Monday, March 22, 2010

Fitnah

Fitnah. Bila kita sebut pasal fitnah, mesti kita akan kata bahawa fitnah itu merupakan kata2 yang tidak benar yang dikeluarkan oleh si pemfitnah. Tapi apa sebenar nyer yang dimaksudkan dengan fitnah. Menurut kamus melayu dbp (yang diambil melalui melayuonline.com), fitnah bermaksud tuduhan (khabar, kisah, dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan (membencanakan? what hell ngan kamus ni guna ayat pelik2) seseorang. Memfitnah pula bermaksud membuat fitnah terhadap atau mengada2-kan sesuatu untuk memburuk2-kan atau membencanakan sesuatu pihak.

Jadi, kenapa fitnah ni wujud? Confirm la wujud bila ada orang yang tidak puas hati dengan kebahagiaan orang laen atau mempunyai niat untuk menjatuhkan maruah seseorang. Kenapa aku buat entry macam ni pagi2 yang indah nyaman ini? Ni sumer gara2 semalam di mana adik kepada cik zuraida telah difitnah oleh rakan (lelaki) dalam facebook. So ni aku nak tanya ni. Ko ni takde keje ke nak fitnah2 orang ni. Ko tau ke story yang sebetul nyer? Ni tak, maen komen je ikut sedap ko. Insaf2 la sket.

Naseb baek hal anda ni dah settle semalam. Memandangkan dah settle, aku berlapik2 la sket. Kalo aku post semalam, confirm laen la isi kandungan post ni. So lepas ni, takyah dah nak wat hal2 camni dah. Renung2 kan lah.


 Ni la muka orang yang fitnah tu. Tapi sebab dia dah mintak maap sumer, aku belas kasihan la sket. Aku siap sensored muka anda dan conteng2 sket bagi takde orang yang kenal. Tapi nahas la kalo anda wat perangai lagi.

p/s: one more time and you are out.






3 comments:

aienzunnur said...

gmbr yg sensored 2 nmpk abg ngeri la plak.. huhu..

btl2...1 more i kill u..berani eh kau nk propagandakan adik i..

pepel said...

gedik r ahmad aswad...masa awek dia kena kekejaman luh xdok lok dia nak wat entry..setakat status fb je..tu pon cover2 sketttttt...........tetttttttttttttttttt

aswadz said...

alaaa... time tu mana rajin lg nak berblogging2... tp kalo dia wat lg, mmg xde kompromi lg dah la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...