Wednesday, March 24, 2010

Antara Bayi & Kanak2, Buang dan Dera - Apakah Konklusi?

Cam pelik lak tajuk post aku ni. Tapi nevermind. Itu tak penting. Apa yang aku nak berkongsi pendapat kali ini adalah masalah serius yang dah menjadi semacam tabiat rakyat malaysia lak sejak kebelakangan. Ni la aku nak citer. Sejak kebelakangan ni, bila bukak je mana2 paper, dera sana, dera sini. Buang bayi sana, buang bayi sini. Apa la nak jadi ngan manusia zaman skang ni. Anak2 tu kan khazanah dari Allah, dah tu hasil titik peluh korang gak, dah gatal sangat hasilkan beliau. Dah tu bila dah lahir, buang2 lak. Kan zuriat korang gak tu.

Sedih btol bila fikirkan ada mak bapak yang sanggup buang bayi. Kat dalam semak ada, kat tempat pembuangan sampah ada, even kat longkang pun ada. Apa kejadah nyer sumer ni!! Yang ni pun satu hal. Kes pembuangan bayi ni harap belah pompuan je yang tanggung. Yang lelaki nyer hilang mana? Gatal nak wat, tapi bila dah lahir, menghilangkan diri lak. Nate jeff... (tp jeff tidak ada kena mengena dalam ini citer)

Beralih ke kes dera lak. Yang ni pun satu hal. Apa la salah budak tu sampai kena dera. Besar sangat ke salah diorang tu? Kena dera sampai ada yang mati didera. Pada jiran2, tolong la menjadi insan yang lebih prihatin. Kalo syak bahawa ada penderaan sedang dilaksanakan (hebat giler ayat aku), segera lah laporkan pada pihak yang berwajib supaya mereka boleh mengambil tindakan yang selanjut nyer.

Skang ni dah ada undang2, walaupun ibu bapa tak mendera kanak2 tersebut, tetapi sekira nyer mereka didapati bersalah kerana leka menjaga hal kebajikan anak2 mereka sampai anak2 mereka bole didera, ngan ibu2 dan bapak2 skali kena, termasuk ngan pendera skali. Jadi, jaga anak2 anda dengan baek.



Maen gasing maen pangkah,
      Maen bersama baba dan nyonya,
Jika anda tersalah langkah,
     Maka buruklah padahnya.



2 comments:

pepel said...

wowww...entry penuh penghayatan

aswadz said...

huhuhu... sj je nak ckp. sbb bila asyik bc paper je, dera. asal bc paper je, buang bayi. asal buang bayi n dera je, abg bc paper. eh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...