Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, January 30, 2014

Mee Racun dan Belangkas

I'm back. Hahaha... Sebenar nyer daripada hari Ahad ari tu aku dah balik. Tapi takde kesempatan nak update blog lagi. Cuma blogwalking ke blog rakan2 je. Masa aku kat Johor ari tu, tak banyak tempat yang aku pergi. Banyak jalan2 cari makan je. Masa mula2 jejak kaki kat negeri Johor ni, aku singgah kat Batu Pahat dlu. Amek barang2 adik aku yang baru abes belajar kat UTHM. Tu tujuan sebenar gi Johor nih. Tapi dah alang2 datang, berjalan sekali la kan. Baru sambil menyelam gosok gigi.

Dah sampai kat Batu Pahat lak, elok je waktu petang. So pi cari mee racun kat area situ. Nama kedai tu Mee Racun 3G. Aku tak pasti mee racun dia ada provide sekali ngan free data plan ke tak, tapi mee racun dia agak sedap gak. Adik aku order yang ada sekali ngan tulang. Siap bagi straw lagi kalo nak sedut2 isi tulang tuh.






kedai mee racun 3g, batu pahat
[Kedai Mee Racun 3G]


Keesokan nyer, mak aku ajak gi makan belangkas pulak. So gigih la menggunakan google nak cari kedai belangkas yang best. Nak gak merasa makan belangkas sebab sebelum ni pun memang tak pernah makan pun kan. Kedai belangkas yang popular ada kat Kota Tinggi. Nama kedai tuh Gerai Belangkas Mahkota.


gerai belangkas mahkota, kota tinggi


Belangkas gerai ni, dia buat asam pedas. Tapi style kering sket. First time makan, rasa macam pelik sket. Tapi lama2 okay je bagi aku. Cara makan dia lebih kurang macam ketam. Cuma kena gigih mengorek isi dia sebab isi dia pun tak banyak sebenar nyer. Telur belangkas yang banyak. Dan rasa cam berlemak sket telur dia.


belangkas asam pedas, gerai belangkas mahkota, kota tinggi


belangkas asam pedas, gerai belangkas mahkota, kota tinggi
[Telur belangkas]


4 so full of themselves :

vanilla said...

dua2 mee racun dan belangkas tu, boleh la layan sekali sekala. hehehe

aswadz said...

hehehe...

puteri kasih said...

puteri belum pernah lagi makan belangkas

aswadz said...

kalo singgah johor, boleh try makan belangkas nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...