Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, January 30, 2011

Things that we don't know about being a stewardess

Ehem... Walaupun title post dalam English, tapi the rest of the entri will be in Malay. Eh, adakah aku baru bercakap omputih tadi? Oppss... Maaf kan ler teman. Tak sengaja. Ehehe... Okay, back to the story.

Biasa tengok tak citer drama Jepun, Attention Please tak? Kalo tak pernah, pernah tengok tak drama Awan Dania kat Astro? Apa persamaan kedua2 drama ni? Yes... You are right... Citer pasal pramugari aka stewardess aka cabin attendant.


 Drama Jepun Attention Please.


Drama Melayu Awan Dania.


Aku rasa ramai budak2 pompuan yang teringin sangat nak jadi pramugari masa diorang masih kecik dan masih muda remaja. Bila dah masuk alam universiti, mungkin separuh daripada kuantiti kaum hawa ni dah tukar impian diorang sebab dah tak relevan ngan ijazah diorang. Simply say, kareer dah berubah.

Biasa nyer, nak jadi pramugari ni mesti la kena tinggi2, postur badan kena tegak. Bongkok sket interviewer tu cakap, "You are out!!!". Kecantikan lak adalah satu bonus dalam menjadi seorang pramugari. Cantik menarik tertarik kau memang da bomb...

Walaupun aku tak pernah jumpa lagi pramugari yang btol2 cantik menarik tertarik kau memang da bomb secara live di dalam pesawat. Yang ada hanya pramugari yang bajet hot ngan muka penuh ngan mekap tebal.


Gambar sebagai hiasan. Muka dah aku blur kan untuk mengelakkan
diri daripada kena saman oleh tuan punya muka.


Owh, aku rasa aku dah menyimpang jauh lagi skali ngan tajuk entri. So sebelum aku menyimpang daripada tajuk lagi skali, baek aku straight to the point aje kali ni.

Yvonne Lee merupakan bekas pramugari yang kini telah menjadi penulis. Dia telah mendedahkan perkara2 yang most people tak tau pasal kerjaya sebagai pramugari. Dan pendedahan ni dimuatkan dalam surat khabar The Star.

Yvonne ni menciterkan yang pramugari2 ni slalu dipaksa oleh senior diorang untuk merokok, minum arak dan juga tido bersama ngan diorang. Diorang tu of course la lelaki kan sebab ada perkataan "tido bersama" kat situ. Kalo senior pompuan yang ajak, what the hell dia gi tambah ayat tu kan.

And kalo korang tak nak ikut arahan diorang, the next morning korang akan kena maki ngan senior korang tu depan crew2 yang laen. Dan possibility untuk mendapat grading yang rendah adalah tinggi.

Dan yang slalu menjadi mangsa adalah rookie stewardess. Nama pun rookie kan. Mesti la masih mentah dan takut2 ngan superior. So, easy target kepada senior2 yang atasan ni. Siap senior2 ni wat list lagi mana2 rookie yang mudah diajak tdo bersama.

Kes rogol juga pernah berlaku, tapi si yang bertanggungjawab tak dikenakan tindakan apa2 pun. Siap bole naek pangkat lagi. What the hell kan...

Sebenar nyer ada banyak lagi citer. Tapi aku rasa aku dah citer kan secara general kat entri ni. Kalo korang curious nak tahu pasal citer, klik link ni. At least aku tak spoil the fun untuk korang nak baca nanti.

Well, aku tak tau la kes2 macam ni berlaku dalam industri perkapalan terbangan kat Malaysia. Tapi it is better to watch out than feel sorry later kan.

Sebagai kata2 penutup entri ni, aku nak pesan kepada anda2 sumer yang mana ada cita-cita nak jadi pramugari, think twice. And kalo korang ada adik beradik atau sedara mara jiran tetangga yang ada cita-cita jadi pramugari, do tell them about this.


Sumber: FTP Newsroom


Kau terbang tinggi di awan biru...

Saturday, January 29, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #4

Tajuk: Insiden di Traffic Light


Entri ni adalah entri yang mengisahkan pemandu yang tak tahu atau tak reti langsung nak bajet sama ada kereta dia harus diutamakan atau kereta yang laen harus diutamakan. Owh, okay2. Jap2... Aku pun tengah tak paham apa yang aku cakap ni. Hahaha...

Ok2. Senang citer, ada satu driver ni, dia tak tahu sama ada dia harus beri keutamaan kepada orang laen dlu atau diri sendiri. Especially bila kuar simpang atau nak masuk simpang. Simply say, orang macam ni adalah salah sorang dumbass kat Malaysia.

Kat Malaysia ni ada macam2 dumbass. Tapi aku tak nak sebut la jenis2 dumbass. Pasal takde kena mengena ngan entri. Insiden ni berlaku kat simpang empat. Ada lampu isyarat sumer. Pastu bole wat u-turn kat situ.

Aku wat la u-turn kat situ. Pastu nak masuk la ke lane kiri terus. Sebab kat depan tu aku nak masuk simpang ke kiri. Siap aku bagi signal nak ke kiri. Tapi ada satu kereta ni datang daripada simpang kat traffic light masuk ke jalan utama, berada kat belakang belah kiri kereta aku.




