Saturday, January 22, 2011

Generasi Dulu dan Kini

Dalam era yang serba moden dan berteknologi tinggi pada masa skang ni, macam2 benda dan gadget yang tercipta untuk kemudahan umat manusia. Kalo nak ikutkan, banyak gak benda yang masa aku sekolah dlu ada, tapi skang dah takde atau susah nak jumpa.

So, ever wonder tak apa benda yang generasi dlu popular, tapi generasi skang mungkin dah tak bape nak ada.


1. Video tape & kaset

Masa aku muda2 dlu (skang still muda lagi), video tape ngan kaset memang sangat popular. Penuh almari ngan kabinet ngan kaset lagu. Kaset KRU, Spice Girls, Backstreet Boys dan Westlife. Well,  bukan aku nyer la except yang Westlife.

Video tape lak tak banyak, tapi still ada. At least ada daripada takde kan. Tapi waktu tu beom ada lagi CD atau DVD. Kalo ada pun, blom cukup meluas lagi. CD games popular la. Hehehe...

Tapi skang ni, sumer benda bubuh dalam CD ngan DVD. Tu blom lagi campur yang hok mp4, ipod dan macam2 lagi gadget yang ada skang. Mana ada budak2 dengar lagu guna kaset skang ni. Budak2 skang ni pun dah pakai mp4 nak dengar lagu.

Aku mp4 pun tak pernah ada. Paling up pun takat mp3. Hehehe...




2. Travel agents/ agency

Kalo dlu orang nak melancong gi tempat2 menarik kat Malaysia ni, jumpa travel agency pasal nak tau tempat2 menarik sebelum gi melancong. Tapi la ni ada ke? Mana ada dah. Orang kalo nak melancong dalam Malaysia, diorang google je.

Bole dapat information apa sumer guna internet je. Siap bole donload map lagi guna Google Maps. So apa guna travel agency? Yes, untuk melancong luar negara je. Sebab pakej yang ditawarkan lebih murah berbanding gi sendiri2 kan.


3. Work and home boundary

Waktu keje adalah waktu keje. Lepas waktu keje dah bole melepak. Kalo dlu, gi keje je bole jumpa boss. Balik keje usah harap la nak hadap muka boss kan. Syok giler la kan. Kalo tak, tension je 24 jam menghadap muka bos. Depan bos kena la cover2 cakap, cover2 tingkah laku. Balik umah lantak korang la nak cakap apa. Lantak korang la nak berperangai macam setan.

Tapi zaman skang berbeza. Dengan ada nyer internet, bos korang bila2 je bole jumpa korang. "Mat, ko online ym jap. Aku ada hal keje nak kena bincang ngan ko." Yeah... Ngan software seperti yahoo messenger, skype dan facebook, bila2 je bos korang bole ajak bincang hal keje.

Jadi, mana nak ada dah work ngan home boundary. World without boundary kan. Yeahh. Privacy pun memang takde dah ler. Pastu, kalo nak emo2 sket pasal keje dalam facebook atau blog, kang dapat la komen "Aik, emo nampak..." daripada bos anda.


4. Paper maps

Korang ingat tak masa korang kecik2 dlu, mak bapak korang bawak korang gi melancong, diorang refer apa? Yesza... Diorang refer peta kan. Peta tu tertera kat atas kertas kan, dan bukan tertera pada mana2 gadget yang canggih-manggih macam skang ni kan.

Dlu popular sungguh paper maps ni. Siap korang bole beli kat kedai lagi. Kat tempat aku dlu ada jual.  Kalo kat hotel lak, bole amek secara percuma. Tapi skang ni macam payah lak nak jumpa. Aku percaya kewujudan nyer masih ada. Tapi dah tak sepopular dlu.

Skang dah ada Google Map. Tu pun blom cukup canggih lagi. Skang dah ada GPRS. Siap dilengkapi ngan suara lagi. "Oit, kat simpang depan tu, ko belok kanan. KANAN, bukan KIRI tau!" Mana ada guna paper map dah. Guna peta pun, still sesat gak. Hahaha...




5. Wired phone

Telefon yang ada wayar? Old fashioned la bai. Tapi aku tau, telefon jenis still banyak kat Malaysia. Tapi aku tau, korang pasang sebab nak guna Streamyx je kan. Elehh... Last2 bila korang nak tpon, korang guna handphone gak kan. Even umah aku kat Kulim pun takde telefon wayar2 ni.

