Agak lama jugak aku tak buat entri pasal "Pemandu, Kereta dan Tabiat". Kali ni aku keluarkan edisi yang ke-8 pulak. Tengok tajuk pun aku rasa korang dah bole agak speed yang macam mana yang membahayakan. Bukan setakat merbahayakan nyawa sendiri. Ngan nyawa orang2 sekeliling pun diorang ni bahayakan sekali. Tapi kebanyakan korang tentu fikirkan speed yang "satu" ni je. Okay2. Slow2 kita bincangkan topik ini ek.
Speed yang "satu" ni yang aku pasti terlintas kat kepala korang masa mula2 baca tajuk tadi adalah "kelajuan yang laju". Okay, rasa macam ridiculous lak sebut "kelajuan yang laju". Tukar term. Laju sangat atau sangat laju. Keadaan yang menggambarkan situasi "sangat laju" adalah umpama membawa 110 km/jam di hadapan sekolah atau di kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan.
Memandu dengan kelajuan yang tinggi sememang nyer membahayakan diri sendiri dan juga orang laen. Sebab tu sumer jalan ada speed limit masing2. Kalo kat highway, 110 km/jam. Depan sekolah 30 km/jam. Tapi kebiasaan nyer dalam lingkungan 60 - 90 km/jam. Kalo nak bawak laju sket takpe kot, asalkan jalan lengang dan takde orang. At least kalo accident, korang sendiri2 je. Tak melibatkan orang. Sape sruh bawak laju2.
Tapi ada lagi satu kelajuan yang juga boleh membahayakan nyawa orang laen. Kelajuan yang sangat tak laju. Tukar term. Slow. Slow sangat atau sangat slow. Kenapa aku kata orang yang bawak slow sesangat ni boleh membahayakan. Sebab diorang yang membawa slow sangat ni boleh mengundang situasi yang bahaya.
Sebagai contoh;
1. Situasi berlaku di jalan raya dengan speed limit 90 km/jam. Kereta yang sedang dipandu 90 km/jam tiba2 "terserempak" ngan kereta yang dipandu 20 km/jam di hadapan. Kalo tak sempat brek? Kalo brek tak makan? Tepat skali. Kebaboomm...
2. Situasi yang slalu berlaku kat jalan kampung. Jalan banyak selekoh. Kereta di hadapan skali bawak 20 km/jam. Slow mengalahkan lori. Kereta kat belakang dah berjela2. Kereta di belakang dah mula panas hati. Dia cuba memotong. Selekoh pun selekoh la. Nampak tak korang, situasi ni bakal menjadi situasi yang merbahaya.
Tu satu hal la kan. Kalo kereta tu memang kereta lama atau dah buruk, boleh paham gak la kenapa dia bawak slow. Tapi yang kereta baru pun bawak slow, apa kes agak2? Tu belum yang bawak kereta yang touch-up ala2 kereta lumba, tapi alih2 bawak 20-30 km/jam je.
Tapi aku slalu berfikiran positif bila jumpa kereta "lumba" yang slow. Aku mesti berfikir, ni mesti bapak@mak nyer yang bawak kereta anak dia.
Bini-Biniku Gangster: Lu langsi, wa kahwin lagi. Tapi dalam muvi tu aku tak pernah dengar lak mana2 watak sebut "Lu langsi, wa kahwin lagi". Mungkin ayat tu sekadar nak promote tajuk muvi je kot. Tak pun sebagai penyedap ayat je.
Citer ni mengisahkan Herry (Shaheizy Sam) yang berkahwin dengan Manja (Yana Samsudin) tanpa mengetahui yang Manja sebenar nyer seorang gangster. Kat rumah, Manja memang nampak macam seorang surirumah yang baek, rajin dan manja (hehehe). Tapi bila kumpulan dia memerlukan dia, dia akan keluar membantu ahli kumpulan dia memandangkan dia memegang pangkat Kak Yong dalam kumpulan gangster.