Get the idea lepas tengok gambar kat atas? Nak dijadikan kebodohan oleh driver kereta viva kaler biru ni, dia bole hon kat aku, tak bagi aku masuk lane kiri. Konon nyer bagi dia lalu dlu. Tak ke bangang nama nyer tuh. Hell la aku lak yang nak kena bagi laluan kat dia.

Kepada encik driver yang konon terel sangat bawak kereta dan kepada driver2 yang seangkatan perangai nyer ngan driver bodo sorang ni;

Ko tak gi belajar memandu ke masa mula2 amek lesen? Kalo tak gi, lesen memandu tu dapat daripada sape? Baghal... Kitab mana yang ko menuntut masa amek lesen tuh. Aduyaii... Cikgu ko tak ajar ke masa kat sekolah latihan memandu tu?

Ko bukan dari main road, kena la bagi laluan kat kereta kat main road dlu. Bukan maen redah je. Kalo cikgu ko ada ajar benda ni, dah sah2 cikgu ko tu dah fail sebagai cikgu memandu sebab tak bagi ko faham simple rule yang macam ni. Atau pun ko yang bangang sebab tak paham2 gak apa yang cikgu ko tu ajar.

Tapi aku rasa la, bukan salah cikgu memandu ko. Ko yang bangang kan... Elehh... Aku tau la. Aku ada bukti. Hehehe... Ko pernah dengar tak perkataan papan tanda? Kalo pernah dengar, ko tau tak amende tu papan tanda? Pernah nampak tak satu?

Kalo pernah nampak, ko pernah nampak tak papan tanda ni?




Kalo ko pernah nampak papan tanda ni, ko ada perasan tak kehadiran papan tanda ni time ko nak kuar simpang tu dan nak masuk ke jalan utama? So... Papan tanda ni cakap "Beri Laluan". Means... Beri laluan kepada kereta kat main road. Tak kan tak paham lagi.

So... Dah terbukti yang ko bangang kan? Hahaha... Owh, maaf la kalo kata2 aku ni mengguris mata. Iyer nyer memang disengajakan. Teringin lak aku nak "gores dan menang" kereta viva driver tu kalo terserempak kereta tu parking kat mana2.

Kepada driver2 out there, ingat papan tanda ni dan berhenti bawak masalah kepada orang laen. Sebab itu cuma akan reveal kan kebodohan korang depan driver2 laen. Full stop...

Wednesday, January 26, 2011

Kesilapan yang slalu korang wat masa ber-email...

Zaman skang ni mana ada orang berbalas2 surat kan. Macam dalam entri yang sebelum ni aku citer, orang dah tak bape pakai surat2 ni. Cuma urusan rasmi atau bil2 je orang anta surat ke rumah korang kan. Tak pun kad jemputan kawen.

La ni orang pakai email je nak borak2 atau bila ada hal penting nak bagi tau. Tapi bagi aku, bila dah keje baru terasa penggunaan email ni. Kalo dlu ada la seminggu skali bukak email. Dah keje ni, tiap2 ari bukak email. Asal masuk keje je, first thing to do adalah dengan membuka emel.





Kalo ada yang need special attention atau pun immediate respond, aku akan baca dan balas email dlu. Then baru wat keje. If there is not much to do, baru la aku akan menghabiskan masa aku depan laptop, baca email2 yang tak dibaca lagi.

Dalam banyak2 aktiviti berbalas email2 ni, aku pasti korang sumer pernah encounter kesilapan2 yang bole menyebabkan korang mendapat malu, walaupun time tu korang tak berbogel. Hahaha... Don't worry. Bukan korang sorang je yang pernah melakukan kesilapan tersebut. Ramai lagi yang sepesen ngan anda.

So ari ni aku nak discuss ngan korang beberapa common mistake yang korang, korang dan korang, termasuk aku gak, telah berjaya lakukan semasa aktiviti berbalas email. Bila aku maksud kan ngan discuss, aku harap korang bole la beri respond dan share pengalaman "mistake" korang kat blog ni.


1. Anta emel sebelum abes menaip.

Aku jarang alami masalah ni. Tapi still pernah berlaku gak. Ada la beberapa kali. Ni gara2 sebab tertekan butang send. Kadang2 tengah syok menaip, tiba2 terganggu. Maksud aku ngan "terganggu" tu adalah tiba2 bos panggil, atau tiba2 ada panggilan telefon atau tiba2 korang ada hal laen.

Pastu bila kembali semula kat depan laptop, korang lupa yang korang belom abes menaip lagi, lalu korang tekan butang send. By the time email tu dah successfully delivered, baru korang perasan yang korang baru taip separuh jalan.

Dalam case aku lak, terhantar email kosong pun ada. Hahaha... Mesti orang tu tertanya2, "apahal lak budak ni anta message kosong?"

Tapi kesilapan ni, dalam ber-sms pun banyak orang wat silap. Sebab kadang2 ada gak aku dapat sms, dalam message tu dia taip sekerat je... Citt...


2. Lupa attach file.

Ni slalu la terjadi kat aku. Kebiasaan nyer aku akan taip siap2 dlu message yang nak anta, baru akan attach kan file. So kadang2, bole terlupa nak attach. Bila abes je taip message, jari terus klik mouse dan tekan butang send.

Skang ni aku tengah ubah tabiat aku dengan attach kan dlu file, then baru taip message yang aku nak sampaikan. Bila lupa nak attach file, mula la bos call tanya, "Mana attachment nyer?"