Aku rasa telefon jenis ni tunggu masa je nak pupus. Even skang dah ada telefon yang jenis cordless kan. Dalam banyak2 list yang aku tulis dalam entri ni, benda ni mungkin yang last skali untuk pupus kot. Since even skang ni ramai yang still guna kan. So agak sukar untuk dipercayai ia nyer akan pupus dalam jangka masa terdekat.




6. Buku encyclopedia

Haaaa... Yang ni confirm dah takde orang pakai. Pasal apa? Pasal dah ada internet. Informasi hanya di hujung jari anda. Apa barang nak rujuk2 encyclopedia.

Korang ingat tak masa korang kecik2 dlu, ada salesman datang ke umah korang, promote encyclopedia untuk dijual. Skang mana ada dah kan. Salesman pun dah jual benda laen dah macam bio-aura ke, habbatus sauda ke. Pasal apa? Pasal encyclopedia dah tak laku.

Yela. Dah la buku2 encyclopedia ni pakai ruang. Satu rak buku je blom tentu cukup nak simpan satu set buku encyclopedia korang tuh. Bila guna internet, tak yah dah nak fikir2 pasal ruang kejadah sumer tuh. Cuma perlu ruang untuk PC korang je. Tu pun tak yah guna PC la. Guna laptop. Senang citer. Letak atas meja je.




7. Film camera

Skang mana ada orang pakai kamera yang guna filem. Except for some professional photographer la. Sebab apa ramai orang yang tak bape nak professional ni dah tak pakai kamera yang still guna filem? Sebab skang kan dah ada digital kamera.

Capture gambar je, bole terus transfer ke laptop. Terus bole upload kat facebook, update kat blog. Kalo guna filem, bole ke korang upload kat facebook, update kat blog? Mesti la tak bole kan. Upload kat frame gambar bole. Hehehe...

Pastu kalo guna filem, kena cuci kat kedai gambar dlu. Orang skang mana minat wat benda2 leceh macam ni kan. Sumer nak yang senang je. Macam guna digital camera. Well... Manusia. PEMALAS...




8. Yellow Pages

Once again, the power of internet. The power of internet again menghapuskan another thing yang once berpengaruh di muka bumi Malaysia, iaitu Yellow Pages. Yes. Buku kuning yang tebal2 tu. Yang ada senarai nombor telefon rumah yang berdaftar kat Malaysia.

Nombor telefon rumah korang ada. Nombor telefon rumah aku pun ada. Pastu ada gak buku yang ada senarai company daripada pelbagai jenis perniagaan. Masa aku kecik2 dlu, buku ni dibuat lapik telefon rumah.

Yela2. Apa2 hal, senang dan cepat nak refer kan. Korang pun mesti sama je kan. Macam la aku tak tau. Elehh...




9. Surat tulisan tangan

"Apa? Tulis surat kat awek? Perghh... Korang ni tinggal kat abad ke bape ni." Budak zaman skang kalo ada yang tulis tangan surat cinta, mesti kena perli macam tu kan.

Yela, skang orang mana tulis2 surat dah macam dlu. Kalo dlu, yang couple2 tu, bila berbalas surat, mesti bubuh bedak dalam sampul surat. Nak kasi wangi la kan. Skang ni sumer printed ok. Mana ada couple2 guna surat2 dah skang ni. Dah ketinggalan zaman. Zaman aku skolah dlu je orang dok tulis2 tangan ni.

Tu pun kalo ikutkan realiti nyer, surat cinta yang printed pun agak2 tak wujud. Sebab orang guna emel dah skang ni. Pastu ada facebook lagi. Yeah, another power of internet. Skang ni surat printed ni untuk cover letter je. Ngan bil2 dan pelbagai urusan rasmi laen.




Since kebanyakan benda2 yang aku citer kat atas ni dah semakin berkurangan dan mungkin berdepan dengan kepupusan, tak mustahil pada masa akan datang, benda2 seperti kaset, video tape dan paper map cuma bole jumpa kat muzium je.

So, apa pandangan korang? Ada benda yang korang nak tambah dalam list? Kalo ada, sila beri kenyataan anda dalam ruangan komen.

2 comments:

vanilla said...

nak surat bertulis tgn dari awk blh? heheheh

aswadz said...

mls la. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...