Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, August 16, 2014

Ju-On 3 - The Beginning of the End

Macam dah lama lak aku tak buat review movie kan. Baru2 ni aku ngan wife aku pergi tengok movie seram Jepun, Ju-On 3. Well, sape yang tak tau citer Ju-On kan. Antara movie yang paling seram aku pernah tengok. Korang pun mesti familiar gak dengan movie Ju-On kan.


ju-on 3, ju-on 3 review


The beginning of the end. Bagaimana semua nyer bermula? Macam mana tiba2 boleh wujud hantu Ju-On ni? Sape yang memulakan nyer? Sekuel ke-3 Ju-On ni mengupas persoalan2 yang bermain di fikiran penonton siri pertama dan kedua Ju-On.

Ju-On 3 berkisarkan kisah yang menyelubungi keluarga Saeki termasuk kematian mereka dan bagaimana curse itu bermula. Misteri terungkai 10 tahun selepas kejadian di mana cikgu kelas Toshio Saeki (budak Ju-On tuh) datang melawat ke rumah Toshio. Selepas pertama kali menjejak ke rumah tersebut, pelbagai perkara misteri dan menakutkan mula berlaku.




Overall, movie Ju-On 3 ni memang tidak menghampakan, if korang nak the excitement of being scare itself. Kalo korang nak tengok citer yang menjanjikan jalan citer yang menarik, maybe citer ni bukan untuk korang. Tapi kalo korang nak tengok movie yang menakutkan, this movie is for you. Sebab apa aku kata macam tu? Sebab aku rasa ni movie seram yang paling menakutkan aku setakat nih.

Namun begitu, walaupun aku kata yang movie ni yang paling menakutkan, to be honest, takde la seram sangat pun. Ju-On 1st lagi seram kot. Ke sebab faktor usia ye? Maklumlah, time tengok Ju-On yang mula2, time tu "muda" lagi. Hehehe...

Tapi macam mana pun, movie ni still seram. At least lagi seram daripada Devil's Due, The Conjuring dan Pee Mak. Owh, kejap. Pee Mak seram komedi. Okay, abaikan.




6 so full of themselves :

Aisya A. said...

dah lupa dah cerita ju on tu mcm mana. tapi hantu ju on ni mmg power lah.. mana2 kalau nak takutkan org mesti hantu ju on jugak yg disebut. hehe

aswadz said...

ju-on ni popular time kita zaman remaja dlu.

Cik Itah@RRP said...

salam. macam seram ja...

hana hadi said...

Tringin nak tngok tp tu lah.klu nak tengok ju on 3 kena tngok yg no 1 n 2 dlu baru best kan..

Mime MF said...

tgk ni confirm teringat seminggu...haishh

aswadz said...

@itah: seram gak la.

@hana: yg 1st tu memang confirm kena tgk la.

@mime: hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...