Sunday, March 13, 2011

Serangga Misteri

Well... Aku nak cakap misteri sebenar nyer. Tapi its actually just a camouflage. Tapi identiti serangga tersebut tidak diketahui. So bole la ia dipanggil sebagai serangga yang misteri. Misteri, tapi tak pelik. Peristiwa ni berlaku beberapa minggu yang lepas. Baru ari ni aku berkesempatan nak wat entri pasal ni.

Aku terserempak ngan serangga ni kat bawah pouch rumah aku. Tu pun aku tengah sibuk transfer barang ke kereta. Nak balik Kulim time tuh.

Mula2 aku tak perasan serangga ni. Sebab bentuk dia cam ranting kayu yang kecik2 tuh. Serius macam ranting kayu. Kalo korang tengok sekali imbas, memang tak perasan la. Disahkan oleh SIRIM. Aku perasan pun sebab nampak serangga ni terkuit2...

Nak tengok serangga tu macam mana? Sila rujuk gambar kat bawah...


[Nampak tak? Ke korang pun tak perasan lagi?]


[Pose yang laen. Korang dah perasan tak?]


[Aku dah label siap2 untuk korang]


Cik Vanilla cakap serangga ni mungkin adalah mentadak. Tapi dia sendiri tak pasti. Korang rasa serangga ni sejenis mentadak gak ke? Anyway, camouflage dia 100% berjaya. Kalo manusia pun bole tertipu, apatah lagi pemangsa2 yang laen. Di bawah ni aku upload kan video yang aku tangkap.




So apa pendapat korang? Korang kenal serangga ni?

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun 2011 - Satu Kemusnahan

Kemusnahan... Devastatation... Tu je perkataan yang bole menggambarkan kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun, disusuli dengan tsunami yang setinggi 10 meter. Gempa bumi yang berlaku semalam merupakan yang terbesar dan terganas dalam 300 tahun sejarah Jepun.




Susulan dengan tsunami yang berlaku di Jepun, beberapa amaran tsunami juga dikeluarkan di seluruh Pasifik sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat. Amaran tersebut turut dipaparkan di laman web Google semalam.

Gempa bumi dan tsunami di Jepun menyebabkan beberapa kawasan mengalami kebakaran dan sesetengah bandar ditenggelami air yang diakibatkan oleh tsunami yang melanda kawasan tersebut. Lebih 1000 orang dikhuatiri terbunuh manakala 20 000 orang dipindahkan daripada kawasan Wakayama susulan daripada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Selain itu, 3000 orang yang tinggal berdekatan dengan loji nuklear di kawasan Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut. Berkenaan dengan loji nuklear tersebut, kerajaan Jepun menyatakan tiada kebocoran yang berlaku tetapi tahap radiasi semakin meningkat yang menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit dipindahkan. Gempa bumi juga dilaporkan membawa kemusnahan besar di bahagian utara Jepun.


[Klip video saat tsunami melanda kawasan perairan Jepun]


[Sebuah bot terperangkap dalam ombak tsunami]


[Tsunami membanjiri kawasan bandar]


Susulan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun, Maria Ozawa menjadi popular di Twitter (ni orang Indonesia nih) yang concern dengan keselamatan pornstar tersebut. Anda bole baca kat SINI. Untuk berita yang lebih lanjut, korang bole lawat link2 kat bawah ni.


Friday, March 11, 2011

Kereta Konsep Terbaek 2011

Nak tengok kereta konsep yang menarik? Well, today is your lucky day. Ari ni aku share ngan korang antara kereta konsep yang terbaek 2011.


1. Audi e-tron

Rear-drive electric concept car. Kereta ni hanya prototaip semata2 dan tiada dalam perancangan untuk production.




2. Citroen Survolt

Twin eletric motor yang menghasilkan 300 kuasa kuda. Mempunyai enjin yang senyap. Kereta konsep ini membawa satu tapak ke hadapan dalam menuju ke arah "silent racing". Design kereta? Two thumbs up...



3. Deltawing Concept

Design umpama kereta F1 yang mampu mengurangkan air force ketika pemanduan. Tapi kadang2 tengok kereta ni macam kereta Batman (versi kartun) pun ada dari tepi.



4. GMC Granite Concept

Design kurang menarik pada pendapat aku. Tapi somewhat, it looks cool. Mungkin ada dalam senarai top 10 best concept cars 2011 sebab performance dia kot. I don't know. Sumber tak nyatakan pun.



5. Jaguar C-X75

Jaguar nyer design slalu menarik. Aku tak tau la pasal apa aku tertarik ngan design diorang ni. Padahal bentuk design diorang mostly lebih kurang sama jek... Tapi still, design ni cool, tapi tak leh kalahkan design untuk Citroen Survolt.


6. Lancia Stratos

Design yang agak old school. Maklumlah, design ni diambil daripada kereta Ferrari F430 Scuderia. Apa yang improve? Dia nyer power-to-weight ratio.



