Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, December 25, 2014

Doa untuk Mangsa Banjir

Korang bayangkan, pada suatu hari yang hujan je memanjang, korang tengah buat keje kat office. Tepat pukul 5, korang punch card nak balik. Sampai2 tingkat bawah, air penuh membanjiri ruang bawah. Nak redah tak boleh, sebab air laju. Korang cuma boleh pandang sayu je tengok kereta korang dari jauh. Kena hanyut dengan arus deras banjir.

Mungkin ada daripada mereka yang telah mengalami situasi seperti di atas sewaktu paras air mula naik di sesetengah kawasan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Antara negeri2 yang teruk dilanda banjir adalah Kelantan dan Terengganu. Tapi kali ni nyer banjir memang agak luar biasa disebabkan gabungan 3 fenomena iaitu fenomena new moon, solstis musim sejuk dan tiupan angin kencang. Di Kelantan tu patut nyer dah diisytiharkan darurat dah kerana sampai ada sesetengah kawasan tu bantuan susah nak dihantar.


banjir 2014, kelantan, kota bharu, tesco kb
 [Tesco Kota Bharu, Kelantan]


banjir 2014, kelantan, hospital, kuala krai
[Hospital di Kuala Krai, Kelantan kalau tak silap aku]


banjir 2014, kelantan, stadium sultan mahmud
[Stadium Kota Bharu, Kelantan]


Perlis dan Kuantan, Pahang turut terjejas. Even kampung aku pun banjir gak. Kuala Kangsar yang berbelas2 tahun tak banjir pun banjir jugak. Cuma pekan Kuala Kangsar je yang terjejas, berhampiran Sungai Perak sebab kawasan tu memang rendah.


banjir 2014, kuala kangsar


Mari kita sama2 doakan supaya semua bantuan dapat dihulurkan dengan segera. Doakan semua nyer berada dalam keadaan selamat.


p/s: selamat menyambut hari krismas bagi mereka yang menyambutnya.


Sunday, December 21, 2014

Thailand Menang Piala, Malaysia Menang Sorak

Itu lah yang aku nak katakan.

It's okay kita kalah. Sebab aku yakin, ramai peminat bola sepak tanah air kagum dengan kebangkitan skuad Harimau Malaya yang mendahului sehingga 3-0 pada babak pertama. Something yang ramai orang rasa hampir mustahil untuk dibuat. Tapi diorang buat.


aff suzuki cup, final 2014, thailand malaysia
[Recycle gambar semalam je. Hehehe...]


Walaupun kalah, memang puas hati dengan persembahan diorang. Bak kata aku tadi, Thailand menang piala, kita menang sorak. Yang penting semangat nak menang tu ada. 2 tahun lagi kita cuba lagi. Cuma satu je aku tak puas hati. Norshahrul Idlan Talaha. Mamat ni tak boleh score gol dah ke? Tak reti buat first timer ke? Nape nak kena stop ball dulu sedangkan peluang dah terhidang depan mata? Adehhh...


Saturday, December 20, 2014

Malaysia vs Thailand Final 2nd Leg

aff suzuki cup, final, malaysia vs thailand, harimau malaya


Malam ni mungkin malam yang ditunggu2 oleh peminat bola sepak tanah air. Penentuan Final Piala AFF Suzuki 2nd Leg. Final pertama ari tuh team Malaysia kecundang 2-0 di tangan Thailand. Harap2 malam ni akan ada keajaiban lagi sekali seperti masa lawan Vietnam ari tuh.

Walaupun miracle tu susah nak berlaku 2 kali berturut2, tapi aku still menaruh harapan supaya player Malaysia maen sampai mati bermati-matian demi mengelak aib di bumi sendiri. Nak menang secara agregate tu mungkin sukar memandangkan kita pun sedia tahu yang team Thailand ni memang power. Tapi aku still harap team kita membawa pulang kejayaan. Supaya ESOK BOLEH CUTI (sebab Ahad orang Kedah keje). Hahaha...