Dalam manja2 si Manja, dia tak boleh mengandung. Sebab sayang sangat kat Herry yang perangai ala2 watak Arman dalam Sekali Lagi, dia pun mencari calon isteri untuk Herry. Kebetulan pada masa tuh Reanna (Intan Ladyana) yang baru masuk bertugas sebagai setiausaha Herry. Disunting nyer Reanna untuk menjadi isteri kedua Herry.
Tapi kekacauan dalam rumah tangga Herry bermula apabila Manja mendapat tahu yang Reanna juga merupakan seorang ahli gangster. And top of that, musuh kumpulan Manja dan mempunyai agenda tertentu mengahwini Herry.
Bila sekali imbas, nampak macam Bini-Biniku Gangster ni meniru idea daripada muvi franchise My Wife is a Gangster. Tapi biasa la. Orang Malaysia kan pakar bab2 meniru orang laen nih. No. 2 di belakang China. Tapi tak salah sekadar mencedok idea. Bukan tiru seketul2 citer tuh. So, bagi aku takde masalah kot.
Komen aku pasal citer ni adalah... Average. Okay, mungkin up sket berbanding average. Sebab pe aku cakap average je? Tak dinafikan aku sker babak2 klakar dalam citer ni. Tapi jalan citer dia terlalu ringan dan bila fikir2 balik, macam tak logik je jalan citer dia. Tapi bukan keseluruhan jalan citer aku cakap tak logik. Tapi ada certain2 part yang aku rasa tak logik. Especially ending dia. Kecewa lak aku rasa bila tengok ending gitu.
Anyway, aku sker watak Yana Samsudin dalam muvi ni. Aku rasa dia sweet je dalam citer nih. Shaheizy Sam lak, aku rasa watak dia ni macam tiru aku pun ada. Bukan aku cakap la, Cik Vanilla yang cakap. Hehehe... Lakonan yang laen tu, aku rasa biasa2 je kot. No komen.
Aku dapat idea untuk menulis entri ni pun lepas aku terbaca entri Obefiend di Blog Serius dan Sokernet. Since aku pun agak malas nak tulis entri panjang2 semenjak 2-menjak ni, aku pun mendapat idea untuk membuat entri pasal FIFA 12 ni. Bukan la review apa pun, since aku pun tak pernah main kan. Just share some of the video yang aku search semalam kat internet lepas aku terbaca pasal FIFA 12 nih.
FIFA 12 ni menggunakan Player Impact Engine yang baru yang diorang dah develop dalam masa 2 tahun. Impact engine yang baru ni dikatakan dapat memberikan kesan fizikal yang "real" kepada player dalam gameplay. Kira nyer kalo korang langgar player laen ketika dalam permainan, korang akan jatuh tergolek (kalo strength tak cukup) macam kat real world.
Selaen daripada tu, EA Sport juga menerapkan beberapa skill baru dalam FIFA 12. Mesti korang teruja kan bila dapat tahu ada skill baru. Bila aku tengok video kat bawah ni, memang rasa teruja sebab skill2 tersebut awesome.
Itu cerita yang menarik pasal FIFA 12. Sebelum aku citer pasal benda yang tak menarik pasal FIFA 12, apa kata korang layan dlu kompilasi gol dalam FIFA 12.
Ok. Skang kita beralih kepada benda yang tak menarik pasal FIFA 12. Tak dinafikan gameplay FIFA 12 memang menarik. Dengan skill dribbling yang awesome, memang teruja la nak maen game ni.
TETAPI...
Nothing is perfect. Player Impact Engine yang baru ni pun ada flaw gak. Dalam nak menghasilkan sebuah gameplay yang realistik, impact engine yang diperkenalkan terlalu "real", sampai realistik tu menjadi terlalu over. Bila dah terlalu over, ia menjadi tak logik.
Kat bawah ni ada beberapa video yang menunjukkan Player Impact Engine yang fail... Just for the lulz...
Korang nak tengok Sagna berkungfu pun boleh...
Nak beli ke tak, itu pendapat dan keinginan masing2... Kalo abaikan impact engine yang fail tu, FIFA 12 ni mesti menjadi sebuah game yang enjoyable.