Friday, March 5, 2010

Lawatan ke Terengganu

Yeahhh... Lawatan ke Terengganu. Baru keje 2 bulan dah dapat gi melancong2 (padahal wat lawatan je). Hehehe... Lawatan ke Terengganu ni dah lama discuss dah. Kalo tak salah aku, awal bulan Februari ari tu bincang time meeting program. Cuma tak tau jadi ke tak. Last2 jadi gak. Lawatan ni pada 8 - 10 Februari. Bole la relax2, lari keje untuk 3 hari. Hehehe... Jadi, mari aku kongsi bersama2 anda jadual yang dirancang sepanjang berada di Terengganu.


Isnin - 8 Mac 2010

Kitorang diarahkan untuk tiba awal. Kata nak bertolak kul 7. Tapi aku percaya, janji Melayu, last2 mesti gerak kul 8 nyer la. Tapi sebab aku skema, sah2 aku datang kul 7. Pastu kalo mengikut perancangan, mungkin sampai kul 5 petang. Tapi yang ni pun aku doubt gak. Sebab kalo ikut zaman aku kecik2 dlu la kan, ada skali la yang aku ingat aku gi Ganu ngan family aku. Kalo seingat aku, kitorang gerak awal pagi, lebih kurang kul 6 pagi kot. Tapi sampai nak dekat senja gak la. Tapi who knows, mungkin sampai awal kan. Sebab diorang citer nak ikut highway ke KL, pastu ikut Karak. Pastu malam tu, aktiviti bebas. "Korang wat la apa yang korang nak wat" tu yang ketua AJK cakap la. Cupin orang panggil dia (macam watak dalam ujang lak, padahal nama sebenar jauh beza). Tapi yang best tu, kitorang akan duduk di Hotel Awana Kijal. Heeee... Jangan jeles k. Bukan slalu dapat tido hotel mahal2 ni.


Gambar sebagai hiasan sahaja.

Gambar sebagai hiasan sahaja.


Not bad gak kalo tengok gambar2 ni. Aku usha gambar bilik pun menarik gak. 2 orang kongsi 1 bilik lak tu. For sure satu katil tu tdo sorang2. Takde kongsi2.


Selasa - 9 Mac 2010

Pagi2, kami akan melawat ke Petronas dulu. Pastu Perwaja dan SIRIM Terengganu lak. Dan kalo sempat, mungkin akan visit Universiti Malaysia Terengganu. Ok gak dapat jalan2 ni. Masuk kilang. Nanti aku nak wat list2 soalan untuk aku ajukan pada orang yang menyambut kitorang nanti. Bos tengok pun akan berkata, "Hebat budak baru ni. Aku tak tanya lagi, dia dah tanya." Muahahaha... (Koya lak aku ni) Apa pun, malam tu kami akan adakan barbeque. Tapi tak tau la apa yang bakal dipanggang oleh kami sekalian. Sebab tak diberitahu pun.


Gambar sebagai hiasan sahaja.


Rabu - 3 Mac 2010

Hari ni, hari untuk kami berangkat pulang. Tapi macam biasa, kalo dah lawatan2 mcm ni, confirm tak lengkap kalo takde agenda jalan2 dan shopping2 kan. Tapi aku dah lupa dah kitorang akan ke mana. Yang pasti akan pegi Masjid Kristal. Kalo shopping, aku rasa aku nak beli kerpok lekor la aku mak aku. Pastu kalo jumpa souvenir2 yang menarik, mungkin aku akan beli satu untuk aku, satu untuk letak kat umah kat kuala, satu lagi untuk cik ida aku. Oh ye, dia siap pesan kat aku lagi suruh beli satu t-shirt yang ada tertera perkataan Terengganu untuk dia. Hehehe... Insyaallah, kalo ingat, abang beli kan ek sayang...



Jadi, sampai sini aje la aku story kan anda sumer. Tak sabar rasa nyer nak gi sana. Tapi tak tau la nape aku tak sabar. Mungkin tak sabar sebab dapat tinggal kan hotel dia kot.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...