Friday, March 19, 2010

Trip to Terengganu - Pictures Updated

Woowww... Sungguh lama masa aku amek untuk upload sumer gambar ni. Sejam setengah baru abes siap upload sumer. Anyway, ni aku uploadkan gambar2 trip ke Terengganu ari tuh. Nak update awal, tapi malang nyer, aku dah tak dapat internet free dah kat tempat kerja aku. Internet dalaman lak dah block sumer2 benda macam ni (blogging, facebook, gaming dll). Anyway, gambar ni takde gambar yang aku sorang2, sebab tak bawak kamera sendiri. Takkan sker ati je sruh orang amek gambar kita sorang2 lak. Hehehe...

p/s: gambar tak berapa sharp lepas re-size (re-size sebab besar sangat dan cik ida komplen kalo kecik sangat-->jadi resize manually), jadi kalo mana2 gambar yang tak jelas sangat, klik je kat gambar tuh untuk full size)


Ni time bas baru nak je gerak. Muka sumer masih dalam keadaan ceria.


Berhenti makan malam kejap. Sebab dah lama sangat perjalanan tanpa henti. Nape la mata aku tengah pejam. Tak leh retake ke ni?


Bergambar depan kolam air pancut awana resort. Muka aku nampak macho la. Ahaks...


Bergambar beramai2 depan hotel awana. Tapi bagi aku, pemandangan malam dia lagi menarik la. Rugi sampai lambat time tu.


Dalam conference room petronas.


Aaaiii... Usha sape tu? Laen macam je...


Ni la dia pelan petronas ammonia tuh. Aku reti tengok je, tapi tak paham pun. Hehehe...


Bergambar ngan bos saya (tiba2 lak guna perkataan "saya"). Yang kanan skali tu wife dia. Kami yang tengah2 ni bole dianggap anak dia kot.


Skali lagi, gambar beramai2...


Ni executive hall perwaja. Series macam pawagam...


Ni conference hall (perhimpunan meja bulat. ecece...). Kalo ada apa2 nak tanya, jangan segan2 ek. Malu bertanya sesat jalan.


Salah satu plant perwaja.


Ni time BBQ. Sumer dah hotel sediakan. Ingatkan bakar sendiri time tu.


Taksub sungguh adik ni dengan kamera. Sampai terbeliak2 mata dia tengok kamera.


Erk, nak terkeluar lak makanan aku ni... Tu la, time makan jangan banyak cakap.


Brainstorming (bukan brain-scan muvi melayu tu) after BBQ.


Pemandangan hotel batu buruk resort dari tepi pantai (batu pun takde, apatah lagi batu yang buruk, pasir banyak la).


Dalam lecture hall UMT.


Bergambar dlu, baru wat lawatan ke lab.


"Bila nak abes melawat nih... Aku dah bosan ni...", kata Ahmad Aswad.


Makanan tengah ari kami sebelum berjalan2 kat pasar payang. (aku dah try makan telur penyu tu, tapi tak berapa nak sedap la bagi aku)


2 jejaka tampan amrec. Tapi kenapa kami pose senget macam ni pun aku tak tau. Ni member aku la ni yang menyengetkan badan dia, sampai aku pun terikut2 skali. (sampai skang aku tercari2 punca dia sengetkan badan dia. mungkin tidak mampu menampung beban graviti bumi agak nyer)


Bergambar depan masjid kristal.

2 comments:

Cik Ida said...

hensem2...heeee ;)

aswadz said...

hehehe... mekaseh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...