Baca tajuk je dah tau aku ke mana minggu lepas. Actually aku ke Terengganu teman wife aku pergi majlis perkahwinan member dia. Since dah sampai Terengganu, time ni la nak gi jalan2 sekali. Alang2 dah sampai sana kan. Bila lagi nak berjalan2 kalo bukan waktu tuh. Tapi tak banyak tempat pun kitorang sempat berjalan2. Takat melawat Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal ngan Muzium Negeri Terengganu je. Pastu ada la lepak2 kejap kat Batu Buruk.
Aku memang dah lama teringin nak masuk Taman Tamadun Islam nih. So bila dah ada kat Terengganu nih, memang tak lepaskan peluang la nak masuk kan. Walaupun rate dia agak mahal pada pendapat aku. RM 20 per head untuk orang dewasa.
[Rate untuk masuk Taman Tamadun Islam]
Taman Tamadun Islam ni bole tahan besar gak la. Aku ngan wife aku antara bangsa yang rajin. So kitorang jalan kaki je keliling taman tuh. Mana2 yang bawak family ramai2, korang bole la sewa train mini atau kereta mini sebab memang perkhidmatan tu ada disediakan. Nak keliling naek basikal pun ada.
[Posing je la. Naek nyer tak]
Ada banyak replika masjid2 seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram, tempat umat Islam menunaikan Haji. Kalo tak silap aku, ada lebih kurang 20 masjid kat dalam Taman Tamadun Islam nih. Masa kitorang pergi tuh, cuaca panas sangat. Memang berjalan pun cepat2 je. Singgah setiap masjid pun kejap2 je. Abes je berjalan kat dalam taman tuh, terus singgah Masjid Kristal untuk sembahyang. Tapi sempat lagi lagi snap gambar Masjid Kristal sebelum kitorang beredar.
Tempat kedua yang aku singgah adalah Muzium Negeri Terengganu. Dikatakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Yup. Memang besar. Aku tengok map dia memang besar. Ada banyak galeri2 yang ditempatkan dalam perkarangan muzium. Aku ngan wife aku memang tak cukup masa la kan nak lawat sumer tempat. Kitorang masuk kompleks ni je. Yuran RM 5 je. Tapi korang ditegah untuk amek gambar dalam galeri nih.
[Model kenderaan lama kepunyaan Menteri Besar Terengganu]
Pergi ke Terengganu tapi tak lepak kat tepi pantai memang tak sah la kan. Walaupun chalet tempat aku menginap tu dah memang tepi pantai, tapi tak fun la kalo tak lepak kat tepi pantai yang btol2 ada suasana tempat rekreasi. Aku ngan wife aku lepak kat Batu Buruk. Lepak sambil pekena air kelapa ngan keropok lekor. Perghh... Memang sedap air kelapa yang aku minum kat medan selera Batu Buruk. Memang terus hilang dahaga.
Lepas singgah kenduri kahwin member wife aku, kitorang terus balik umah mentua aku kat Kelantan. Pastu ada satu hari ni, diorang ajak ke Rantau Panjang. Nak naek bot ke Mundok (btol ke eja nih), Thailand pada mula nyer. Tapi tak jadi sebab orang kat situ kata polis dah tak bagi pergi. Ada sape2 tau citer sebenar kenapa dah tak bole pergi sana? Bole la tolong bagi pencerahan sket kat aku nih. Hehehe... Apa pun, jalan tetap jalan. Lagi pun, aku tak pernah jalan kat Rantau Panjang nih.
Cuti korang macam mana lak?