7. Peugeot SR1

Kereta ni merupakan konsep GT hibrid dan sama seperti Audi e-tron, kereta ni juga takde dalam list untuk production. Tetapi dia nyer internal-combustion/ eletric propulsion system akan muncul dalam kereta Peugeot 3008 Hybrid4 crossover.


8. Pininfarina Alfa Romeo 2uettottanta

Design kereta yang ko-ubah-macam-mana-pun-still-nampak-sama yang tidak berbumbung. Add to that, nama yang kalo disebut, bole terbelit lidah. Bole digunakan kalo nak maen tongue twister game ngan member2.



9. Porsche 918 Spyder

Design yang menarik daripada Porsche. Laen daripada yang laen. Untuk kereta ni, production is confirmed... So sape yang berminat, bole la kumpul duit mulai sekarang. Hehehe...



10. Renault Dezir

Kereta 2-seat yang menggunakan Nissan-Renault powertrain technology. Kereta konsep ini mempunyai design yang bakal diadaptasi kepada kereta Renault pada masa akan datang.



Sumber: Yahoo! Autos

Thursday, March 10, 2011

Minyak sebagai Renewable Energy???

Pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, dunia akan kehabisan minyak? Well, mesti la ada kan. Isu ni cam dah lama kot. Hahaha... Aku tanya sekali lagi, kali ni soalan laen lak. Tapi still berkisarkan pada benda yang sama.

Pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, bila minyak btol2 dah abes, korang nak guna apa untuk menggerakkan kereta korang yang still guna RON95 dan RON97. Even kereta yang guna kuasa eletrik pun still guna minyak pada permulaan perjalanan.

Di mana kereta yang menggunakan totally kuasa elektrik adalah slow dan tak sesuai untuk pemandu2 di Malaysia yang sker memecut macam haraammm di jalan raya mahupun lebuh raya. Jadi, apa jawapan korang untuk soalan aku tadi?

Pakai minyak tanah? Minyak masak? Minyak gamat? Minyak dagu? Baeklah. Korang jawab la soalan aku tadi tuh sorang2. I mean, keep it to yourself. Entri ni bukan lah untuk aku membincangkan sama ada jawapan korang adalah salah atau pun btol. Bukan juga ruang untuk aku berkongsi jawapan aku dengan korang sumer.

Aku cuma nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan dengan perkara yang aku sentuh tadi. Bukan sentuh secara realiti, tapi sentuh secara minda. Rohani. Cara nyer, telah pun aku lakukan dengan bertanyakan soalan "pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, bila minyak btol2 dah abes, korang nak guna apa untuk menggerakkan kereta korang yang still guna RON95 dan RON97".

Sebuah syarikat bioteknology di Massachusetts telah membuat statement yang diorang bole hasilkan diesel dengan menggunakan ingredient yang sama untuk rumput tumbuh dan hidup segar di hadapan rumah korang. 

Amende ingredient tuh? Tak tahu? Sah, korang tdo kat dalam kelas masa cikgu korang mengajar matapelajaran Sains dlu. Jawapan dia cahaya matahari, air dan karbon dioksida.

Menurut Joule Unlimited (company yang wat statement tadi tuh) telah mencipta genetically-engineered organism yang akan menghasilkan diesel atau ethanol sebagai by-product hasil daripada proses fotosintesis. 

Tetapi menurut saintis di National Renewable Energy Laboratory, teknologi diorang adalah unproven dan maybe akan bermasalah jika nak dibuat pada skala yang besar. Yela. Satu dunia kan. Agak nyer bape banyak organisma yang perlu diorang kumpul kalo nak wat world scale. Lab scale toksah citer la...

Anyway, dengan research, benda ni tak mustahil gak kan. Cuma mungkin sukar untuk direalisasikan dalam masa terdekat. And by research gak, mungkin diorang bole hasilkan minyak petrol lak instead of diesel jek. Takkan kereta dasat2 tapi last2 pakai diesel.

Tapi aku sure yang benda ni bakal mengubah industri oil & gas di seluruh dunia... Nak baca lebih lanjut, korang bole lawat page kat bawah ni.


Sumber: Yahoo! News

Wednesday, March 9, 2011

Best Korean Pop Award: SNSD



Girl's Generation aka SNSD menggondol anugerah Best Korean Pop di 2011 Seoul Art & Culture Award yang berlangsung di Olympic Gymnastics Stadium di selatan Seoul. Kemenangan diorang hasil daripada penjualan album kedua diorang, "Oh!".




Tak puas? Kalo tak puas, apa kata korang layan persembahan diorang kat award tuh.




2011 Seoul Art & Culture Award juga menyaksikan Rain memenangi kategori World Star Award, setimpal dengan populariti beliau sebagai penyanyi dan pelakon di seluruh dunia.


Sumber: Yahoo! News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...