3. Baca sampai abes message dalam email, baru reply.

Mesti ada antara korang yang baca sket je, pastu terus sibuk2 nak reply. Pastu mula la reply benda yang mengarut2. Orang tanya benda laen, dia jawab benda laen. Yang ni aku tak pernah wat la. Tapi aku kenal sape yang slalu wat. Hehehe...


4. Anta salah attachment.

Kalo tadi lupa nak attach file, yang ni salah attach file lak. Laen yang orang mintak, laen lak file yang korang attach. Kang tak pasal2 kena sound ngan bos. Kalo file yang salah tu adalah still file keje, mungkin takde masalah la kan.

Cuba korang ter-attach file2 yang tak spatut nyer. Macam kamasutra pdf korang tu ker, video porn ke. Haaaa... Tak ke naye gitu.


Kadang2, bila tengok balik kesilapan yang dah dibuat, rasa nak tergelak pun ada. Orang yang dapat email "tersilap" kita tu lagi la diorang nak tergelak. Laen kali kena berhati2 masa nak anta email. Korang ada benda nak tambah kat sini?

Saturday, January 22, 2011

Generasi Dulu dan Kini

Dalam era yang serba moden dan berteknologi tinggi pada masa skang ni, macam2 benda dan gadget yang tercipta untuk kemudahan umat manusia. Kalo nak ikutkan, banyak gak benda yang masa aku sekolah dlu ada, tapi skang dah takde atau susah nak jumpa.

So, ever wonder tak apa benda yang generasi dlu popular, tapi generasi skang mungkin dah tak bape nak ada.


1. Video tape & kaset

Masa aku muda2 dlu (skang still muda lagi), video tape ngan kaset memang sangat popular. Penuh almari ngan kabinet ngan kaset lagu. Kaset KRU, Spice Girls, Backstreet Boys dan Westlife. Well,  bukan aku nyer la except yang Westlife.

Video tape lak tak banyak, tapi still ada. At least ada daripada takde kan. Tapi waktu tu beom ada lagi CD atau DVD. Kalo ada pun, blom cukup meluas lagi. CD games popular la. Hehehe...

Tapi skang ni, sumer benda bubuh dalam CD ngan DVD. Tu blom lagi campur yang hok mp4, ipod dan macam2 lagi gadget yang ada skang. Mana ada budak2 dengar lagu guna kaset skang ni. Budak2 skang ni pun dah pakai mp4 nak dengar lagu.

Aku mp4 pun tak pernah ada. Paling up pun takat mp3. Hehehe...




2. Travel agents/ agency

Kalo dlu orang nak melancong gi tempat2 menarik kat Malaysia ni, jumpa travel agency pasal nak tau tempat2 menarik sebelum gi melancong. Tapi la ni ada ke? Mana ada dah. Orang kalo nak melancong dalam Malaysia, diorang google je.

Bole dapat information apa sumer guna internet je. Siap bole donload map lagi guna Google Maps. So apa guna travel agency? Yes, untuk melancong luar negara je. Sebab pakej yang ditawarkan lebih murah berbanding gi sendiri2 kan.


3. Work and home boundary

Waktu keje adalah waktu keje. Lepas waktu keje dah bole melepak. Kalo dlu, gi keje je bole jumpa boss. Balik keje usah harap la nak hadap muka boss kan. Syok giler la kan. Kalo tak, tension je 24 jam menghadap muka bos. Depan bos kena la cover2 cakap, cover2 tingkah laku. Balik umah lantak korang la nak cakap apa. Lantak korang la nak berperangai macam setan.

Tapi zaman skang berbeza. Dengan ada nyer internet, bos korang bila2 je bole jumpa korang. "Mat, ko online ym jap. Aku ada hal keje nak kena bincang ngan ko." Yeah... Ngan software seperti yahoo messenger, skype dan facebook, bila2 je bos korang bole ajak bincang hal keje.

Jadi, mana nak ada dah work ngan home boundary. World without boundary kan. Yeahh. Privacy pun memang takde dah ler. Pastu, kalo nak emo2 sket pasal keje dalam facebook atau blog, kang dapat la komen "Aik, emo nampak..." daripada bos anda.


4. Paper maps

Korang ingat tak masa korang kecik2 dlu, mak bapak korang bawak korang gi melancong, diorang refer apa? Yesza... Diorang refer peta kan. Peta tu tertera kat atas kertas kan, dan bukan tertera pada mana2 gadget yang canggih-manggih macam skang ni kan.

Dlu popular sungguh paper maps ni. Siap korang bole beli kat kedai lagi. Kat tempat aku dlu ada jual.  Kalo kat hotel lak, bole amek secara percuma. Tapi skang ni macam payah lak nak jumpa. Aku percaya kewujudan nyer masih ada. Tapi dah tak sepopular dlu.

Skang dah ada Google Map. Tu pun blom cukup canggih lagi. Skang dah ada GPRS. Siap dilengkapi ngan suara lagi. "Oit, kat simpang depan tu, ko belok kanan. KANAN, bukan KIRI tau!" Mana ada guna paper map dah. Guna peta pun, still sesat gak. Hahaha...




