Thursday, July 8, 2010

Shock-kuda....

Shock-kuda? Mesti korang tertanya2 amende yang aku merepek ni. Hak3... Shock-kuda tu adalah apa yang orang Jepun sebut kalo dia shock, dan nak ekspresi kan dalam ayat menggunakan perkataan omputih, iaitu shock. Tapi aku tak tau la kalo ejaan kuda tu memang camtu kan. Tapi sounds like that la. Anyway, shock-kuda tu takde la kena mengena ngan kuda kat jepun, malaysia mahupun seluruh dunia. Apa yang aku nak citer kan ni, pasal World Cup semalam la. Nampak nyer si sotong yang bernama Paul tu btol lagi la kan ramalan nyer. Dia pilih Spain menang, jelas2 Spain menang. Aku siap bangun tengok kul 2.30 pagi tadi. Bajet nak tengok la Germany nyer counter-attack yang diorang dok slalu guna time lawan England ngan Argentina. Alih2 Spain lak guna, naseb baek tak gol je.




Kira nyer World Cup shock jugak la kan Germany tersingkir dari World Cup, memandangkan prestasi mereka yang hebat time menang 4-1 ngan England dan 4-0 time lawan Argentina. Mungkin sebab Mueller tak maen kot due to suspension. Aku pun ingat dapat la tengok high scoring game. Tapi nampak nyer harapan aku tu meleset sama sekali.

Earlier before, sebelum aku tdo (untuk prepare nak tengok bola), ada satu insiden berlaku yang disebabkan oleh "tangan jahat" aku. Ni istilah housemate aku bagi. Nak tau apa maksud nyer? Macam ni kisah nyer. Time tu aku nak kuar la, nak gi bayar bil telepon. Time aku kuar tu, tangan kiri aku tarik pintu (pintu ni dah ditekan terlebih dlu dari dalam) manakala tangan kanan tengah cek sama ada aku ada bawak kunci umah ke tak. By the time aku realize kunci aku tertinggal kat dalam bilik, tangan kiri aku dah tarik pintu umah sampai tertutup. Means? Aku ada kat luar, pintu dah berkunci, and aku takde kunci umah.

Ironi nyer, macam mana tangan kiri aku bole tarik pintu umah tu walhal aku sure, aku tengah fokus dok cari kunci umah dalam poket seluar. Hhhhmmmm... Confius aku dengan keadaan ini. Mungkin otak kanan aku telah berfungsi tanpa aku sedari (Otak kanan yang berfungsi mengawal anggota kiri kan?). So, terpaksa la aku call housemate aku mintak dia balik cepat, unlock kan pintu. Sementara tu, aku pun gi la bayar bil telefon dlu. Pastu lepak kedai mamak, bungkus air untuk makan malam (aku tak makan lagi time nih), dan terus balik.


p/s: time tunggu dalam kereta tu, jiran selang serumah siap datang ke kereta aku lagi, dia ingat aku ni stalker atau pencuri.

2 comments:

pinky mouse said...

mungkin anda memang nampak seperti pencuri..sila ubah imej..

aswadz said...

yeke? rasa nyer dah segak dah mcm ni... hhmmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...