Aku jarang2 nak tengok citer Korea yang ada unsur2 tradisional. Ermmm... I mean, citer2 diorang yang take place pada zaman dlu2. Era zaman maharaja2. Sebab apa? Tak minat. Ye. Simple je reason aku. Tak minat. Citer ni pun aku hampir2 tak tengok. Sebab mula2 je memang era dlu2. Tapi nasib baek aku bersabar sket. Sebab apa? Sila baca sampai abes ye.
Citer ni mengisahkan seorang crown prince (aku tak tau term melayu) bernama Lee Gak (lakonan Micky Yoochun) yang kehilangan isteri nyer (crown princess) yang disyaki telah dibunuh. Dengan mengumpul 3 orang bijak pandai dalam kategori yang tersendiri, dia pun mengembara mencari bukti. Ntah macam mana, tiba2 diorang teleport ke masa hadapan semasa diorang kena kejar dengan orang jahat. Tup2 diorang dah ada kat zaman moden.
Diorang yang tak tahu apa yang tengah berlaku, muncul dekat laman rumah Park Ha (lakonan Han Ji Min). Rumah rooftop. Sebab tu nama citer ni Rooftop Prince. Dan atas sebab2 yang aku malas nak citer kat sini (nanti panjang lak entri), Park Ha pun terpaksa la jadi guardian diorang. Lepas tu, pada satu masa, Lee Gak ni terjumpa dengan Hong Se Na (Jung Yoo Mi) yang dia rasa merupakan reincarnation isteri dia. Daripada situ, bermula la satu drama yang bertajuk Rooftop Prince. Kih3...
Citer ni kelakar. Korang bole bayangkan sendiri. Gelagat orang zaman dahulu yang tiba2 datang ke masa hadapan. Mesti kelakar kan. Hehehe... Jalan citer dia bagi aku biasa2 je kot. Tapi still enjoy la tengok. Kang aku kata biasa2 sangat, korang langsung malas nak tengok.
Tapi macam citer Shining Inheritance, konflik2 dalam citer ni agak berat sket. Kalo korang ni jenis yang stress tengok citer pasal konflik2 yang macam tu, mesti korang stress tengok citer nih. Aku pun kadang2 berbulu je tengok watak2 jahat dalam citer nih.
9 comments:
macam best je nih., bleh try tgok la nnt :D
tgk sbb suami i tgk....xminat la..menyampah dgn watak2 jahat tuh..uwekkk
aku dh lama x mengorea.. tapi sebab ko review cite ni.. nnti aku try cari :D
tak pernah tengok lagi cite ni...
cam best aje... :)
@zuhdi: silakan la tgk.
@vanilla: hahaha... stress tgk watak jahat.
@amran: pasni bole start mengorea blk.
@ruha: mmg best pun.
sy ade cter ni..tp xtertgok la plk..huhu..xD
nnt ada masa tgk la ye.
mule2 best,,tpi start konflik dia dah rase stress,,,bila nk abes ni,,,last2 dri ep 9 trus lompat ke ep 19,,tpi still dpat bace cite dia....
hahaha... wife aku pun kata stress bila tgk.
Post a Comment