5. Wired phone

Telefon yang ada wayar? Old fashioned la bai. Tapi aku tau, telefon jenis still banyak kat Malaysia. Tapi aku tau, korang pasang sebab nak guna Streamyx je kan. Elehh... Last2 bila korang nak tpon, korang guna handphone gak kan. Even umah aku kat Kulim pun takde telefon wayar2 ni.

Aku rasa telefon jenis ni tunggu masa je nak pupus. Even skang dah ada telefon yang jenis cordless kan. Dalam banyak2 list yang aku tulis dalam entri ni, benda ni mungkin yang last skali untuk pupus kot. Since even skang ni ramai yang still guna kan. So agak sukar untuk dipercayai ia nyer akan pupus dalam jangka masa terdekat.




6. Buku encyclopedia

Haaaa... Yang ni confirm dah takde orang pakai. Pasal apa? Pasal dah ada internet. Informasi hanya di hujung jari anda. Apa barang nak rujuk2 encyclopedia.

Korang ingat tak masa korang kecik2 dlu, ada salesman datang ke umah korang, promote encyclopedia untuk dijual. Skang mana ada dah kan. Salesman pun dah jual benda laen dah macam bio-aura ke, habbatus sauda ke. Pasal apa? Pasal encyclopedia dah tak laku.

Yela. Dah la buku2 encyclopedia ni pakai ruang. Satu rak buku je blom tentu cukup nak simpan satu set buku encyclopedia korang tuh. Bila guna internet, tak yah dah nak fikir2 pasal ruang kejadah sumer tuh. Cuma perlu ruang untuk PC korang je. Tu pun tak yah guna PC la. Guna laptop. Senang citer. Letak atas meja je.




7. Film camera

Skang mana ada orang pakai kamera yang guna filem. Except for some professional photographer la. Sebab apa ramai orang yang tak bape nak professional ni dah tak pakai kamera yang still guna filem? Sebab skang kan dah ada digital kamera.

Capture gambar je, bole terus transfer ke laptop. Terus bole upload kat facebook, update kat blog. Kalo guna filem, bole ke korang upload kat facebook, update kat blog? Mesti la tak bole kan. Upload kat frame gambar bole. Hehehe...

Pastu kalo guna filem, kena cuci kat kedai gambar dlu. Orang skang mana minat wat benda2 leceh macam ni kan. Sumer nak yang senang je. Macam guna digital camera. Well... Manusia. PEMALAS...




8. Yellow Pages

Once again, the power of internet. The power of internet again menghapuskan another thing yang once berpengaruh di muka bumi Malaysia, iaitu Yellow Pages. Yes. Buku kuning yang tebal2 tu. Yang ada senarai nombor telefon rumah yang berdaftar kat Malaysia.

Nombor telefon rumah korang ada. Nombor telefon rumah aku pun ada. Pastu ada gak buku yang ada senarai company daripada pelbagai jenis perniagaan. Masa aku kecik2 dlu, buku ni dibuat lapik telefon rumah.

Yela2. Apa2 hal, senang dan cepat nak refer kan. Korang pun mesti sama je kan. Macam la aku tak tau. Elehh...




9. Surat tulisan tangan

"Apa? Tulis surat kat awek? Perghh... Korang ni tinggal kat abad ke bape ni." Budak zaman skang kalo ada yang tulis tangan surat cinta, mesti kena perli macam tu kan.

Yela, skang orang mana tulis2 surat dah macam dlu. Kalo dlu, yang couple2 tu, bila berbalas surat, mesti bubuh bedak dalam sampul surat. Nak kasi wangi la kan. Skang ni sumer printed ok. Mana ada couple2 guna surat2 dah skang ni. Dah ketinggalan zaman. Zaman aku skolah dlu je orang dok tulis2 tangan ni.

Tu pun kalo ikutkan realiti nyer, surat cinta yang printed pun agak2 tak wujud. Sebab orang guna emel dah skang ni. Pastu ada facebook lagi. Yeah, another power of internet. Skang ni surat printed ni untuk cover letter je. Ngan bil2 dan pelbagai urusan rasmi laen.




Since kebanyakan benda2 yang aku citer kat atas ni dah semakin berkurangan dan mungkin berdepan dengan kepupusan, tak mustahil pada masa akan datang, benda2 seperti kaset, video tape dan paper map cuma bole jumpa kat muzium je.

So, apa pandangan korang? Ada benda yang korang nak tambah dalam list? Kalo ada, sila beri kenyataan anda dalam ruangan komen.

Friday, January 21, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #3

Tajuk: Panduan Memotong di Jalan Raya.


Let stop kutuk mengutuk pasal pemandu yang tak reti bawak kereta, pemandu yang takde budi takde bahasa dan pemandu yang tak bape nak belajar yakni kurang hajar. Dan apa kata kita tutup dlu kes pasal lampu high beam untuk sementara waktu. Laen kali lak kita ungkit, shall we.

Hari ni apa kata kita belajar teknik memotong kenderaan yang btol di blog yang sentiasa "So Full of Myself", di mana aku salah, engkau yang dipersalahkan dan bila engkau salah, engkau memang patut dipersalahkan. Oh, adakah aku baru mengutuk tadi. Sori2. Baru sruh stop kutuk mengutuk tadi. Ceh...

Aku tau ramai yang dah blajar kat sekolah memandu apa yang nak kena wat masa nak memotong dan apa yang tak bole wat masa memotong. Termasuklah teknik 10-saat la, teknik tengok tiang lampu la dan macam2 teori yang diajar tapi aku tau korang sumer tak pernah pakai. 

