Friday, March 12, 2010

A Trip to Terengganu

Ok la, aku rasa aku kena update gak yang ni. Sebab camerawoman kitorang pada hari tu kata, gambar lambat sket kot. Lagi pun, tak kan aku yang junior ni nak paksa2 yang senior ni transfer gambar tu cepat2 lak kan. Jadi, aku update dlu la tanpa gambar2. Kang lambat2, lupa lak mcm mana trip tu. Aku ni kan pelupa. Tapi takpe. Gambar pemandangan kat hotel awana resort tu ada (walaupun tak secantik mana, sebab amek gambar dari handphone murah aku ni je). Tapi, still better than nothing kan. Hehehe... Baeklah, here it goes...


Isnin - 8 Mac 2010

5.30 pagi

Haaaaaa waktu ni aku aku baru nak bangun, bersiap2 sumer. Pastu kemas2 final things masuk dalam beg. Pastu aku kuar umah dalam kul 6.30 kot. Kuar awal sebab nak gi cucuk duit dlu kat cimb. Ingat nak cucuk duit kat shell je, sebab ada atm cimb kat situ. Tapi sampai2, gelap je shell tu. Jadi aku malas nak stop, terus aku gi cimb bank. Naseb baek la ada sorang dua je yang cucuk duit (maklum la, pagi2 buta mana ada orang lagi). Pastu aku pun gerak la ke amrec. Aku ingat aku dah lambat sebab janji nak gerak kul 7 dan diorang sruh berkumpul sebelum kul 7. Waktu time tu dah kul 6.45 dah. Tapi sampai2 je aku kat pondok guard, takde sape pun ahli rombongan yang ada kat situ. Aku dah mula pelik dah. Aku salah tempat menunggu ke? Pastu aku pun tunggu je la, borak2 ngan pak guard. Aku pun citer la ari ni ada lawatan bla3. Bole lak pak guard tu perli aku. "Awat mai awai sangat. Depa pukui 7 lebih baru sampai tuh. Bas pun mesti sampai kul 8 nanti." Tapi memang btol pun. Kul 7 lebih baru sorang demi sorang sampai. Bos sampai lagi lambat dari kitorang.


8.00 pagi

Bas tak sampai lagi walaupun dah kul 8. Padahal ikut tentatif tu kul 8 patut dah gerak dah. Cuma kitorang je yang rancang nak gerak kul 7. Aku yang dah menunggu lama ni, mula rasa macam nak marah orang. Tapi aku tak marah pun sape2. Gila kau nak marah2 orang tak tentu pasal. Orang yang handle bas pun tak marah. Takkan aku nak marah lak kan. Hehehe...


9.00 pagi

Jam kat handphone dah menunjukkan kul 9, tapi kelibat bas tetap tak muncul2 gak. Last2 aku ajak budak2 breakfast kat cafe dlu. Perut pun lapar dah sebab menunggu sket punyer lama. Dah selesai makan2 sumer, gi la balik kat tempat jaga. Aku tanya la ketua rombongan, nape bas lambat sampai. Dia kata company bas tu ingat, kitorang nak gerak kul 7 malam. Eh, buleh lak macam tu. Kan dah bagi tentatif. Tauke bas tu tak reti membaca ek. Buta huruf la anda ni, wahai tauke bas. Macam mana la nak berniaga ni.... Terpaksa la menunggu bas driver sampai. Tapi bus driver ni pun satu. Lama giler masa dia amek nak sampai ke amrec. Sesat jalan ke? Bila orang tanya tau ke amrec kat mana, jawab tau sesaja. Dah tu, nape tak sampai2 lagi ni. Sekeh kepala kang baru tau. Anda nak tau kul bape dia sampai? Tu haaa, kul 10.30 baru sampai. Aku pun tak tau la diorang wat apa yang lambat sangat tu. Bawak bas 10 km/sejam ke. Sementara tu, aku pun gi la lepak kat lab aku. Nak lepak kat ofis, bukan ada apa pun nak wat. At least kat lab ada pc.


11.00 pagi

Lepas bas dah sampai kul 10.30 tu, kitorang pun gerak la dalam kul 11 pagi. Mula2 aku duduk sorang2. Sebelah seat aku takde orang. Tapi lepas dah gerak tu, bos aku sruh la aku pindah, sebab dia nak sruh wife dia duduk situ (bos aku duduk kat seat yang belakang skali, yang tinggi2 tuh). Saje btol bos aku ni, tak nak duduk ngan wife dia lak. Hehehe... Jadi, aku pun beralih la seat. Tapi tak jauh pun. Dekat2 situ gak. Duduk sebelah ketua rombongan, cupin nama glamer dia (later known to be my roomate).

