisya A. said...

takpe lah. takde gambar jalan2 gambar coklat pun jadik la. hehehe

Anonymous said...

erkkk.....:p
ritter sport espresso xde ke...^_^

ewanthology said...

utamakan yg utama :-)

aswadz said...

@sylarius: hahaha... lama jugak la.

@aisya: gmbr coklat pun xde. maen ngap je.

@anon: ritter expresso dah lenyap dlm perut.

@ewan: btol tuh.

Amanina Mads said...

suka kalau ada event mcm ni.. boleh timba ilmu sambil shopping. tgk laptop pun senyum lg. haha

aswadz said...

aku pun suka join organize event camni. lari sket dr norma kerja harian. best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...