Tuesday, August 5, 2014

Hari Raya 2014

hari raya 2014, sambutan hari raya, eid mubarak
[Family aku (atas) dan family mentua (bawah)]


Hari ni baru berkesempatan nak buat entri post-raya. Kalau ikutkan, patut nyer hari ni dah start keje. Tapi sebab kurang sihat sket, so aku amek MC. Badan still rasa lemah2 sket. After effect lepas raya. Travel banyak sangat.

Tahun ni turn beraya kat kampung aku dlu, iaitu kat Perak. Tahun lepas tak dapat nak bergambar ramai2 belah family aku sebab aku takde. Kakak aku yang ke-2 pun tak balik raya. Tahun ni alhamdulillah. Ada la gambar family. Tu pun kakak aku yang no 2 belum balik lagi. So tak cukup korum. Belah mentua cukup korum. Siap tambah lagi sorang menantu lagi raya nih. Hehehe...

Tahun ni raya ke-3 baru balik ke Kelantan. Ada la buat rumah terka sket2. Cuma tahun ni tak dapat beraya lama sangat sebab Sabtu wife dah keje. Aku je yang bercuti lama sket. Hehehe... Cuma satu je tak best. Bila datang je time raya, ada je wabak penyakit yang bermaharajalela.

Penyakit apa tuh? Hehehe... Raya ke-3 hari tu sampai2 je kat Kelantan, terus demam. Nasib baek tak lama. Ku sangkakan panas hingga ke tengah hari, rupa nyer dah mendung sejak awal lagi. Hari aku nak balik tuh, suara dah mula serak2. Rupa2 nyer nak sakit tekak la pulak.

Kemudian, kena cirit birit sekali. Cirit birit ni penyakit yang popular time festive season. Nasib baik tak kronik. Jadi, sempena raya nih, kenalah jaga pemakanan untuk mengelakkan keciritan time raya nih. Hehehe...


11 comments:

Pha Is said...

belah family mentua semua sedondon je.. heheh

aienzunnur said...

Slmt hari raya.kuikui

Azlan Strider said...

Selamat hari Raya Bro...Ko dah kawin eh...aku ingatkan ko bujang lagi..hehehe

Regards,
-Strider-

LydSunshine said...

ko sama la mcm aku, ada rasa nak demam time raya tu, tapi aku cepat2 makan panadol sebab tanak bagi melarat. pastu kena cirit birit satu family. ntah apa benda yg kiterang makan tu.

selamat hari raya aswad dan cik vanilla.

Shahrul Yusof said...

Cuti Raya lama sangat ni memang buat badan jadi lemah-lemah akibat fatigue. Dulu, fatigue ni bila banyak sangat join tournament je. Dah berumur sikit macam sekarang ni, terlebih raya pun boleh kita fatigue. Hehe

Pha Is said...

singgah BW sini..

Unknown said...

kat office ni kiri kanan demam, batuk, flu.. huhu.. risau gak kalau terjangkit sekali. dah la lepas raya ni semput sebab byk sgt kerja. .cuti lama katakan. hehe

aswadz said...

@phais: diorang planning baik punya.

@aien: selamat hari raya. hehehe...

@azlan: selamat hari raya. kahwin dah bro. hehehe...

@lyd: biasa la tuh cirit-birit. makan mcm2 kat open house.

@sylarius: hahaha... btol2.

aswadz said...

@aisya: tu la. keje menimbun. bila MC, nasib baek ada member tolong cover kan.

Cik Itah said...

salam. wahhh biruuu hehehhe

aswadz said...

hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...