Dlu aku ada wat entri pasal conference EMSM kat Langkawi kan. Tapi aku tak berkesempatan nak berciter pasal kat mana aku jalan2 semasa kat sana. Sebenar nyer tak jalan gi mana2 pun. Sempat gi naek cable car je. Selebih nyer ikut group committee EMSM aku shopping kat kedai Haji Ismail.
Oriental Village.
Cable car ni terletak kat Oriental Village. Kira nyer kalo nak naek cable car tu, kena tempuh Oriental Village tu. Jalan kaki. Bukan naek kereta okeyh. Kereta parking luar. Oriental Village ni lebih kurang shopping centre gak la. Sebab ada banyak kedai2 yang menjual souvenir dan macam2 lagi. Terletak di kaki bukit Gunung Mat Cincang.
Pemandangan tasik di Oriental Village.
Cable car nyer base ada kat dalam Oriental Village. Ketinggian kat puncak lak lebih kurang 700 meter atas paras laut. Aku tak tau la tinggi mana kan. Yang aku tau, kat atas tu memang berkabus. Tengah hari yang tengah panas tu pun, still ada kabus gak. Sejuk tu sejuk gak la. Dingin angin dia.
Nampak tak pintu masuk ke cable car? Tak nampak?
Aku dah zoom dah ni. Nampak tak? Bagus la kalo nampak.
Nampak tak cable car dia? Tak nampak? Aku pun tak nampak... Muahahaha...
Tu la kereta kabel nyer... Muat 6 orang skali naek...
Fee dia kalo tak salah aku RM 15 sorang. Tu pun dapat diskaun sebab tunjuk MyKad kat kaunter tu. So kalo nak murah, sila bawak MyKad anda. Kalo merujuk kat laman web ni, dia kata RM 30 untuk dewasa. Aku pun tak ingat masa kitorang naek tu tambang dia bape sebenar nyer. Aku ingat apa yang aku bayar jek.
Gambar daripada dalam kereta kabel. View laut.
Gambar daripada dalam kereta kabel. View puncak gunung.
Bila dah sampai atas nanti, dia ada 2 stesen hentian. Hentian pertama tu just tempat untuk tengok scenery je. Takde apa sangat kat sini. Kalo saje2 je nak turun, bole la. Nanti kena naek atas gak, sebab tak leh turun kat stesen ni. Apa2 pun, nanti kena gi stesen ke-2 gak.
Stesen ke-2 adalah kat atas puncak Gunung Mat Cincang. Kat stesen ke-2 ada la tempat jual2 makanan ringan. Burger ke, hotdog ke. Kot2 la nak makan sambil menikmati panorama yang indah. Hahaha...
Selamat datang. Jemput la masuk...
Pemandangan dari puncak Gunung Mat Cincang.
Sila labelkan sendiri gambar di atas berdasarkan gambar ini. Hehehe...
Yang menarik nyer kat puncak ni, dia ada jambatan yang berada di awangan. Curve Hanging Bridge nama nyer. Jambatan ni bukan la macam jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu tuh. Cam jambatan biasa je. Cuma terletak kat atas gunung je la. Korang leh rasa kadang2 jambatan tu bergoyang2. Kalo gayat payah la.
Sori la aku letak gambar aku tengah posing baekk punya. Saje nak bagi korang muntah darah.
Kesimpulan nyer, kalo gi Langkawi, rugi kalo tak naek cable car. Rugi sangat2. Jadi, pergi. Jangan tak pergi. Aku tak diupah oleh mana2 agensi2 untuk wat entri ni. Tapi kalo2 ada yang terbaca dan nak bagi upah, anda dialu-alukan. Hehehe...
Untuk maklumat dan keterangan yang lebih lanjut, bole la visit kat laman web di bawah ni.
Langkawi Online
MalaysiaTravel.org
Untuk maklumat dan keterangan yang lebih lanjut, bole la visit kat laman web di bawah ni.
Langkawi Online
MalaysiaTravel.org
4 comments:
nape la begamba gitu..ish2
yg mana?
last tu lerrr
oooo... posing org yg smart. heee...
Post a Comment