Haaaaa... Hari ni akan aku citerkan kenapa ari jumaat lepas aku takde mood nak update blog. Ni sumer gara2 keje aku agak busy ari tuh. Pagi2 tu aku masuk, terus letak beg ngan beg laptop aku, pastu terus grab lab coat aku dan bergegas ke makmal. Tak sempat bukak laptop pun. Terus aku wat compaction aku sampai kul 10. Pastu baru aku balik ke meja aku, bukak laptop and write something on my book (buku yang aku slalu guna untuk tulis apa yang aku kena wat untuk ari tu). Pastu, lebih kurang kul 10.30, dapat satu phone call. Aku disuruh turun ke lab. Ada satu operasi untuk operate mesin, nak testing guna untuk sample kitorang pada masa hadapan.
Aku turun2 kat lab je, bos aku sruh aku gi pakai lab coat. So, aku pun naek la tangga ke lab tingkat satu (lab coat aku tinggalkan kat lab je tadi, lab yang ada mesin tu kat ground floor). Dah turun2, bos sruh aku amek kan gloves ngan dust mask. Kena patah balik tingkat 1. Lepas aku dah amek sumer, kitorang pun operate kan la mesin tu. Pastu, tengah2 operate mesin tu, bos sruh lak aku pinjam kan termometer dari lab program biomaterial (program aku nama nyer "structural material programme). Aku pun gi la cari lab biomaterial kat tingkat 2. Tapi takde orang lak. Last2 aku cari kat lab nanomaterial. Penat tu. Buat pengetahuan anda, aku guna tangga je. Tak guna lif pun. Bole exercise2. Kan menyelam minum air tuh. Tapi lepas dah operate2 sumer, rupa nyer sample kitorang tak sesuai guna mesin tu. Siap tersumbat2 lagi. Sebab nak dekat kul 12, kitorang pun stop la. Nak rehat kan...
Time rehat tu, aku kuar ke kedai makan, bungkus makanan aku dan pulang ke rumah. Nak dijadikan citer, depan rumah aku tu, tiba2 lak ada lori kontena masuk. Lori tu dah la besar, masuk kawasan perumahan yang banyak pokok ni. Abes tersangkut. Siap patah2 dahan pokok tu sambil penduduk2 yang melihat kejadian tersebut memaki2 driver lori tu. Bodoh giler driver tu. Menyusahkan orang je. Dah la besar gak dahan tu. Siap bole block satu lane jalan. Apa pun, sebab dah lapar, aku wat dunno je, terus masuk umah dan makan. Lebih kurang 1.30, aku terus balik ofis. Duduk je atas kerusi aku, terus terlelap kejap. Naseb baek terjaga kul 2. Hahaha...
Kul 3, aku kena tolong technician tu bersihkan mesin. Bos aku dah pesan awal2 dah. Hehehe... Jadi aku pun bantu la... Sampai kul 4, baru abes. Apa lagi, badan dah letih2. Aku pun melepak la dalam lab kejap. Pastu baru balik ofis. Tu pun sebab nak surf internet je, chatting2 ngan cik ida sket. Kul 5 terus balik.
Time nak balik ni pun satu masalah. Mula2 singgah pasar malam dlu, nak beli air. Yang ni takde masalah la. Time kat shell baru ada masalah. Lepas aku pam tayar dan isi minyak, aku masuk la shell tu, nak cucuk duit. Ada atm CIMB kat situ. Beratur2, sampai turn aku, atm tu pun tulis "Harap maaf, mesin ini tidak dapat mengeluarkan wang untuk sementara waktu" atau something like that. Takpe, aku still cool lagi. Aku pun gerak la ke bank cimb. Dah la parking yang dekat2 takde, so kena la parking jauh2. Bila aku sampai je kat atm tu, baru perasan, ramai giler beratur. Jam dah la nak kul 6 dah. Kalo aku beratur, confirm sampai kuala belah malam. Jadi, aku pun malas la beratur. Panas gak hati aku time tuh. Tapi takpe la, nak wat camne lagi. Terus aku balik kuala. Tapi sempat gak cucuk duit kat hentian semanggol. Hehehe...
No comments:
Post a Comment