Yeah, aku tau korang tak pernah pakai. Sebab kalo korang pakai, korang dah melangkah satu kaki ke arah menjadi seorang LOSER. Jadi, baek korang mengaku yang korang tak pernah pakai teknik tadi tu. Mengaku cepat... Good...

Sebelum tu, korang kena tau waktu yang macam mana sesuai untuk memotong dan waktu yang macam mana tak sesuai untuk memotong. Bukan maen bedal je. Last2 menyusahkan diri sendiri dan juga menyusahkan orang laen.




Cara memotong yang betol adalah macam gambar kat atas. Kereta depan slow, lane kanan yang bertentangan takde kereta. Terus korang memecut dan memotong kereta yang slow tadi tu. Padan muka dia. Sape sruh slow kan.

Taaaapiii...




Ada yang berhati tegar pegi potong gak walhal kereta kat depan dah berbaris sket punyer panjang. Pastu bila ada kereta datang dari arah yang bertentangan, dok sibuk2 menghimpit ke kiri, menghimpit kereta orang laen.

Bila bab himpit menghimpit ni, tak kira korang berjaya atau tidak, dua2 outcome dia adalah tak best. Kalo korang gagal menghimpit, korang kena hentam aka lenyek aka watever-you-wanna-call ngan kenderaan dari arah depan. Even kalo korang berjaya menghimpit ke kiri, korang akan mendapat kutukan daripada kereta yang dihimpit.

Paling koman, diaorang curse dalam hati. Tapi curse dalam hati pun, kalo 10 curse korang, tak ke bakal jadi realiti tuh. Haaaa... Dan paling worst, korang kena hon atau kena di-high-beam-kan oleh kereta belakang atau korang terima isyarat yang tak bape enak untuk dipandang.

Thursday, January 20, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #2

Entri ni still berkaitan ngan lampu high beam dan bole dikatakan sebagai entri susulan kepada entri #1 yang sebelum ni. Cuma aku nak citer kan sket pengalaman aku masa aku muda dlu. Well, takde la muda sangat. Ada la dalam setengah tahun yang lepas. Ekekeke...

Entri ni pun bukan entri baru, sebab aku dah pernah tulis dalam blog aku sebelum ni. Kalo nak baca, bole klik sini. Cuma aku nak tulis balik sebab entri ni padat sangat sebab bercampur-aduk ngan isu2 laen gak. Kira nyer aku recondition balik la entri ni supaya lagi fokus on bab ni.

Kejadian berlaku pada waktu malam. Time ni aku on da way nak balik ke Kulim daripada Perlis. Ada interview pasal akreditasi UniMap waktu tu. Then berlaku la kejadian yang kurang menyenangkan dan very that annoying giler. Rasa nak baling je kasut aku kat driver tu.

Macam yang aku citer dalam entri #1 sebelum ni, kereta laju bagi high beam kat highway adalah perkara biasa di alaf yang serba moden ni. Lagi2 bagi pemandu Kancil seperti aku. Tetapi... Kejadian yang aku alami ni adalah bukan suatu kebiasaan. More like kebangangan yang dialami oleh pemandu kereta tersebut.

Waktu kejadian, aku tengah bawak kat belah lane kanan. Laju gak la aku bawak. Ada la 110 km/j. Hehehe... Pastu ada satu driver ni (sampai skang aku tak tau pemandu tu lelaki ke pompuan, dan kereta apa yang dia bawak), dari jauh lagi dia dah bagi lampu tinggi. Padahal aku tau, tak laju mana pun dia.




Tetapi, aku tetap masuk ke lane kiri, in case aku tersilap. Yela, kot2 la dia memang bawak laju. Kang dia sondol lak kereta aku. Taaapiii.... Bila aku dah masuk lane kiri, dia tak potong2 gak. Aku siap masuk lane kanan balik, potong sebuah lori dan masuk balik lane kiri, pun dia tak potong lagi.

Aku dah wat macam tu ada la dalam 3-4 kali, tapi dia still tak potong2. Yang aku pelik nyer, each time aku masuk lane kanan, dia akan bagi lampu tinggi. Tak ke mental pemandu macam tu. Dah tau ko tak leh nak potong, ko sibuk2 nak bagi lampu tinggi. Tak paham aku der...

Last2 nak tahu apa jadik? Kereta belakang dia bagi lampu tinggi kat dia. Dan dia terpaksa ke lane sebelah kiri. Time ni aku memang tergelak besar dalam kereta sorang2. Sampai keluar air mata. 

Dan in the end, kereta tu tak potong2 pun sampai aku dah sampai kat persimpangan Kulim. Ntah apa jadi kat kereta tu pun aku tak tau. Anyway, dia punyer bangang tu, top class. Mantap...

Wednesday, January 19, 2011

Saman Perokok

Anda adalah seorang second-hand smoker? Sebab orang2 sekeliling korang adalah perokok tegar? Bagus... Kini anda ada hak untuk menyaman mereka stiap kali anda tersedut asap rokok diorang. Okay, just joking. Taappiii... Ada kes macam ni berlaku kat New York. Yess... Menyaman sebab jiran sebelah merokok...

Untuk bacaan lebih lanjut, bole baca kat Blog Serius atau bole pergi baca terus kat Daily Mail.

