Selalu nyer bila aku tengok movie, aku peram seminggu dua, baru aku buat review. Tapi hari ni laen lak. Peram tu peram jugak. Tapi baru 2-3 hari je. Hehehe... Bukan sebab movie ni spesel ke hape. Tapi saje je sebab malas nak taip entri yang laen2. Keh3... Citer ni pun dah lama tayang. Tak tau ada lagi ke tak. Tapi kalo takat hari Jumaat hari tuh, ada lagi la kat GSC.
Movie ni boleh dikategorikan sebagai seram komedi yang macam filem2 Melayu selalu dok buat (tapi jauh lebih berkualiti). Citer yang mengisahkan Nak yang mati bersalin sementara menunggu suami dia Mak pulang daripada peperangan. Bila Mak balik je bersama2 rakan dia, dia disambut oleh Nak tanpa mengetahui yang Nak tu sebenar nyer dah mati.
[Tak banyak babak komedi dalam trailer nih]
Pee Mak ni bagi aku memang best la. Kelakar abes. Time aku tengok ari tuh, pawagam kecik je (mungkin sebab tak ramai orang tengok). So bila gelak, hingar-bingar satu pawagam dengan gelak ketawa. Tengok citer komedi pun tak gelak macam nih.
Apa pun, tetap ada plot2 yang sedih especially masa kat ending. Aku terus masuk mode memotong bawang kat dapur bila tengok scene sedih2 nih. Kalah bini aku. Hahaha... Tapi apa pun, aku sker cara dia twist citer. Mula2 ingat yang dia nih hantu. Pastu ingat yang member ni lak yang hantu. Last2 bukan gak. Benda yang takde dalam citer seram komedi Melayu.
10 comments:
Macam citer Nang Nak jer.. Lama dulu ada dah citer thailand yang jalan cerita dia sama macam ni.. Tapi takdela unsur2 komedi tu.. Seram sepenuhnya.. Hehe.. =)
ha ah la macam citer nang nak..nama watak pun sama. Cuma mungkin ni versi komedi..hehe
memang sama dgn Nang Nak and Mae Nak....tapi versi kelakar...cite Nak2 pasal isteri mati bersalin ni kan legend thailand...femes kat sana..hihihi
btw, best gile pee mak. dah lama tak tgk movie sampai boleh gelak tahap kuar air mata...tgk lawak ke der pun x lawak mcm ni...blh de-stress!
srius ek x seram.. nk p tgok ni..haha
rasanye da lama x tonton apa2 huhu
nak tengok cerita ni itu hari.. sebab adik kata best tapi takde masa yg sesuai pulak. huhu
Assalamualaikum....
Lain orang lain fikirannya. Negara dan budaya juga berbeza, maka tak hairanlah terdapat kelainan dalam jalan cerita filemnya.
Dalam filem dari negara lainpun, tak ada unsur-unsur tertentu seperti yang ada dalam filem Malaysia @ Melayu.
Ciri-ciri yang membezakan kualiti atau baiknya sesuatu filem berbeza mengikut minat dan pengalaman orang yang menontonnya...
Hiasi rumah sempena persediaan musim perayaan dengan bajet terbaik
Pelajari aneka BUN, PAU dan PIZZA dengan resepi dari hotel
Kursus Affiliate Terkini
Nama dan jalan cerita mcm citer nang nak. Dia troll cite nang nak ke? Hehehe.. Tunggu kuar kat astro best la nampaknya kalo ada ler. Nk gi tgk wayang mmg harapan je la.
@rosmiza: citer ni memang parody kpd citer nang nak tu pun.
@puteri: br ada kelainan sket. xde la nmpk cam citer nang nak yg sblm2 nih.
@vanilla: best kan. hehehe...
@zul: mmg x seram.
@syafiqa: xpe2. tggu download.
@aisya: sbb citer dah lama. so tayangan pun dah x byk kot.
@zaki: sudah tentu.
@lyd: troll? huhuhu... parody tu bole kot dikategorikan sbg troll.
Post a Comment