Nak gi Ganu ni, ikut highway je. Balik nanti baru ikut gerik. Kitorang berhenti makan tengah ari kat tapah. Lepas makan2, solak jamak dan buang air sumer, kitorang pun gerak semula. Pastu bas ni kuar tanjung malim, ikut batang kali ke highway karak lak. Kat sini kitorang berhenti kat salah satu rnr (bukan genting sempah), aku tak ingat nama apa ntah. Perjalanan ni rasa jauh sangat. Bosan giler duduk dalam bas lama2. Handphone aku siap dah mati dah. Cian cik ida aku, aku tak dapat ber sms ngan dia. Kalo stop mana2, confirm aku turun nyer la. Naseb baek si cupin tu pasang muvi best2. Ada gak sumber entertainment dalam bas tu. Bos aku yang tadi duduk sorang2 kat belakang pun skang dah duduk sebelah wife dia lepas makan kat tapah tadi. Kitorang memang borak2 sakan la sepanjang perjalanan tu. Bos aku ni jenis yang sker melawak. Jadi memang kitorang banyak gelak2 la (area2 seat aku je yang gelak2 tuh. yang laen tengah tdo kot).


8.00 malam

Malam tu, kitorang makan malam kat area2 padang serai kalo tak silap aku la. Aku pun dah tak bape nak ingat. Kenyang gak la time tu. Hehehe... Tambah2 lagi lepas duduk agak lama dalam bas, sejak dari highway karak lagi. Time tu dalam kepala otak aku hanya fikir, lambat lagi ke nak sampai. Kitorang gerak dalam kul 9 malam. And on da way tu, sempat lak diorang ni singgah kedai makan lagi. Nak beli sejenis makanan nama "satar". Aku masih ingat lagi nama kedai tu apa. "Aziz Satar". Agak nyer nama dia Aziz kot. Aziz yang jual makanan nama satar kot. Jadi la aziz satar. Bukan aziz sattar tau. Aku tak beli pun. Tapi aku dapat rasa la gak sebab diorang offer. Lagi pun guna duit bendahari. Otak2 pun aku makan gak. Rasa satar tu sedap la gak. Tapi otak2 aku tak berminat sangat nak makan. Lepas makan, bau tangan aku ni, tak leh nak digambarkan macam mana. Mungkin vocab bm aku ni lemah kot. Hahaha...


Selasa - 9 Mac 2010

12.00 malam

Last2, kul 12 kitorang baru sampai kat hotel awana kijal tu. Jauh giler perjalanan. 12-13 jam baru sampai. Tak dapat nak menikmati keindahan hotel tu 5 star tu. Sampai2 terus nak tdo je. Rugi je sewa hotel mahal2, tapi tak dapat nak menikmati suasana hotel tu. Tapi bilik hotel tu memang best la. Best sangat2 compare ngan hotel2 yang biasa aku duduk (yela, ni kan 1st ko duduk hotel 5 star). Menarik2. Kalo nak tengok macam mana, korang surf la internet sendiri ek. Gambar tak dok.



Ni pemandangan dari dalam bilik aku. Bole nampak kolam mandi, pantai dan playground untuk kanak2 (yang bentuk dam tu).


Ni lak pemandangan dari balkoni depan pintu bilik hotel aku. Ada golf course and tasek apa ntah. Tasek buatan sendiri kot.


Ni pun kat balkoni gak. But different angle.


Ni kat hall dia. Menarik kan. Ada kolam air pancut lagi.


8.30 pagi

Aku ngan rumate aku turun untuk breakfast, ngan beberapa lagi ahli rombongan. Bos2 awal2 lagi dah turun makan. Time kitorang sampai, diorang dah abes makan pun. Makanan buffet dia banyak. Tapi aku tak amek sumer la. Banyak sangat. Kang tak pasal2 saket perut lak. Aku amek nasi lemak (tapi sambal dia kurang sedap) ngan potato wedges, air teh o panas. Tu baru 1st round. 2nd round aku amek lagi potato wedges dia sebab sedap, tapi kali ni ada menu tambahan lak. hotdog 2 ketul. Pastu rumate aku gi mandi kolam ngan 2-3 orang lagi. Aku malas nak join, sebab kul 10 dah nak gerak dah. Kang kelam kabut lak nak kemas2. Pastu, sempat lak aku curik macam2 benda dalam bilik hotel tu. Hak3...


Menu 1st round aku.


10.00 pagi

Lepas check-out bilik, kitorang pun kumpul kat depan tangga hall hotel awana. Nak amek gambar beramai2. Pastu baru kitorang bergerak ke Petronas kat Kerteh (bukan ketereh ek). Takde la jauh sangat. 30 minit je. On da way tu dah nampak dah tangki2 petronas dan bangunan2 petronas dan company yang bekerjasama ngan petronas. Besar gak kawasan petronas tu.


