Monday, October 1, 2012

6 Gadget Menarik 2012

Baru2 nih iPhone 5 telah pun dilancarkan. Tapi sebab aku ni bukan smartphone user apatah lagi bukan iPhone fag, aku takde keinginan nak update pasal iPhone 5 nih. Bukan takde keinginan sebab tak minat iPhone, tapi sebab tak tahu menatang apa nak sembang pasal iPhone.

Takpe. Tak tahu citer pasal iPhone, kita citer pasal gadget laen lak. Hari ni aku nak share 6 gadget yang diklasifikasikan sebagai antara gadget yang menarik 2012.


1. Samsung T27B750 HD Monitor



- Design yang menarik dan setakat nih takde monitor yang ada design macam nih
- Jimat space sebab design yang unik.
- Nak guna sebagai TV bole, monitor komputer pun boleh. Nak jadikan monitor GPS dalam kereta je tak boleh.
- ada fungsi built-in media, setaraf dengan smart TV yang laen
- siap support wireless display technology lagi


2. Nike Training TR1+ Lunar Footwear




- Antara kasut yang tercanggih dan tersempoi di muka bumi abad ini.
- Kereta korang ada sensor? Handphone korang ada bluetooth? Hmmpphh... Kasut ni dua2 pun dia ada.
- Membantu korang untuk exercise dan rekod data2 semasa korang exercise via sensor. Jauh mana korang lari, tinggi mana korang lompat, tu sumer sensor detect. Pastu data leh transfer terus kat iPhone korang.


3. Razer Ouroboros Gaming Mouse



- Kepada gamers yang boros membelanjakan duit, bole la beli Ouro"boros" ni satu.
- Design yang cool. Ala2 Transformer pun ada.
- Panjang lebar mouse sumer boleh adjust. Tangan tuan punyer mouse je tak leh adjust.
- Mouse dwi-tangan. Haaa... Paham tak maksud aku? Keh3... Bole convert from right-hand mode to left-hand mode. Bergantung kepada korang ni kidal ke tak.


4. A2B Velociti Electric Bike



- Basikal ni takde kena mengena dengan pelaran A to B atau A to Z mahu pun ada kena mengena ngan pensel 2B.
- Basikal ni menggunakan elektrik, tapi kita tak bole nak gelarkan basikal ni basikal hibrid.
- Guna bateri untuk jana elektrik, so kalo korang penat mengayuh, guna la elektrik.
- Bateri tahan selama 30 km dan mempunyai recharge time selama 3.5 jam.
- Kelajuan maksimum 30 km/j
- Khas untuk orang pemalas orang yang malas mengayuh lama2.


5. Phillips Fidelio SoundSphere Mini Wireless Speaker System



- Rekaan yang menarik dan futurustik. Bak kata orang, stylo...
- Direka untuk menghasilkan bunyi yang kuat untuk kawasan yang kecil.
- Menggunakan prinsip pantulan. Bunyi yang dihasilkan akan dipancarkan ke arah siling dan sebagai nyer.
- Built-in iPhone dock dan mempunyai USB cable untuk connect pada PC.


6. LG LFX31945ST Door-in-Door Refrigerator



- "Bukak pintu, ada pintu lagi satu" punya konsep. Banyak ruang untuk letak botol minuman.
- Konsep door-in-door ni membolehkan customer membuka peti ais tanpa membuka peti ais. Hahaha... Paham tak? Contoh la, korang nak amek air minuman je. So bila korang bukak peti ais, kira nyer bahagian main compartment (tempat letak sayur, lauk-pauk, etc) tak terbuka sekali la. So udara sejuk kat dalam tu tak terkeluar skali la. Lebih kurang macam tu la.
- Lebih banyak compartment untuk letak barang2 korang.


Kalo barang2 ni ada jual kat Malaysia, aku mungkin berminat nak beli mouse "Owh Boros" tuh. Nampak cool je kalo pakai. Walaupun untuk gamers, tapi mouse is still a mouse. Guna untuk blogging pun ok what... Harap harga nyer tak membuatkan aku nampak boros berbelanja.


Sumber: GeekSugar


6 comments:

vanilla said...

nak peti ais!

Unknown said...

Aku nak mouse tu satu! huhu~

tirahzairi said...

eh...kasut tue xrosak ke? hihi

-meeSUPERGIRL- said...

penat nak kejar semua neh ... haha

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mmg stail gila bpak mcm ni..hahaha

aswadz said...

@vanilla: kan dah ada kat umah.

@neo89: aku pun nak satu.

@tirah: ntah la. kalo kena air, mgkn rosak. keh3...

@mee: penat kuarkan duit la nak beli sumer.

@zulhilmi: mmg la stylo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...