Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, June 30, 2012

Program Induksi SIRIM 2012

Dah nak dekat seminggu aku tak dapat update blog ni. Bukan malas. Tapi takde masa sebenar nyer. Baru2 ni aku menghadiri program induksi anjuran SIRIM untuk semua staff2 baru atau lama tapi baru nak permanent. So siang gi kursus. Malam tak sempat nak menulis apa2 kat blog. Sempat blogwalking je.


[Group induksi aku, kumpulan Warrior]


Group induksi aku memang terbaek la. Sporting abes. Glad to meet them. Tak lupa gak kepada staff2 yang laen. Pasni kalo terserempak, jangan lupa la tegur. Kalo datang AMREC, jangan lupa cari aku. Hehehe...

Apa2 pun, program induksi dah abes. Pasni bole la aku update regularly. Tapi kalo aku tak sempat nak update, means aku banyak keje la tuh. Hehehe...


Sunday, June 24, 2012

10 Menara Tertinggi Dunia

Hari ni aku wat entri simple je. Tak sempat nak tulis panjang2 sebab ada hal. Petang kang nak kena bertolak ke Shah Alam lak. Lagi pun macam dah lama tak tulis entri2 yang macam ni kan. Hehehe...

EDITED: Hanya free-standing tower yang diambil kira. Aku tak sure sangat maksud dia. Maybe maksud dia adalah menara yang hanya semata2 menara. Menara 3 in 1, 4 in 1 hatta 5 in 1 seperti KLCC, Burj Khalifa hatta Buruj Ursa Major adalah tak termasuk... Kalo aku salah, tolong btol kan lagi sekali...


1. Tokyo Skytree (Japan)

Ketinggian: 634 m




2. Canton Tower (China)

Ketinggian: 600 m




3. CN Tower (Canada)

Ketinggian: 553.3 m




4. Ostankino Tower (Moscow)

Ketinggian: 540.1 m




5. Oriental Pearl Tower (China)

Ketinggian: 468 m




6. Milad Tower (Iran)

Ketinggian: 435 m




7. KL Tower (Malaysia)

Ketinggian: 421 m




8. Tianjin Radio & Television Tower (China)

Ketinggian: 415.2 m




9. Central Radio & TV Tower (China)

Ketinggian: 405 m




10. Kiev TV Tower (Ukraine)

Ketinggian: 385 m




Sumber: Yahoo! News


p/s: sebenar nyer ada banyak benda yang aku nak post, tapi setakat ni tak abes tulis lagi. Hahaha...


Saturday, June 23, 2012

My Wedding

Tajuk je yang berbahasa Inggeris ye. Entri Bahasa Melayu. Sebab pe? Bila aku taip tajuk "Perkahwinan Aku/Saya", rasa cam awkward je bunyi tajuk. Hahaha...

Pada sape2 yang kenal aku, mungkin korang tahu yang aku dah pun berjaya bergelar suami orang pada 1 Jun 2012 yang lepas. Kenduri lak 2 Jun dan 9 Jun 2012. Sebab tu bulan ni aku jarang update di samping mencipta rekod peribadi jumlah entri paling sedikit dalam sejarah aku berblogging.

Aku tak nak citer banyak pasal perkahwinan aku. Korang bukan nak baca pun kan. Korang cuma nak tengok gambar je kan. Tak caye? Tanya Tok Ketua GBS. Err... Tok ni nak tengok gambar ke nak tahu liku2 kehidupan semasa proses perkahwinan?


[Lepas akad nikah, terus gi melantak umah pengantin pompuan]


Owh, aku terus terlajak bubuh gambar aku melantak lak. Patut nyer bubuh gambar masa akad nikah dlu kan. Hehehe... Harap maaf di atas kesilapan yang tak bape nak teknikal ni yang juga merupakan kesilapan yang sengaja aku buat.


[Ni masa sebelum akad nikah kot. Walaupun tersenyum, dalam hati ada nervous.]


Naseb baek imam ni takde tanya soalan apa2. Terus ke akad nikah je (abah wife aku yang akad nikah kan). Cuma kena interview je. Sumer benda yang ada atas borang nikah tu, sumer dia tanya. Ada ke dia boleh tanya jantina aku (okay, ni aku buat lawak je).


[Sah. Dia dah jadi halal untuk aku. Hehehe...]


[Makanan best2. Tapi biasa la. Pengantin. Mana ada mood nak melantak abes]


[Ni sumer family aku. Pelamin lak family wife aku yang decorate sendiri. Tak tempah ngan sape2 tau]


[Barang hantaran]


Yang ni resepsi belah aku lak.


[Pengantin baru sampai]


[Walaupun posisi berjauhan, tapi dekat di hati]


Actually dua2 belah resepsi ada official photographer. Belah pompuan Muein Mahadi and belah laki Amir Alias. Korang bole check out diorang nyer website kot2 la korang tengah cari photographer kan. Diorang ni memang peramah aku sure, gambar diorang mesti terbaek. Gambar resepsi belah pompuan takde lagi, tapi yang belah lelaki dah ada. So aku upload gambar Amir Alias dlu. Tapi outdoor je la yang aku upload.








p/s: yang penting, pengantin kena senyum slalu, walaupun senyum tak nampak gigi.


Friday, June 22, 2012

Snow White and the Huntsman

Aku rasa sebelum citer ni dah naek lapuk dan dah tak tayang kat pawagam, ada baek nyer aku merajinkan diri untuk menulis (atau mungkin menaip) review pasal muvi Snow White and the Huntsman yang aku tengok ari tuh. Since aku ni jenis yang tengok muvi lambat, jadi review pun harus lah lambat gak. Hahaha... Owh, by the way, ni entri ke-2 aku untuk bulan ni. Satu rekod yang baru disitu.




Yes, citer ni memang ada kelainan sket daripada jalan citer asal Snow White yang korang selalu tengok sejak bebudak lagi. Tapi bagi aku takde apa yang bole dibanggakan sangat dengan jalan citer dia sebab sudah terang lagi kan bersuluh, jalan citer dia agak membosankan sket. Tapi mungkin tak sampai tahap mengantuk (sebab aku takde menguap pun).

Ditambah lagi ngan lakonan Kirsten Stewartdess, memang kayu ar citer ni. Hahaha... Tapi lakonan mak cik ni memang mantap...


[Berlagak giler beliau dalam gambar ni]


Kalo bukan sebab lakonan Charlize Theron (atau mungkin Chris Hemsworth kepada sape2 yang minat mamat ni), memang citer ni akan menjadi 100% kayu. Lakonan dia mantap. Ekspresi dia jauh lebih baek daripada Kirsten Stewart. Ada sape2 nak tambah lagi?

Babak yang menarik yang aku boleh highlight kan adalah bila Ravenna aka Charlize Theron ada (lagi2 kalo babak dia menjerit2), bila Snow White ngan Huntsman jumpa ngan Troll dan babak lawan2 masa klimaks. Tu je la kot. Yang laen so and so je.


[Babak yang ni pun mungkin bole diambil kira. Hehehe...]


Aku rasa muvi ni kalo tak tengok pun, aku rasa korang tak rugi apa pun. Tunang Wife aku cakap tengok muvi Mirror-Mirror lagi best...




Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday #12



Honeymoon di "Bali".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...