Thursday, January 6, 2011

Mak andam dan bulu kening

Apa kaitan mak andam ngan bulu kening? Setahu aku, mak andam berkait rapat ngan perkahwinan. Kalo mak andam tu berjantina lelaki, bukan la mak andam panggilan nyer. Pak andam. Kang kecik ati mereka. Tapi nak panggil pak andam pun serba salah sebab diorang tak bape nak lelaki...

"Ewah2 kau... Sedap mulut je kata I ni tak berape nak lelaki. Siap U..." (baca gaya you-know-who) kata salah seorang daripada "pak andam" tadi.

So berbalik kepada tajuk kita. Mak andam dan bulu kening. Hal ni aku terbaca kat Cursing Malay. Hal pasal mak andam nak cukur bulu kening pengantin perempuan ketika nak berkahwin. Nak bagi cantik konon nyer. 




Kalo ikut apa yang aku perhatikan la, tak ramai rasa nyer aweks2 yang aku kenal yang cukur bulu kening ni. So aku takde la nak sentuh isu pasal perempuan cukur kening. Lantak diorang la nak cukur ke tak. Aku nak sentuh pasal aku and my wife-to-be.

In case la ada mak andam atau "pak andam" terbaca entri aku ni (macam la diorang nak baca kan, hahaha...). Aku tak nak bulu kening wife-to-be aku kena cukur. Maksud cukur kat sini adalah mencukur keseluruhan bulu kening. Cukur setakat nak bagi rapi tu adalah dibenarkan.

Dan jangan paksa2 supaya bole dicukur oleh korang. Kalo paksa gak, bukan stakat kening korang je aku cukur kan. Ngan rambut2 korang, ngan bulu2 kat atas bibir korang tu aku cukur kan. Lepas cukur, aku bubuh dalam cucur. Pastu bagi korang makan.

Amacam? Ganas tak ayat. Hehehe... Bukan hape. Tak elok cukur2 bulu kening ni. Haramm... Dah la haram, pastu hodoh lak tu. Kalo korang bermake-up tu, mungkin cantik la kan. Tapi bila nak tidur kan make-up tu akan dibuang.

Aku tak nak bila bangun daripada tdo, terpandang lak bini kat sebelah tengah tdo ngan takde bulu kening. Bole kena serangan jantung time tu. Kalo tak leh bayangkan, cuba bayangkan bila korang bangun daripada tdo, nampak Collina Pierluigi kat sebelah.


"Jangan cukur bulu kening anda. Hargailah bulu kening ciptaan Tuhan."


Hehehe... No offense Mr. Collina. Lu jadi referee memang terbaek la. Terbaek dunia dan di alam semesta.

So, dah bole bayangkan macam mana? Jadi, kesimpulan nyer, mak pak andam, jangan la memandai2 nak cukur bulu kening orang, siap memaksa2 lagi. Satgi kena maki...


p/s: cukur bulu kening jangan, cukur bulu ketiak dialu-alukan...

2 comments:

vanilla said...

abgggg....cukur bulu kening sket2 nak bg rata or cantik pun haram gak bang..xbleh gak...macam mana pun xboleh tau! yg en.mantot ckp tu pun psl trim/cukur sket2 nak bentukkan dia la tuh..heee...anyway,ida xberani pun nak cukur..takut jd kening mcm shin chan nnt..eh..hahaha

aswadz said...

eh, trim pun x leh ek. hik3... takut bulu kening jadi lebat la tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...