Okay, serius. Aku harap Harimau Malaya boleh menang.


p/s: confirm malam ni ramai terpaku depan TV.
p/s 2: confirm malam ni banyak "live commentator" kat Facebook.

 


Friday, December 19, 2014

Rock Lemon

Apa itu rock lemon? Anyone?


rock lemon, entri style kartun, 9gag


Aku tak tau la sama ada perkataan "rockmelon" ni sejenis tongue twister atau tak. Tapi aku ada kawan yang tersebut rockmelon sampai jadi rock lemon. Rock lemon melon ni sebenar nyer lebih kurang macam tembikai susu gak. Tapi laen sket sebab isi rockmelon ni lebih kekuningan.


rockmelon


Aku tak tau apa nama rockmelon ni dalam BM. Ada yang tau tak?


Thursday, December 18, 2014

Kenapa Aku Berhibernasi

Selama sebulan setengah aku tak update blog ni, mesti tak ramai tertanya2 mana aku pergi. Sepanjang tempoh masa tuh, sebenar nyer aku busy dengan kerja2 kat office sebab hujung bulan November ari tuh, office aku ada organize conference dan workshop kat Langkawi. Ada 2 event yang akan berlangsung. Double the works. Jadi ada banyak la keje nak kena buat. Lagi2 bila tarikh nak dekat.


organize, event
 [Bilik operasi yang bersepah]


organize, event
[Tengah sibuk transfer file dalam 200++ pendrive untuk peserta]


Takde la busy sampai tak dapat online langsung. Ada la sempat baca blog korang. Nak update blog sendiri tu yang tak berapa nak sempat. Hehehe... Boleh dikatakan AJK yang ada kurang mencukupi. Tapi tak bermakna keje tak boleh siap. Cuma kerahan tenaga tu lebih sket la. Tapi takpe. Kitorang power...


organize, event, checklist
[Tengah tulis checklist sebelum berangkat ke Langkawi]


Tup tap tup tap... Dah sebulan aku tak update blog. Dan tibalah waktu untuk kitorang berangkat ke Langkawi...


barang
[Barang yang dah tak muat diangkut dengan kereta untuk naek feri, terpaksa diangkut
naik kapal terbang]


airasia
[No caption is required. Hehehe...]


AJK, secretariat
[Cut the story short, ni dia team yang menjayakan event]


selfie
[Jarang aku berselfie...]


So itu lah dia citer "Kenapa Aku Berhibernasi", walaupun simple sangat entri ni. Kalau aku nak citer detail satu2, berjela entri ni nanti. Lagi pun, ada banyak yang aku tak ingat daripada yang ingat. Hahaha... Tu yang malas nak citer.

Walaupun pergi Langkawi, takde banyak masa nak berjalan pun. Memang spend masa kat pekan Kuah je. Masa terluang yang ada pun aku guna untuk berjalan memborong coklat je. Sebab tu takde gambar aku berjalan2 kat Langkawi.

Tapi apa pun, memang best walaupun takde masa nak berjalan. Sebab bukan selalu terlibat dalam organize event ni. At least dapat lari kejap daripada kerja yang selalu aku buat masa kat office. Asyik2 duduk dalam lab je bosan jugak kan. Hehehe...




Monday, December 15, 2014

Bernafas Kembali

Tak bermaksud yang aku pernah mati, pastu hidup semula ye.

"Bernafas kembali" merujuk kepada blog aku ni haa... Berhibernasi lama sangat. Ada la nak dekat sebulan setengah tak berupdate. Hahaha... Rasa nyer tak pernah aku hibernate lama sangat macam tuh. Sampai entri bulan November pun 0. Takde entri langsung.

Okay. Entri hari ni setakat ni je. Hambar tak? Hahaha... Korang biar la aku carik balik mood blogging aku. Dah ke laut mood aku tuh. Terpaksa pergi menjala kat tengah2 laut tu cari mood aku balik. Nanti ada masa, aku up entri baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...