Thursday, October 25, 2012

Spontaneous Thursday #6

Berjalan masuk ofis.
Lengang.
Tengah hari gi makan kat cafe.
Lauk banyak.
Orang takde.
2-3 orang je yang tengah makan.
Yang laen?
Huh, dah cuti rupa nyer.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...

Monday, October 22, 2012

Not-so-close Friend

Saje je bubuh tajuk entri dalam bahasa omputih. Tapi worry not. Entri dalam bahasa ommayu... Hahaha... Jahanam bahasa melayu aku kali nih.

Antara kalangan kita, mesti ada kawan yang kita kenal. Kita consider sebagai kawan. Tapi tak rapat. Maybe just kenal gitu2 je. Pernah bersembang. Tak kira la selalu ke jarang. Tapi banyak benda pasal dia yang korang tak tahu.

Sometimes kalo korang "ter"keluar berdua, mesti ada moment2 yang agak awkward. "Ter"keluar kat sini boleh bermaksud sama ada korang terserempak kat luar lalu terus decide nak jalan sama2. Atau pun korang planning nak keluar bertiga, tapi sorang tak dapat nak hadir. Kat situ timbul nyer perkataan "ter"keluar. Hehehe... Okay2. Sambung balik citer pasal awkward moment tadi. Mesti pernah berlaku kat korang kan. Paling koman pun mesti kat bawah ni pernah terjadi. Btol tak?




Kadang2 dengan housemate pun jadi gak. Tapi selalu nyer dengan housemate yang korang baru kenal la. Jarang berlaku dengan housemate yang dah lama kenal. Kalo pernah berlaku gak, aku tak tau nak cakap apa la kan.




Padahal kalo korang tanya straight je, "perut aku dah kenyang ni. jom blah..." atau "weyh, pi basuh pinggan mangkuk tu haaaa... kan turn ko ari nih", aku rasa mostly diorang no hal la. Tapi kalo korang tau yang dia nih jenis macam2 sket, pandai2 la korang handle kan. Tak kan aku nak ajar kot. Hehehe...


Sunday, October 21, 2012

Masukkan Perkataan dalam Gambar Hollow

Bila aku baca balik tajuk, maksud dia macam lari sket. Tapi in the end, aku terpaksa pakai tajuk ni sebab aku tak dapat fikir tajuk laen yang lagi sesuai untuk aku guna. Tapi kalo korang ada idea yang lagi bagus untuk tajuk ni, isyaAllah aku tukar.

Sebenar nyer aku nak buat tutorial macam mana aku combine kan perkataan dengan gambar macam kat dalam entri yang INI. Ada la dalam 2 minggu aku tertangguh nak wat tutorial ni. Sebab aku pun agak busy kebelakangan ni. So tak bape nak sempat untuk wat tutorial. Tapi relax. Ni aku tengah nak menaip tutorial la nih. Hehehe...


[Tutorial Image 1]


Based on tutorial Image 1

1. Bukak file gambar yang korang nak combine kan tuh. Dalam tutorial ni, aku guna kan 2 gambar yang macam dalam Tutorial Image 1 nih.

2. Make sure korang nyer gambar tu dalam format png. Kalo tak, korang kena delete background layout gambar korang guna magic wand tool (1). Yang memang dah dalam format png, korang skip terus ke step ke-7.


[Tutorial Image 2]


Based on Tutorial Image 2

3. Untuk delete background layer, klik simbol padlock (2).

4. Bila new layer window open, klik OK.

5. Pilih magic wand tool (3) dan klik pada background image yang korang nak delete tadi.

6. Tekan butang delete. Kalo tak jumpa butang delete, sila tanya jiran sebelah kot2 diorang tau button delete korang kat mana.


[Tutorial Image 3]


Based on Tutorial Image 3

7. Sebelum korang start combine 2 gambar tadi, korang kena create 2 gambar baru yang kosong. Satu untuk korang guna sebagai gambar yang korang dah combine dan satu lagi sebagai backup keje korang.

8. Combine gambar korang tadi ke dalam salah satu gambar yang korang create tadi dan gambar macam Tutorial Image 3 akan terbentuk. Tapi of course tak abes lagi la kan. Skang korang nampak kan seolah2 perkataan AMC 2012 ni ada kat dalam bahagian hollow gambar gear.


[Tutorial Image 4]


Based on Tutorial Image 4

9. Untuk senang untuk explain further, aku akan rename layer seperti berikut. Layer yang ada gambar perkataan aku rename sebagai "wording" dan layer yang ada gambar hollow gear sebagai "hollow".

10. Pilih layer "wording" (4).

11. Pilih magic wand tool (5) dan klik pada salah satu huruf pada layer "wording" tadi (6).


[Tutorial Image 5]


Based on Tutorial Image 5

12. Klik pada "hollow" layer (7) dan pilih move tool (8).

13. Drag huruf tadi (9) ke backup image yang korang baru create tadi.


[Tutorial Image 6]


Based on Tutorial Image 6

14. Backup image yang korang create tadi akan jadi macam Tutorial Image 6.


[Tutorial Image 7]


Based on Tutorial Image 7

15. Repeat step 10-13 sampai korang dah drag sumer huruf yang overlap dengan gambar hollow gear tadi.

16. Gambar backup tadi akan jadi macam Tutorial Image 7.

17. Lepas korang dah selesai, korang kena drag balik sumer huruf dalam gambar backup tadi ke gambar yang original. Tapi sebelum tu, korang kena make sure yang layer "wording" berada kat atas layer "hollow".

