Sunday, January 30, 2011

Things that we don't know about being a stewardess

Ehem... Walaupun title post dalam English, tapi the rest of the entri will be in Malay. Eh, adakah aku baru bercakap omputih tadi? Oppss... Maaf kan ler teman. Tak sengaja. Ehehe... Okay, back to the story.

Biasa tengok tak citer drama Jepun, Attention Please tak? Kalo tak pernah, pernah tengok tak drama Awan Dania kat Astro? Apa persamaan kedua2 drama ni? Yes... You are right... Citer pasal pramugari aka stewardess aka cabin attendant.


 Drama Jepun Attention Please.


Drama Melayu Awan Dania.


Aku rasa ramai budak2 pompuan yang teringin sangat nak jadi pramugari masa diorang masih kecik dan masih muda remaja. Bila dah masuk alam universiti, mungkin separuh daripada kuantiti kaum hawa ni dah tukar impian diorang sebab dah tak relevan ngan ijazah diorang. Simply say, kareer dah berubah.

Biasa nyer, nak jadi pramugari ni mesti la kena tinggi2, postur badan kena tegak. Bongkok sket interviewer tu cakap, "You are out!!!". Kecantikan lak adalah satu bonus dalam menjadi seorang pramugari. Cantik menarik tertarik kau memang da bomb...

Walaupun aku tak pernah jumpa lagi pramugari yang btol2 cantik menarik tertarik kau memang da bomb secara live di dalam pesawat. Yang ada hanya pramugari yang bajet hot ngan muka penuh ngan mekap tebal.


Gambar sebagai hiasan. Muka dah aku blur kan untuk mengelakkan
diri daripada kena saman oleh tuan punya muka.


Owh, aku rasa aku dah menyimpang jauh lagi skali ngan tajuk entri. So sebelum aku menyimpang daripada tajuk lagi skali, baek aku straight to the point aje kali ni.

Yvonne Lee merupakan bekas pramugari yang kini telah menjadi penulis. Dia telah mendedahkan perkara2 yang most people tak tau pasal kerjaya sebagai pramugari. Dan pendedahan ni dimuatkan dalam surat khabar The Star.

Yvonne ni menciterkan yang pramugari2 ni slalu dipaksa oleh senior diorang untuk merokok, minum arak dan juga tido bersama ngan diorang. Diorang tu of course la lelaki kan sebab ada perkataan "tido bersama" kat situ. Kalo senior pompuan yang ajak, what the hell dia gi tambah ayat tu kan.

And kalo korang tak nak ikut arahan diorang, the next morning korang akan kena maki ngan senior korang tu depan crew2 yang laen. Dan possibility untuk mendapat grading yang rendah adalah tinggi.

Dan yang slalu menjadi mangsa adalah rookie stewardess. Nama pun rookie kan. Mesti la masih mentah dan takut2 ngan superior. So, easy target kepada senior2 yang atasan ni. Siap senior2 ni wat list lagi mana2 rookie yang mudah diajak tdo bersama.

Kes rogol juga pernah berlaku, tapi si yang bertanggungjawab tak dikenakan tindakan apa2 pun. Siap bole naek pangkat lagi. What the hell kan...

Sebenar nyer ada banyak lagi citer. Tapi aku rasa aku dah citer kan secara general kat entri ni. Kalo korang curious nak tahu pasal citer, klik link ni. At least aku tak spoil the fun untuk korang nak baca nanti.

Well, aku tak tau la kes2 macam ni berlaku dalam industri perkapalan terbangan kat Malaysia. Tapi it is better to watch out than feel sorry later kan.

Sebagai kata2 penutup entri ni, aku nak pesan kepada anda2 sumer yang mana ada cita-cita nak jadi pramugari, think twice. And kalo korang ada adik beradik atau sedara mara jiran tetangga yang ada cita-cita jadi pramugari, do tell them about this.


Sumber: FTP Newsroom


Kau terbang tinggi di awan biru...

2 comments:

vanilla said...

u know what? last friday or sat..lupa..i ada baca artikel psl sexual harrassment in this industry kat the star tuhh...hehehe..xsangka we came across the same article!

aswadz said...

hehehe... what a coincidence..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...