Saturday, March 27, 2010

Anak Buahku

Sepanjang 2-3 ari aku balik ke umah aku kat Kuala Kangsar ni, aku banyak abes kan masa dengan menonton tv dan melayan karenah anak buah aku yang sorang ni. Aqilah nama dia. Bukan sebab aku rajin jaga ke apa. Tapi terpaksa. Hehehe... Mahu nyer tak jaga. Kang aku duduk tingkat atas mengadap laptop aku, dia pun naek la tangga. Pastu dia amek tangan aku, tarik sruh turun tangga, gi tingkat bawah. Kalo aku tak nak, nanti mula la dia menangis2, jerit2 kat aku. Nak tak nak, kena la turun. Kalo tak, bingit telinga dibuat nyer. Kalo bole, sepanjang masa nak aku ada kat sebelah dia ni. Cian cik ida. Time aku balik tu, tak dapat skyping ngan dia pun. Tpon pun kejap je, time anak buah aku ni tdo. Tapi jadi la dapat tpon kejap dari takde langsung kan. Malam2 lak dia ni sker memerap. Nak aku dukung je memanjang. Last2 tdo kat bahu aku je.


Ni anak buah aku tengah minum susu pagi tadi. Sempat aku amek gambar.



Tapi tu la, kesian aku. Dia ni confius antara aku ngan adik aku. Kalo tanya dia "mana che at (nama gelaran aku untuk dia)", pastu dia tunjuk kat aku. Pastu tanya lagi, "mana acu eight (hahaha... belasah je ejaan, janji sebutan betol)", pastu dia tunjuk aku lagi. Hehehe... Tu la, jumpa pak cik dia time sorang2, jarang time kami berdua ada sekali gus. Kan dah dia keliru. Skang ni dah pandai bercakap dah. Siap bole nyanyi lagi, tapi pelat sket.

"Buai taju2 (laju2 ye), campai balik cane (sana)". Tu je la ayat yang dia tau. Tapi skang senang la sket nak cakap2 ngan dia sebab dia dah bole paham apa yang kita cakap dan kadang2 bole jawab bila kita tanya. Yang aku tak tahan tu, time dengar dia cakap kat tpon (time ni bagi tpon lama je, dah takde bateri). Ntah apa2 je yang dia bebel tu. Lagi syok time dia bercakap ngan cik ida. Lagi rancak dia berbual. Tapi perbualan yang one-sided sebab cik ida kata dia tak paham pun apa yang qila cakap tu.


video
Aqilah sembang2 di tpon.


Pastu talking about earth hour lak. Aku pun tau lepas aku baca kat blog cik ida siang tadi. Kalo tak, memang lambat la aku tau (sebab petang tadi pun kat radio era ada sebut2, siap buat unplugged je kat konti). Tapi aku tak sambut pun, sebab nampak weird lak aku sorang2 sambut, sedangkan satu kejiranan masing2 elok je terang-benderang umah diorang. Aku tutup lampu porch (memang slalu tutup pun. hahaha...) ngan ruang tamu je. Lampu bilik on je sedangkan memang aku duk dalam bilik je. Hehehe... Tu pun untuk half and hour je sebab aku balik dari makan malam pun dah kul 9.

Haaaa... Bercakap pasal makan malam. Tadi time aku on da way nak gi makan, ada la satu kereta ni, kancil gak, berhenti sebelah kereta aku kat traffic light. Time tu lampu merah. Dalam keta ni aku rasa sumer awek2 kot. Aku pun tak sure sangat. Tapi driver dia memang pompuan la. Cermin tingkap dia time tu turun, so memang nampak jelas la muka driver tu (cun la gak. eh, jangan marah ek cik ida. hehehe...). Dia pandang2 aku, tapi time tu cermin tingkap aku tak turun, jadi tak sure la dia nampak muka aku ke tak. Dia toleh beberapa kali. Aku tanya dalam hati, budak ni nak ajak berlumba ke? Walaupun pada hakikat nyer tak (aku rasa tak la), tapi memang sah2 aku pecut dlu. Anda makan la asap kereta saya ek. You are 100 years too early nak challenge saya (cheewaahhh, macam la aku ni pelumba profesional). Sebab yang pertama, aku tekan minyak dan tukar gear memang cepat je. Kadang2 aku rasa macam tak lama lagi bole jahanam enjin kancil aku (eh, enjin kancil kakak aku nyer) ni kalo aku slalu wat macam tu. Yang kedua lak, dia ni duduk salah lane. Dia lane kiri, sah2 lane tu banyak kenderaan yang slow. Jadi kalo aku tak pecut pun, memang dia ketinggalan gak. Tapi tu la citer dia. Walaupun pada hakikat nyer dia tak ajak lumba pun, tapi sebab aku ni slalu berfikiran macam tu, jadi lah peristiwa yang macam gitu2...

2 comments:

Cik Ida said...

qila dah chubby sket..hihihihi...comey giler ckp kt tepon....sori la yer qila comey, i xphm ape u ckp ngn i masa tuh...lgpn i xsure btol ke u dgr ape i ckp..hikhikhik

aswadz said...

chubby sbb kat umah abg ada byk mknn. sblm tu x chubby sgt kata mak abg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...