Kat Malaysia ni, blom pernah ada kot kes2 yang macam ni. Tapi mungkin akan terjadi pada masa hadapan. Mana la tau kan. Dlu pun Malaysia takde kes2 pelajar sekolah mati terjun bangunan sekolah. Tapi skang ni ada je kan.

Bila korang baca the rest of the entri, mungkin korang akan ingat aku ni benci sangat kat perokok. Well, benci tu takde la. Cuma tak senang hati je bila diorang merokok depan aku. Tapi tu takpe lagi. Masih bole bagi muka, lagi2 kalo member la kan.

Taaaapiiii... Kalo asap rokok kena je kat muka aku, dan secara berterusan, agak sentap gak la hati ni. Haaaa... Aku rasa baek diorang isap rokok tu, pastu ngan asap2 diorang sedut sekali. Baru la feel...Ada brani?

Tak pun aku sarankan kerajaan mencipta device dimana bila diorang nak hembuskan asap rokok tu, diorang hembus kat dalam device tu. So device tu akan tapis bla bla bla baru dilepaskan ke udara. Haaa.. Kan dan bole kurangkan second-hand smoker.




Okay2. Nampak nyer kita dah off topik kat sini. Berbalik kepada kes saman menyaman nyaman nyer... Eh. Hehehe... Anyway, kalo btol la ada kes saman menyaman just pasal merokok, aku rasa gejala merokok ni mesti akan berkurangan. Tak pun pupus terus.

Bukan apa. Nak merokok sket je, terus ada orang saman. Merokok je kat kedai makan, orang kat meja sebelah saman. Merokok kat laman rumah, jiran sebelah saman. Tak ke pening kepala dibuat nyer. Last2 confirm tak merokok dah.

Merokok dalam rumah ok? Tidakk... Tengah dok sedap layan rokok, ntah2 adik beradik korang tengah ready nak menyaman korang. Mana korang tau... Haaaa....

Taaaapiii... Kalo sorang dah start menyaman, timbul la satu fenomena saman menyaman bab rokok merokok ni. Well, what do you expect? Orang Malaysia ni kan sker meniru orang laen kan. US wat American Idol, Malaysia wat Malaysian Idol.

So bila dah ada orang yang start saman, mesti la ada orang akan meniru, dan dia juga start menyaman orang laen. Last2 timbul la fenomena saman menyaman.

Bila isu saman menyaman ni berleluasa, pihak mahkamah pun akan terima banyak aduan dan petisyen saman menyaman ni. In the end, diorang pening kepala dan last2 sumer kes tertangguh selama bertahun2.... Lepas tu orang akan stop saman menyaman. And orang akan start smoking that damn cigarette once again... The End...

The End untuk citer tu, bukan entri ni. Hehehe... Tapi aku rasa kan la, kes saman menyaman pasal merokok ni tak wujud kot. Sebab apa aku cakap gitu. Sebab...


Perokok hisap rokok kat kedai makan, ADA TAUKE KEDAI NAK KESAH?

Ada perokok kat tempat kerja merokok waktu kerja, ADA MAJIKAN NAK KESAH?

Ada perokok merokok kat kawasan larangan merokok, ADA PIHAK BERWAJIB NAK KESAH?


Tu satu hal. Lagi2 bab pihak berwajib ni. Sedangkan orang yang buang sampah kat kawasan larangan membuang sampah pun diorang tak amek tindakan, ni kan pulak kes yang susah nak dibendung. Macam biasa la kan. Yang tak leh blah tu, siap buang sampah btol2 kat papan tanda "Dilarang membuang sampah. Denda RM500".

Anyway, katakan la korang ada inisiatif nak saman pun kan... Benda yang macam ni lak jadik.


Nak saman perokok sebab merokok, ADA DIORANG NAK KESAH?

Nak saman tauke kedai makan sebab bagi customer hisap rokok dalam kedai, ADA DIORANG NAK KESAH?

Nak saman pihak berwajib sebab tak laksanakan kawalan ngan bersungguh2, ADA DIORANG NAK KESAH?

Pastu, kalo btol pun petisyen korang nak menyaman perokok2 tersebut sampai kat pihak mahkamah, ADA DIORANG NAK AMEK KESAH? Hehehe...

Anyway, entri ni sekadar renungan2 dan sekadar gurauan je. Jangan ada yang makan dalam pulak. Moga2 sesape yang menjadi perokok tegar tu, bole la kurang2 kan atau kalo bole, berhenti terus je la. Badan pun sihat nanti.

Untuk cara2 untuk mengelakkan diri daripada perokok tegar, bole la layan entri ni.



Kapal Terbang Masa Depan

Ever wonder what aeroplane would look like in 20 years time? Well, you are lucky. Sebab apa? Sebab baru2 ni ada kuar berita pasal idea konsep untuk kapal terbang untuk masa depan yang lebih senyap dan energy efficient.

Syarikat seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman and The Boeing Company masing2 mendapat kontrak daripada NASA untuk merealisasikan idea konsep diorang bermula 2011.


Konsep Northrop Grumman.


Konsep Boeing.


Konsep Lockheed Martin.


Ketiga2 konsep ni kalo dilihatkan bole direalisasikan, pada pendapat aku. Sebab takde benda2 yang pelik yang memerlukan sistem yang canggih manggih ala2 filem2 futuristik zaman skang ni. 

