Baca tajuk entri, mungkin korang tak paham sangat tentang motif aku buat entri ni. Jadi, meh sini aku elaborate kat sini. Aku dah lama tak tulis entri feeling2 ni. Pasal hubungan lelaki perempuan dan yang sama waktu dengan nyer. Lepas aku gi kursus kahwin ari tuh, baru ada feeling2 nak wat entri yang macam ni. Hehehe...
Kecantikan yang obvious seperti wajah atau bentuk badan tu, aku malas la nak sentuh kan. Kalo aku tak citer pun korang dah bole tahu dah wajah yang macam mana cantik. Bentuk badan yang macam mana yang seksi. Sebenar nyer aku nak citer pasal benda yang sometimes even aweks2 sekalian pun tak anggap benda tu cantik. Tapi pada pandangan boyfriend2 diorang, itu adalah cantik. Yes... Entri ni dibuat untuk mengupas apa pandangan lelaki terhadap beberapa aspek yang kebanyakan aweks2 kurang aware.
Look natural
Korang tahu tak korang berbelanja banyak untuk make-up sana sini. Touch up sana, touch up sini. Tapi lelaki tak amek port pun korang make-up ke tak. Kalo aku, aku prefer awek yang berwajah natural. Kalo nak make-up, sket2 je sudah la. Memadai. Kalo muka dah macam tepung gomak, mana2 lelaki pun akan lari.
Bab lipstick lak, kalo tak pakai langsung pun takpe. Kalo nak pakai gak, pilih ler kaler yang sejuk mata memandang. Merah? Damn... Tiba2 teringat Ning Baizura lak. Ahahaha... Tapi seriously, aku terfikir gak bila aku dah kahwin nanti, tiba2 isteri aku pakai lipstick merah menyala2. Mesti aku berfikir 24 kali, nak kiss ke tak. Nak kiss ke tak... Korang lak fikir macam mana?
Jadi kesimpulan nyer, lelaki prefer awek yang look natural berbanding yang touch up melampau2.
[Lipstick warna pelangi boleh bang?]
Tabiat pelik korang something yang adorable buat boyfriend korang
Let say korang ada tabiat buruk, sker korek hidung. Kawan2 korang mesti kata "Eh, apa kena ngan budak sorang ni, sker korek2 hidung?!!" Tapi untuk boyfriend korang, mungkin ia adalah satu tabiat yang adorable untuk diorang. "Comel nyer awak bila awak korek hidung. Sweet je saya tengok", sambil ketawa kecil.
Kalo boyfriend sorang yang sker korek hidung gak, aku sure korang akan berlawan tahi hidung sape yang lagi besar. Siap maen jentik2 lagi sambil ketawa. Well, bila dah bercinta, sumer benda yang pasangan kita buat nampak cantik dan comel.
Hahaha... Apa la aku ni. Bagi contoh korek tahi hidung lak. Tapi apa pun, apa yang aku cuba stress kat sini adalah, seburuk atau sepelik mana pun tabiat yang korang ada, boyfriend korang tetap akan sker kalo diorang sker korang. Tak perlu nak berubah sangat sebab seorang lelaki. As long as he love you, he will accept you just the way you are.
Mata
Bak kata pepatah "dari mata turun ke hati", ternyata mata itu mempunyai suatu kecantikan yang tersembunyi. Tapi tak bermakna korang kena cari bulu mata yang panjang dan melentik untuk mencantikkan mata korang. Yela. Beauty lies in the eyes of the beholder.
Aku pasti kalo korang tak pakai bulu mata palsu pun, boyfriend korang tentu akan cair gak bila diorang tenung mata korang lama2. Apatah lagi kalo korang ni mempunyai lirikan mata yang manja. Tapi tenung boyfriend korang sudah la. Kang tenung kawan lelaki korang yang laen, tak pasal2 diorang tergoda dan tak pasal2 korang dapat pasangan skandal.
[Tenung gambar ni lama2. Sat lagi ada yang angau, tak leh tdo malam]
Style atau fesyen
Cara korang berpakaian? Cara korang lilit tudung? Cara korang bergaya? Kira nyer korang nyer sense of fashion la. Itu pun salah satu aspek yang boleh membuatkan seseorang jatuh hati kat korang. Tak caye, korang tanya kawan2 laki korang, awek berpakaian yang macam mana yang diorang rasa comel.
Macam
Cik Vanilla, dia sker pakai maxi dress. Dan aku rasa dia nampak comel. Kalo dia pakai baju kurung, dia nampak cantik. Kalo dia pakai jeans ngan t-shirt lengan panjang, dia nampak comel. Bab tudung lak, lilit la banyak mana anda nak, anda tetap nampak comel ye
Cik Vanilla. Hehehe...
Hahaha... Feeling lebih2 lak aku kan. Sori2...
Sense of humour
Pandai melawak juga bagi aku salah satu perkara yang comel dalam sesuatu relationship. Maksud aku dengan pandai melawak tu takde la sampai tahap korang boleh masuk Raja Lawak. Cukup la setakat bole buat pasangan korang ketawa.
Kalo tak pandai melawak, at least korang boleh bergelak ketawa dengan pasangan korang time diorang buat lawak. It will be an exciting moment untuk korang bila korang have that kind of conversation. Dan confirm boyfriend korang akan jatuh head over heel kat korang.
Bila korang baca balik apa yang aku tulis ni, mesti korang perasan rupa nyer ada banyak gak aspek2 yang boleh membuatkan seseorang lelaki jatuh hati kat korang. Tak semesti nyer paras rupa je yang memainkan peranan.
Mostly apa yang aku tulis dalam entri adalah daripada pendapat aku, dan mungkin juga sesetengah lelaki. Tapi aku nak gak tahu pendapat korang tentang apa yang aku tulis nih. Any komen?
***********************************************************************************
8TV Showdown is back and online auditions begin right here
***********************************************************************************