Monday, June 21, 2010

UPSR dan PMR akan dimansuhkan?

UPSR dan PMR mungkin akan dimansuh

20/06/2010 2:04pm

MUAR 20 Jun — Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya. - Bernama


Reference: Utusan Online


Ni baru entri sebenar...

Sebenar nyer, yang atas ni saje2 je letak. Sebab memang aku nak berciter tentang hal ni. Saje, nak kongsi pendapat kan. Bila kuar berita pasal ni, mesti budak2 yang skang ni dalam Darjah 5 dan ke bawah, begitu juga ngan Tingkatan 2 dan Tingakatan 1 berasa gembira apabila mendengar berita ini. Betol tak? Haaaa... Jangan la nak tipu kata tak gembira. Hehehe...

Tapi pada pendapat aku la, tak perlu la sampai mansuh kedua2 nyer skali. PMR tu mungkin la bole dimansuhkan, sebab aku tengok result PMR ni tak bape nak bernilai sangat, tak bape orang pandang sangat. Bole la wat stok untuk dibangga2 je. Last2 result SPM gak orang tengok. Tapi untuk UPSR, result ni agak penting la jugak kan. Memandangkan sape2 yang nak apply asrama penuh, tak pun MRSM akan guna result UPSR kan. PMR lak sekadar digunakan untuk menentukan aliran sains atau aliran sastera. Takde pun takpe aku rasa aliran sains dan sastera ni.

Apa kata untuk penilaian sekolah menengah, Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan sistem CGPA. Haaaa... Brilliant tak idea aku. Muahahaha... Kalo nak guna untuk sekolah rendah, takut agak complicated lak untuk budak2 sekolah rendah nak paham, tapi kalo untuk sekolah menengah, rasa nyer dah bole kot. Budak2 menengah skang ni, bukan budus2. Bijak2 sumer nyer. Kalo tak, takde la masalah sosial menjadi semakin meruncing skang ni (eh, ada kena mengena ke?). SPM tu terus guna sistem CGPA ni. Tak perlu dah nak A1 la, B3 la. Menyusahkan je. Kan senang kalo terus wat 3.00 ke, 4.00 aka four-flat.

Tapi apa pun, Kementerian Pelajaran wajar melakukan survey terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk memansuhkan UPSR dan PMR, agar pelajar2 tidak menjadi mangsa di kemudian hari.

2 comments:

eEe...da said...

saya dpt 8a pmr!!! *suddenly kan...

aswadz said...

tahniah demo, tahniah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...