Sunday, March 28, 2010

Sajak Bos2 AMREC

Puisi Untuk Mu


  1. Aku Seorang Penyelidik 
  2. Menyelidik bahan termaju tetapi tidak maju-maju 
  3. Bahan termaju tidak mampu komersial, orang tidak tahu serta tidak memerlukan 
  4. Aku buat selidikan, report dan akhir sekali membakul-sampahkan. Ibarat bahan pakai-buang. 
  5. kalau selidik bahan tidak termaju, orang tanya kenapa buat penyelidikan orang yang telah buat 
  6. Pastinya aku memanjang 25 tahun pening kepala


Sekian puisi untuk mu.Memang aku seorang penyelidik
~~Dr. Soib Selamat~~
 



JD mengikut gred jawatan
Tapi lain centre lain penilaian
Ada centre senang naik jawatan
Bukan penyelidik pun bukan senang
Ada yang dah lama tak dinaikan 
Atau kenaikan ada di lain tempat
[dalam (En Basid) atau luar SIRIM (Dr Patthi)]

Penyelidikan kena advance
Salah bidang dicadang
Siang2 kena tendang
Masa pembentangan telinga  rasa terbakar
Kerana JD, mencari rezeki yang halal kena juga proposekan
9 tahun di AMREC
2 sciencefund 1 PR 1 TechnoFund dijalankan
2 proposal kena tendang

Data diperolehi difailkan
Kalau tidak dianalisa dan ditulis
Tidak boleh dimanafaatkan
Ilmu juga dimanafaatkan oleh pelajar praktikal
Ganjaran sebagai ilmu yang dimanafaatkan

Hasil penyelidikan boleh di paten
Harta intelek konon dinamakan
Katanya syarat untuk masuk  pertandingan
Bila memang mereka yang gunakan
Penyelidik dapat kerja untuk dijalankan
Siapa berminat bolehlah teruskan 

Ada penyelidikan boleh dikomersialkan
Susahlah pula nak cari taker
Kalau pun ada bukan senang nak dijayakan
Banyak rintangan dan halangan

30 Jun tahun ni genap 25 tahun, lebih 16 tahun di pengujian
Bermacam pengalaman
Tahun depan sayonara SiRiM
Selamat tinggal sahabat dan kawan
Tempat jatuh lagi dikenang
Inilah pula tempat mencari makan
 

~~Dr. Talib RJ~~




Ni la cara ketua2 projek menghiburkan hati mereka menerusi email, dan juga menghiburkan hati kami skali bila membaca sajak mereka. Sungguh puitis skali. Hehehe...




2 comments:

pepel said...

a researcher also sangat puitis yer...kagum2...wonder jugak kalo all my bosses mereng camni..hakhak

aswadz said...

hehehe... ni cara express feeling menerusi emel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...