Saturday, June 26, 2010

Akai ada ka?

Entri ni berkisar pasal dua benda. Bola dan bad attitude. Jadi, apa kena mengena ngan bola dan bad attitude. Sebenar nyer, takde kena mengena pun. Tapi dua2 tu ada kena mengena ngan aku. Malam tadi aku gi la tengok bola. Portugal lawan Brazil. Walaupun seri 0-0, tapi match dia entertaining gak la. Time tengok bola tu, ada la satu mamat ni datang duduk kat meja bersetentang ngan aku. Cuma susunan meja dia berlainan daripada aku. Kira nyer, kedudukan dia "perpendicular" (bahasa engineering sket) ngan aku. Korang paham tak apa aku cakap ni?

Aku observe gak la kejap mamat ni. Sebab aku tengok mamat ni pelik semacam je pemakaian ngan attitude dia. Rambut pacak. Ok la tu kan. Tengok bola. Ada la gak macam rambut pemain bola kan. Ala2 rambut David Beckham yang dlu2 tu. Macam Ultraman pun ada aku tengok. Wakakaka... (Bukan waka2 lagu Shakira tu ek) Pastu budak tu pakai seluar londeh. Ok la tu kan. Aku pun pakai jeans style londeh2 gak. Tapi kan, kalo ko nak pakai londeh2 pun, pakai la baju yang size nyer bole cover spender ko tu. Apa ke bangang nyer budak ni, pakai sluar tapi tayang spender. Pakai la baju besar sket, supaya bole cover.

Tu satu bangang dia. Ni lagi satu kebangangan dia yang telah beliau tonjolkan dengan jaya nyer. Dia ni aku tengok macam seorang perokok tegar. Sebab during tengok bola tu, ntah bape batang rokok dah dia hisap. Datang2 je, hisap rokok. Order makan. Makanan sampai, dia makan. Sejurus je lepas makan, terus hisap rokok. Bukan sambung hisap rokok tadi. Of course la hisap batang rokok yang baru kan. Nak mati cepat la tu. Tak sampai 10 minit, dah hisap rokok yang baru. Tapi part ni yang dia menunjukkan dia bangang ni. Kat depan dia, ada bekas abu rokok ngan pinggan yang dia baru lepas makan tadi. Cuba teka, abu rokok yang dia tengah hisap tu dia buang kat mana. Kat pinggan... Kejadah nyer ko buang abu rokok tu dalam pinggan, dah kalo depan mata ko ada bekas abu rokok. Bodo ke hape... Dah la tu, kat meja dia duduk tu bukan ada satu je bekas abu rokok. Ada dua... Tapi dia bole buang dalam pinggan lak... Ish3...

Mengganggu konsentrasi aku nak tengok bola je. Laen kali duduk jauh2 ek. Jangan duduk depan aku kalo nak wat benda pelik2... Akai ada ka?

2 comments:

eEe...da said...

emosi nye entry u..hehehe

aswadz said...

hehehe... xde emosi apa2 pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...