11.00 pagi

Kul 11 baru la kami masuk ke perkarangan petronas yang kami nak lawat ni. Yang ni bukan petronas yang minyak2 tu. Petronas ammonia nama nyer. Handle bab2 gas ammonia, karbon monoksida dan oxogas (gabungan H2 + CO) untuk pasaran dalam negara dan antarabangsa. Aktiviti ketika lawatan ni, mula2 masuk conference room dlu. Petronas nyer representative pun citer la pasal petronas ammonia company ni, seperti apa dia wat, dia nyer proses dan bla3. Pastu kitorang naek menara (menara ke? 4 tingkat je pun. hahaha...). Dari situ, kitorang leh observe seluruh kawasan plant petronas ammonia tu. Kat situ gak ada pelan mini proses plant diorang. Lepas sumer tu, kitorang pun dibawa ke cafeteria untuk jamuan makan tengah ari.


1.30 petang

Kitorang bertolak dari petronas. Singgah masjid untuk semayang jamak. Pastu gerak balik ke perwaja. Yang ni jauh sket sebab dekat Cukai. Aku tak ingat kitorang sampai kul bape. Nak dekat kul 3 kot. Tak pun 2.30. Mula2 skali, masuk corporate hall dia. Kalo korang masuk, mesti korang terkejut. Besar giler. Susunan dia sebijik macam pawagam. Kat dalam tu, kitorang tengok video korporat perwaja. Pastu, minum petang. Then, kitorang tour satu perwaja naek bas. Nak jalan kaki tak bole, kitorang takde peralatan safety (ex safety boot, helmet). Pastu baru kitorang bergerak ke Batu Buruk.


6.30 petang

Kitorang sampai kat Batu Buruk Resort. Check-in sumer dan terus ke bilik. Bilik dia ni takde la hebat mana pun. Siap ada semut atas cadar katil. Tak basuh ke apa. Bilik air pun agak sempit. Tapi nak wat macam mana.


8.00 malam

Waktu untuk BBQ. Mula2 aku bajet nak pakai seluar pendek (yang aku pakai time gi bukit merah). Sebab aku ingat BBQ tepi pantai. Tapi naseb baek pakai jeans. Sebab rupa2 nyer BBQ kat kawasan hotel tu gak. Cehh... Takde feel BBQ langsung. BBQ pun memang dah siap terhidang. Tapi lantak la. Janji makan puas.


9.00 malam

Lepas makan2, kitorang naek hall hotel, untuk sesi technology mapping. Bincang pasal apa nak buat untuk future research project. Tapi sah2 cuma veteran je yang bincang. Kami yang junior2 ni cuma pandang2 dengar2 je. 2 orang dari sekretariat (akauntan projek) lagi la tak tau apa2 berbanding kami ni. Lama gak kami berbincang. Patut nyer kul 10 tu kami bercadang nak ke masjid kristal sebab ada yang cakap waktu malam lagi cantik. Tapi driver bas ni wat hal lagi. Jadi brainstorming pun diteruskan sampai kul 11 malam. Tak abes2 wat hal. Dia kata takde dalam tentatif. Jadi diorang tak nak bawak. Amboii.... Kitorang bayar untuk jadi driver, bukan bayar sruh ikut tentatif. Tak pernah jumpa orang garang ke apa driver ni. Nak je aku bagi penumbuk sebijik. Tapi jadi kes besar lak kang. Driver kitorang upah 2 orang. Jadi takde istilah penat2. Dah la makan minum kitorang provide. Dapat gak korang tdo hotel 5 star. Kalo tak, tdo dalam bas je la korang. Tapi apa yang aku tau, lepas tu memang diorang terkena la. Kitorang tak bagi makan dah. Makan sendiri2 ek. Sori, takde dalam tentatif mahupun kontrak untuk bagi korang makan.


Rabu - 10 Mac 2010

7.00 pagi

Time ni, kitorang dah turun breakfast dah. Sebab kul 8 dah kena naek bas dah. Kalo tak, lambat sampai ke UMT (Universiti Malaysia Terengganu). The food was good, tapi cuma takde pilihan sangat la.


8.00 pagi

Kul 8 kitorang gerak. Kul 9.30 kot kitorang sampai. Sampai je kat UMT, diorang jemput masuk ke lecture hall. Diorang memperkenalkan diri dan wat introduction pasal UMT dan fakulti diorang, iaitu Jabatan Sains Fizik. Then, ada makan2 pagi lagi. Pastu kitorang pun melawat ke lab2 kat fakulti tu. Menarik nyer UMT ni, kampus diorang dekat sebelah pantai. So petang2 tu, mesti student dia ramai yang beriadah tepi pantai. Lepas tour ke lab2 tersebut, kitorang pun melawat kincir angin UMT dekat tepi pantai. Sebab ironi nyer, kitorang ada bincang nak fabricate kincir angin time technology mapping semalam. Jadi bila nampak je kincir angin tu, bos2 sumer berminat nak gi tengok.