18. Drag huruf (11) tadi ke gambar original guna move tool.


[Tutorial Image 8]


Based on Tutorial Image 8

19. Gambar korang akan jadi seperti Tutorial Image 8.


 [Tutorial Image 9]


Based on Tutorial Image 9

20. Menggunakan move tool (12), drag layer ke wording asal (13).

21. Repeat step 18-20 sampai complete.


[Tutorial Image 10]


Based on Tutorial Image 10

22. Tapi dalam sesetengah kes, in this case, berlaku pada huruf "C", area yang suppose to show up, turut tak nampak sebab ada kat bahagian belakang gear (14).

23. Menggunakan eraser tool (15), padam area yang kena block tadi, in this case area (14).


 [Tutorial Image 11]


Based on Tutorial Image 11

24. Korang nyer final work akan nampak seperti Tutorial Image 11. Tu pun kalo korang buat sebijik yang macam aku nyer la. Hehehe...


Kalo korang nak try sendiri dlu, korang bole download image yang macam aku guna kat dalam tutorial nih.



Saturday, October 20, 2012

Korean Drama - Rooftop Prince

Aku jarang2 nak tengok citer Korea yang ada unsur2 tradisional. Ermmm... I mean, citer2 diorang yang take place pada zaman dlu2. Era zaman maharaja2. Sebab apa? Tak minat. Ye. Simple je reason aku. Tak minat. Citer ni pun aku hampir2 tak tengok. Sebab mula2 je memang era dlu2. Tapi nasib baek aku bersabar sket. Sebab apa? Sila baca sampai abes ye.




Citer ni mengisahkan seorang crown prince (aku tak tau term melayu) bernama Lee Gak (lakonan Micky Yoochun) yang kehilangan isteri nyer (crown princess) yang disyaki telah dibunuh. Dengan mengumpul 3 orang bijak pandai dalam kategori yang tersendiri, dia pun mengembara mencari bukti. Ntah macam mana, tiba2 diorang teleport ke masa hadapan semasa diorang kena kejar dengan orang jahat. Tup2 diorang dah ada kat zaman moden.

Diorang yang tak tahu apa yang tengah berlaku, muncul dekat laman rumah Park Ha (lakonan Han Ji Min). Rumah rooftop. Sebab tu nama citer ni Rooftop Prince. Dan atas sebab2 yang aku malas nak citer kat sini (nanti panjang lak entri), Park Ha pun terpaksa la jadi guardian diorang. Lepas tu, pada satu masa, Lee Gak ni terjumpa dengan Hong Se Na (Jung Yoo Mi) yang dia rasa merupakan reincarnation isteri dia. Daripada situ, bermula la satu drama yang bertajuk Rooftop Prince. Kih3...




Citer ni kelakar. Korang bole bayangkan sendiri. Gelagat orang zaman dahulu yang tiba2 datang ke masa hadapan. Mesti kelakar kan. Hehehe... Jalan citer dia bagi aku biasa2 je kot. Tapi still enjoy la tengok. Kang aku kata biasa2 sangat, korang langsung malas nak tengok.

Tapi macam citer Shining Inheritance, konflik2 dalam citer ni agak berat sket. Kalo korang ni jenis yang stress tengok citer pasal konflik2 yang macam tu, mesti korang stress tengok citer nih. Aku pun kadang2 berbulu je tengok watak2 jahat dalam citer nih.




Sunday, October 14, 2012

Hotel Transylvania

Ehem... Macam biasa. Dah jadi habit aku untuk peram entri2 aku. Bila dah outdated baru aku nak publish. Tapi since daripada nak mengelakkan pembaziran idea dan juga bagi tidak mensia-siakan usaha aku untuk menulis entri ni, aku publish kan gak.




Movie animasi Hotel Transylvania ni aku tak tau la sama ada citer ni bole fall under kategori horror ke tak. Tapi yang pasti, citer ni pasal hantu. Tapi laen sket (laen banyak aku rasa) jalan citer dia berbanding ngan citer2 hantu yang laen. Tak kira la movie hantu animasi hatta yang tak animasi skali pun.

Sebab apa aku cakap macam tu? Well, instead hantu2 ni menjalankan tugas diorang menakutkan2 manusia, tapi dalam movie ni, diorang pergi bercuti. Apa. Ingat hantu pun takde off day ke? Hantu pun penat gak wat keje diorang. Diorang pun mesti nak chillax gak kan.




Movie 3D ni pasal hantu Dracula yang bersara daripada keje menakutkan hantu lalu membuka sebuah resort kat satu tempat yang hanya hantu2 je yang tau tempat nyer. So, diorang bole la chillax tanpa rasa takut. Eh, apasal diorang lak yang takut? Hhhmmm... Actually, Dracula yang buat2 citer yang manusia ni bukan maen jahat nak mampos. Sampai hantu yang laen lak takut.

Tapi pada sambutan hari jadi anak nyer yang ke-118 (kalo tak silap aku), tersesat sorang manusia dan sampai ke resort diorang. Dracula yang takut pembohongan dia diketahui, cuba macam2 cara nak cover supaya diorang tak sedar yang ada manusia tersesat di kalangan diorang. Especially anak nyer, Mavis.

Agak2 korang apa yang berlaku? Ehem... Sila tengok sendiri.




Citer ni aku rasa sesuai untuk chillax, in case korang tak nak citer yang heavy2 sangat. Lucu pun lucu. Kalo nak release tension sebab exam, bole la tengok citer ni.




p/s: dalam banyak2 hantu yang datang bercuti kat dalam citer ni, aku tak nampak lak hantu raya, pocong, toyol mahu pun hantu bonceng dalam citer ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...