Macam tu la jawapan aku bila kakak aku sruh naek kat bas kat duta bulan april ni. Al-kisah nyer bermula macam ni. Aku ngan cik zuraida merancang nak berdating2 lagi bulan april ni. Kebetulan dia ada conference kat usm tak lama lagi. Jadi alang2 dah dekat tu, terus jumpa je la kan. Hehehe... Pastu aku akan ikut dia balik ke lipis (macam biasa la), then baru balik kulim.
Jadi, aku pun suruh la kakak aku yang sulung tu belikan tiket, memandangkan dia duduk kl kan, dan tak lama lagi dia nak balik umah kat kuala untuk amek anak dia aka anak buah aku, aqilah tu. Jadi bole la dia tinggalkan tiket tu kat umah untuk aku. Tapi memandangkan puduraya tu nak ditutup untuk kerja2 peng-uprade-an (haaaa, amek ko. english pun aku bole wat kata imbuhan ok), jadi tak leh dah la nak naek kat sana. Tapi aku actually tak tahu la whether pudu tu dah tutup atau belum lagi. Cuma tau akan ditutup je.
So kakak aku pun beli la tiket kat duta tu. Ari tu aku naek bas plusliner. Sebab ada banyak trip jugak la berbanding konsortium. Konsortium ada pagi ngan malam je. Pagi sah2 aku tak sempat. Malam aku tak nak naek sebab keesokan ari nyer aku nak kena keje. Tapi dan2 je plusliner tu takde kat duta. Last2 kakak aku belikan tiket bas Bandar Ekspress, kul 1.30 petang. Whatt?? Bandar Ekspress?? Bas apa tu? Yela, first time aku dengar nama bas tu. Selamat ke ek bas bandar ekspress ni? Harap2 selamat la...
Yang menjadi tanda tanya skang ni, macam mana aku dari pekeliling nak ke duta. Kena naek teksi la macam ni. Abes la duit aku kena sapu dek si pemandu teksi. Hahaha...
No comments:
Post a Comment