11.00 pagi

Kitorang bertolak ke SIRIM Terengganu, tapi kena cancel lak. Sebab kitorang lewat, and takut diorang tak dapat nak entertain sebab tengah busy shutting down something. Jadi kitorang terus on da way ke pasar payang. Tapi sebelum tu, singgah lak makan tengah hari. Aku yang mula2 ingat still kenyang, last2 abes gak aku makan makanan aku. Muahaha... Ko ni kuat makan btol la ahmad aswad.


12.30 tengah hari

Sampai kat pasar payang. Mula2 ikut budak2 ni, tapi sebab aku ada benda nak beli, aku pun separate kan diri mencari sendiri. Mula2 skali, cari t-shirt terengganu untuk aku dan cik ida. Siap aku call lagi tanya saiz pe. Sebab yang jual tu tak guna saiz s,m,l,xl. Guna nombor. Aku nyer saiz 40. Yang kecik lak ada saiz 34 je untuk yang kaler biru-pink. Aku nyer hitam-merah. Ingat nak pilih hitam-pink untuk cik ida, tapi takde. Pastu, aku round lagi cari t-shirt untuk abah dan kaen batek untuk mak aku. Lepas settle2 sumer, aku ingat nak beli keychain untuk member2 ofis ngan budak trainee, tapi takde yang menarik dan macam dah lama (siap berhabuk2 lagi). Jadi aku pun malas la nak beli. Last2 terus je naek bas.


2.00 petang

Naek bas, terus ke losong. Nak beli keropok lekor. Banyak gak aku beli. Dalam 4-5 bungkus. Nak bawak balik kuala dan bagi housemate aku (yang pesan pun ada gak). Memang untung la sape yang berniaga ari tu. Dua kedai kami stop, dua2 sold out keropok lekor dia. Waahhh... Tutup kedai awal mereka ari tuh.


3.00 petang

Singgah masjid kristal, semayang jamak kat sana. Diorang kata cantik, tapi aku tengok biasa je. Takde la cantik sangat pun sampai nak taksub2 dengan kecantikan masjid tu. Indah lagi bangunan kaca kat KL tuh. Takpe la, mungkin mata aku yang bermasalah. Sebelum balik tu, sempat gak la amek gambar beramai2 depan masjid. Pastu, kitorang gerak pulang ke Kulim dalam kul 4.

Perjalanan pulang pun lama gak la. Cuma takde la sampai 12 jam. Kitorang singgah makan malam dan semayang kat Bukit Bunga. Pastu meneruskan perjalanan yang masih jauh. Beberapa kali stop berhenti cari tandas sepanjang perjalanan dari Terengganu tadi. Asal berhenti je, confirm 15-20 minit. Maklum la, sorang request berhenti, tapi hampir sumer yang turun. Hehehe...


Khamis - 11 Mac 2010

3.00 pagi

Akhir nyer, penderitaan berada dalam bas untuk tempoh yang lama tamat. Sampai gak akhir nyer. Lepas aku hantar 2 orang member aku balik, aku pun sampai kat umah kul 4 pagi, tu pun after aku isi minyak kereta. Kalo tak isi, tak sampai aku kat umah. Mula2 ingat nak tengok bola, Man Utd vs AC Milan. Tapi last2 aku malas nak tengok sebab fikir pagi tu keje, petang lak nak balik Kuala Kangsar (sampai skang aku regret tak tengok sebab Man Utd menang 4-0, kemenangan besar yang unexpected).



*--------------------------------------------------------------------------------*

Begitu la citer nyer perjalanan lawatan ke Terengganu. Best tu best, tapi hal bas yang spoiler sket tu. Ish3x... Confirm company tu kena banned dengan AMREC lepas ni, at least ngan my department la. Pagi tu, aku tdo 2-3 jam je. Kul 8.30 pagi aku dah masuk keje dah. Naseb baek kul 11 tu ada ceramah dan petang lak ada fire prevention yang khas untuk staff baru macam aku. So aku join je, nak buang masa. Tapi tu la pelik. Walaupun tdo 2-3 jam je, takde lak aku ngantok ke hape. Siap bole drive balik kuala lagi petang tu. Balik2 pun, siap bole bual2 ngan cik ida lagi kul 12. Kul 1 lebih baru aku tdo. Hebat tak? Hehehe... Well, tu je la story yang aku bole share. Lepas ni kalo dah dapat gambar, aku post kan kasi korang tengok.

K, chow...


Nukilan,
Ahmad Aswad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...