Korang bayangkan, pada suatu hari yang hujan je memanjang, korang tengah buat keje kat office. Tepat pukul 5, korang punch card nak balik. Sampai2 tingkat bawah, air penuh membanjiri ruang bawah. Nak redah tak boleh, sebab air laju. Korang cuma boleh pandang sayu je tengok kereta korang dari jauh. Kena hanyut dengan arus deras banjir.
Mungkin ada daripada mereka yang telah mengalami situasi seperti di atas sewaktu paras air mula naik di sesetengah kawasan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Antara negeri2 yang teruk dilanda banjir adalah Kelantan dan Terengganu. Tapi kali ni nyer banjir memang agak luar biasa disebabkan gabungan 3 fenomena iaitu fenomena new moon, solstis musim sejuk dan tiupan angin kencang. Di Kelantan tu patut nyer dah diisytiharkan darurat dah kerana sampai ada sesetengah kawasan tu bantuan susah nak dihantar.
[Tesco Kota Bharu, Kelantan]
[Hospital di Kuala Krai, Kelantan kalau tak silap aku]
[Stadium Kota Bharu, Kelantan]
Perlis dan Kuantan, Pahang turut terjejas. Even kampung aku pun banjir gak. Kuala Kangsar yang berbelas2 tahun tak banjir pun banjir jugak. Cuma pekan Kuala Kangsar je yang terjejas, berhampiran Sungai Perak sebab kawasan tu memang rendah.
Mari kita sama2 doakan supaya semua bantuan dapat dihulurkan dengan segera. Doakan semua nyer berada dalam keadaan selamat.
p/s: selamat menyambut hari krismas bagi mereka yang menyambutnya.
7 comments:
takut je tengok air bukan main tinggi. huhu.. mudahan yang terlibat semuanya dalam keadaan selamat. kesian pulak.. lagi2 bila tengok kt tv ada yg terpaksa berlapar.. allah.. huhu
bila lah nak surut ni kan
smoga banjir cepat beransur surut. smoga segalanya selamat...
Allah..teruk sgt banjir kali ni..moga mangsa tabah...
@aisya: mmg tggi btol air naek. kita yg kat sini pun naek takut dibuat nyer.
@ewan: harap2 cepat surut.
@phais: kita doakan utk diorang.
@mime: antara banjir yg paling teruk.
memang teruk bankir kali ni.. apapun ini semua ujian. redha jelah.. seram tgk gambar air naik sampai penuh stadium.
itu la. seram tgk air tggi sgt.
Post a Comment