Saturday, July 10, 2010

Mencirit ke?

Haaaa... Terasa sinis je tajuk aku kali ni. Hehehe... Ni sumer pasal makan malam ari ni la. Ni baru je balik dari makan malam la ni. Sampai2 je aku kat umah, terus aku on laptop. Dalam otak aku, "ada benda nak kena maki dalam blog aku ari ni". Well, bukan maki la kan. Cuma sindir sket2 je. Maki tu cuma istilah je.

Berbalik kepada makan malam tadi. Aku ngan family aku sampai kedai tu lebih kurang kul 9. Time tu ramai gak la orang kan. Tapi memandangkan mak aku nak makan chicken chop, singgah je la kedai tu. Lagi pun sebelum ni tak pernah lak ada kes lambat anta makanan ni. Jadi tak pernah la terlintas kat pikiran ku akan terjadi nyer kes sedemikian rupa. Tapi, bak kata pepatah omputih, "there is always first time for everything". Jadi memang kitorang terkena untuk pertama kali nyer la. Lama gak la menunggu. Mak aku nyer chicken chop kejap je dah sampai. Nasi goreng yang lama nyer. Tu yang aku kuar istilah "mencirit ke?" untuk tajuk entri ni. Nak merujuk kepada tukang masak tu. Kot2 la dia tengah mencirit kan. Tu yang tak siap2 nasi goreng kami ni.

Macam makan kat kafeteria universiti lak kena tunggu lama2 ni. Dlu time kat universiti bole la tahan2 makanan lambat sampai. Dah la lambat, tak bape nak sedap lak tu. Hehehe... Tapi memandangkan kedai tak banyak, dan tak banyak pilihan untuk makan, bedal gak. Tapi lepas tu, agak susah untuk menjejak kan kaki ke kedai tu. Selagi ada kedai laen yang bukak, kami tak pergi kedai tu. Tapi anda tu bukak kedai biasa. Pelanggan bole cabut bila2 masa je. Anyway, aku takde la nak marah sangat kan. Memandangkan ni first time, so bole diampunkan la. Tapi kalo lepas ni jadi lagi, memang tak datang dah la jawab nyer.

Sebelum kuar makan tadi, aku bersembang ngan jiran depan umah aku. Dia tanya aku pasal motor lama arwah abah aku. Dia ingat nak beli. Sebelum ni dah sembang ngan adik dan mak aku. Pastu mak aku sruh bincang ngan aku skali. Memandangkan takde orang nak guna motor lama tu, elok aku jual je. Lagi pun, jiran aku ni slalu tolong aku. Time kitorang takde kat umah, dia la yang slalu bukak kan lampu porch umah malam2. Jadi tak kisah la kalo nak jual kat dia. Tapi harga camne nak kira ek? Any idea?

2 comments:

eEe...da said...

sikit2 memaki..maki2..isk2..x elok utk kesihatan ok...

aswadz said...

xpe2. skali skala ikut style kak D. hhehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...