Saje aku nak kongsikan dekat sini, untuk makluman korang. Kot2 la ada yang tak tau lagi, especially untuk warga Kulim, Kedah. Online shop Rexylla kini dah jadi salah satu vendor kepada butik Stylista Vendor Concept. Kalau korang nak beli perfume miniature yang original, boleh pergi ke butik ni.
[Perfume miniature original]
Perfume miniature Rexylla dijamin 100% original dan yang pasti, harganya murah. Korang boleh dapatkan perfume miniature 5 ml dengan harga RM 38 sahaja. Perfume vial pun ada jugak. Macam2 brand ada. Korang cuma perlu pilih je.
[Perfume miniature for him]
[Perfume miniature for her]
Butik ni bukan setakat jual perfume Rexylla sahaja. Ada banyak lagi dress, blouse dan tudung daripada vendor2 yang lain. Kalau nak cari barang kosmetik juga boleh datang ke sini. Kalau penat2 pilih barang, boleh lepak dekat mini cafe diorang.
Oh, lupa pulak. Butik Stylista Vendor Concept ni terletak berhampiran dengan Giant/ Kulim Landmark Centre. Atau lebih tepat lagi, deret lot kedai atas 7-11, sederet dengan Affin dan RHB Bank, Tune Hotel dan Old Town White Coffee. Butik dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu daripada pukul 11 pagi hingga 9 malam.
Lokasi
No. 11, First Floor, Jalan KLC1
Kulim Landmark Centre
09000, Kulim, Kedah
9 comments:
wah2..jual perfume ke...terbaik! hehe:)
banyaknyaaa . wahh
bila la nak sampai kulim ni..
sy penah smpi area giant tu tp since adik da pindah ke pajam x de laa pegi ke kulim lg ;-)
mmg jauh sgt lah dr shah alam ni ha. hehe.. sampai kedah pun baru dua kali. itu pun kat sp je, ikut cik abg balik kg.
jauh sgt!!
jarang sangat pi kulim.. hehe
@mime: mekaseh.
@cekbolat: berminat x? jom la beli.
@bts: duduk mana? boleh je kalau nak pos.
@anies: adik dlu belajar kat kulim ke?
@aisya: tau dah. mai la singgah kulim.
@jari_manis: duduk mana tu?
@pha_is: jauh ek? hahaha...
Post a Comment