Konsep yang diketengahkan oleh Northrop Grumman tu menarik sebab bole bawak ramai penumpang. Cuma mampu ke kapal terbang tu nak mengangkat bebanan yang berat macam tu? Anyway, don't underestimate the power of research. Hahaha...


Sumber asal: Yahoo! News

p/s: Boeing concept dah macam jet fighter je aku tengok.

Tuesday, January 18, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #1

Tajuk: Pemandu dan Lampu High Beam


Kalo dah jadi pemandu kereta, mesti la akan familiar ngan lampu kereta kan. Tak kira la lampu depan ke, lampu belakang ke, spotlight ke. Tak terkecuali lampu high beam or in malay we called lampu tinggi. Bukan sebab lampu tu tinggi, tapi lampu tu menyuluh lebih tinggi daripada biasa. Ada paham? Hahaha...

Biasa nyer lampu high beam kita guna time keadaan gelap yang amat sangat, sampai jalan pun tak nampak. Lebih gelap daripada kulit Michael Jackson masa sebelum dia wat pembedahan plastik dlu. Tapi korang ingat malam je ke orang pakai... Siang pun ada weyh...

Apa kes la kan orang pakai lampu high beam siang2. Sebenar nyer tak pakai pun macam lampu biasa. Waktu siang, orang pakai kejap je. Macam kelip2 je lampu dia. Hehehe... Aku rasa kalo orang yang selalu memandu jauh2 ni akan slalu la terserempak ngan kejadian2 sebegini rupa.


 Lokasi: Highway.


Kalo kat highway, pemandu2 kita kat Malaysia ni sker bagi lampu tinggi kat lane memotong. Nak tunjuk yang dia tu laju sangat la tuh. Sampai tak reti nak sabar. Laen la kalo kereta kat depan tu slow dan tak reti2 nak masuk balik lane kiri.

Tapi yang jahanam nyer pasal pemandu2 kita kat Malaysia ni;

1. Daripada jauh lagi dah bagi lampu tinggi. Macam dia pandu 200-300 km/j je lagak nyer. Jarak ada lagi 2-5 km dah bagi high beam. DAIM btol.

2. Orang dah nak masuk lane kiri, tapi tangan dia still dok gatal nak bagi high beam. Yang ni serius bangang. Mungkin dia tak blajar kat sekolah masa dia kecik2 dlu. Aku rasa kalo beruk diajar memandu pun, beruk tu reti nak bersabar tunggu kereta tu nak masuk lane kiri bagi dia potong.


Tapi korang ingat pemandu yang bawak laju je ke pandai bagi high beam?


Lokasi: Jalan raya.


Yang SLOW pun bole bagi high beam hape. Lori pun bole selamba je guna high beam. Cuma situasi je berbeza. So ingat, walau sehandal mana pun korang bagi high beam kat orang laen, last2 korang pun akan di"high-beam"kan oleh orang laen gak.


p/s: selaju2 anda di jalan raya, ada lagi yang laju daripada anda.

Monday, January 17, 2011

10 Best Car 2011

Laporan ni disediakan oleh Car and Driver editor dan provided by Car and Driver.com. Laporan ni takde no.1, no. 2 atau seterus nyer. Just dia bagi senarai 10 kereta terbaek tanpa sebarang diskriminasi kedudukan mengikut citarasa mereka.


2011 BMW 3-Series/ M3.




2011 Cadillac CTS-V




2011 Chevrolet Volt




2011 Ford Mustang GT




2011 Honda Accord




2011 Honda Fit




2011 Hyundai Sonata




2011 Mazda MX-5 Miata




2011 Porsche Boxster/ Cayman




2011 Volkswagen Golf/ GTI




Sumber: Yahoo! Autos


Apsal kaler merah sumer kereta ni. Editor dia kemaruk nak guna kaler merah ke hape. Hehehe... Mungkin merah menarik kot. Ntah ler.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang bole la gi baca direct kalo Yahoo! Autos. Kalo aku rajin, mungkin akan display kan lagi gambar2 kereta ni memandangkan gambar yang ada ni sepesen je aku tengok...

Sunday, January 16, 2011

Langkawi Wallpaper

Another wallpapers from the snapping of my hand on the digital camera of my own. Hahaha... Power giler ayat aku, sampai aku sendiri tak paham apa yang aku taip. By the way, ni entri susulan daripada entri2 aku yang sebelum ni.

Pasni mungkin dah tak kuar dah untuk jangka masa yang agak lama. Sebab dah takde dah aktiviti2 sebegini untuk jangka masa terdekat.









Demam Muntah-Muntah

Agak2 simptom apa demam muntah-muntah ni? Demam biasa? Demam panas? Demam campak? Demam kepialu? Salah... Salah... Salah sumer tuh. Jawapan nyer... Demam denggi.




Baru2 ni member aku masuk hospital pasal demam denggi. Aku ngan member2 aku yang laen sempat gak la gi melawat dia ari tuh. Alhamdulillah, keadaan dia dah stabil dah time kitorang lawat dia. Kalo okay, dah bole discharge esok lusa.

Sebab dah datang melawatkan, mesti la akan ada sesi soal jawab kan. Pasal apa masuk wad, macam mana bole kena dan pelbagai soalan susulan yang laen2.

Masa sembang2 tu, dia citer la dia kena demam denggi. Masa kena demam tu, dia muntah2. Badan pun sampai tak bole nak bangun pun ada. Pastu bila nak elok dah demam tu, tengok2 kena balik. Naseb baek terus pergi jumpa doktor. So still dalam tahap awal jangkitan.

Next time kalo korang kena tanda2 yang macam ni, gi la jumpa doktor awal2. Jangan lengah2. Demam je muntah, terus gi jumpa doktor.

In case ada yang nak tahu lebey pasal demam denggi ni, bole la rujuk gambar kat bawah ni. Saje je aku add kot2 la ada yang nak tau simptom2 yang laen.



Brake Pump

Baru2 ni, aku perasan something yang ganjil pasal kereta aku. Asal aku nak brek je, belah belakang kereta aku macam henjut sebelah je masa nak berhenti tu. Masa kat jalan tar, takde rasa sangat. Tapi kalo kat atas jalan simen, contoh kat stesen minyak, memang terasa.

Macam tayar belakang tu tergelincir je time kereta nak berhenti. Bila aku check2 tayar belakang, ok. Takde masalah. Tayar masih ada bunga. So bukan la pasal masalah tayar botak. Aku suspek masalah brek la. Pastu apa lagi kan, aku bawak la gi bengkel kereta.

Bila orang kedai tu test drive, dia tak detect pun apa2 masalah time brek kereta. Tapi sebab aku yang rasa kan, aku sruh gak dia check tayar belakang belah kiri. Sebab memang yang belah kiri yang henjut pun time brek. Bila bukak2, dah sah. Bukan brek haus ke hape, tapi pump brake tu yang leaking.




Brake pump ni fungsi dia adalah untuk beri tekanan kepada brake la kan. Mekanisme dia aku tak pasti. Tu korang bole la google sendiri. Cuma yang aku tau, minyak brek akan memaenkan peranan masa tuh. Dan brake pump ni mungkin akan pump kan minyak brek masa tuh. So kalo brake pump leaking macam mana?

Means minyak brek tak akan/ kurang di"pump" masa breaking, yang mana mengurangkan efficiency kereta untuk berhenti. Haaaa... Lebih kurang begitu la.




Tempat brake pump ni kat dalam bulatan yang kaler merah tu. Yang terjulur tu tempat minyak brek kuar. Spare part brake pump ni tak mahal pun. RM38 je. Cuma aku nak syor kan, kalo nak tukar sebelah, baek korang tukar dua2 belah.

Sebab apa? Sebab aku tukar sebelah je, yang sebelah tu rasa henjut lak. Cuma terhenjut sket je. Maybe sebab sebelah lama, sebelah baru. Mesti la rasa laen kan. So aku mungkin akan tukar gak yang sebelah lagi satu dalam masa yang terdekat.

Saturday, January 15, 2011

Kuching Wallpaper

Sebelum ni aku ada upload wallpaper untuk hotel Park Royal kan. Ari ni aku upload lagi 2 gambar wallpaper lak. Kali ni kita ke kepulauan Borneo. Gambar wallpaper kali ni adalah bertempat di Kuching, Sarawak.






Dalam masa beberapa hari lagi, aku letak wallpaper aku snap time kat Langkawi lak.

Friday, January 14, 2011

Melantak di AK-One

Ari tuh department tempat aku keje ada wat makan2 kat satu kedai makan. Nama kedai tu AK-One. Western food nyer kedai. Dekat je ngan Old Town. Selang satu kedai. Makan2 ni telah disponsor oleh pekerja department aku gak, aka rakan sekerja sempena kenaikan pangkat diorang.

Seperti kebiasaan, awal tahun je mesti ada meeting group (department = group) dlu. Lepas meeting baru kitorang gerak ramai2 ke AK-One. Tapi sebelum tu, amek gambar ramai2 dlu. Baru la best...


Gambar group Structural Material Programme, SMP.


MMC & EMSM Conference Committee.


Lepas sesi bergambar ni, baru la kami bertolak. Time tu masing2 dah lapar dah. Dah kul 12 pun time tuh. Sampai2 tu, mula2 dia idang roti bakar potong ngan sup kimball (agak nyer la, hehehe...).


Roti dah berkurang sebab dah kena telan. Tak caye, tanya tuan punya perut.


Lepas sumer orang dah sampai, baru la menu utama dihidangkan. Kedai ala2 western, mesti la serve western food kan. Ada yang order lamb chop, beef chop, chicken chop. Aku order chicken chop. Nak cakap sedap tu, sedap la. Tapi sedap aku korang tak leh la nak percaya sangat kan. Aku bukan slalu makan western food ni. Lagi2 kat Kulim. Haaaa...


Chic Chop.


Ini dessert, bukan desert dan kat desert takde dessert yang macam ni.
Sape yang kuat melantak dessert ni sah2 lapo sangat, mungkin sebab duduk kat desert lama sangat.


Geng2 melantak sekalian...












Yang superb pasal kedai ni, aku rasa decoration dia. Korang perasan tak yang gantung2 tu. Yang gantung2 tu, LAMPU... Perghh... Cantik... Rasa nak curik je satu letak kat umah.


Ni gambar watak utama blog ni. Hehehe...


p/s: bila tengok gambar yang last tu, baru aku perasan yang rambut aku dah panjang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...