Saturday, October 9, 2010

Berjalan2 gi umah orang kawen...

Sebelum ni aku ada cakap yang aku nak update pasal aku cuti ari tu gi mana kan. So aku akan citer kan aku gi mana, kenduri sape, kat dalam entri ni.Ari Khamis kitorang telah menonton citer Magika kat Jusco Perda. Jalan citer dia menarik gak la. Cuma citer ni lebih kepada filem muzikal.


Sebenar nyer gambar ni amek keesokan hari nyer kat Sunway Carnival.


Satu je la yang tak best pasal filem muzikal melayu ni. Filem muzikal melayu ni banyak lagu jiwang2, macam citer Hotel Mania tu. So bila tiba tang nak nyanyi tu, mula la rasa bosan. The same thing goes to Magika. So kat sini aku nak bagi pandangan la sket. Aku rasa kalo nak wat filem muzikal yang berjaya dan tak nak orang bosan, lagu2 yang dipilih mesti lah rancak. Dan kalo ada lirik2 dengan scene2 yang klakar, lagi bagus. Ni tak, nak wat filem muzikal, lagu tu mesti bajet nak masuk kat radio kan. Sebab tu wat lagu jiwang2. Aku rasa time aku tengok Magika ni, cuma aku terhibur time lagu Aznil nyanyi je, time diorang first2 masuk alam Magika tu. Yang laen tu kureng, apatah lagi bila kuar lagu jiwang2 ni. Hancuss mood. Tapi time M. Nasir nyanyi pun best gak. Cuma lirik dok repeat2 je la. Hehehe...

Ari Jumaat lak kitorang makan ikan bakar kat Teluk Tempoyak. Kitorang gi lewat petang sket. So time tu kurang la orang kan. Kang gi lambat2, ramai orang. Lambat lak tunggu makanan sampai. Hehehe... Kedai kitorang pergi tu tepi laut. Dia ada chalet skali kat situ. Nama kedai tu Restoran Seri Idaman. Sebab aku berdua je ngan Cik Eeda, so kitorang order couple set je, RM 65.00. Ada ikan bakar (aku tak ingat ikan apa), pastu tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan, kepah dan 2 jus buah (ada aku ter"miss" tak?) Makanan dia bagi aku memang sedap la. Tapi aku tak tau nak compare antara kat sini dengan kedai ikan bakar kat Kuala Perlis, yang mana satu lagi sedap.


Ni kedai dia. Ada lagi satu kat belah atas, tapi macam takde orang pun duduk situ.


Aku pilih spot tepi laut. Hehehe...


Ni la menu yang kami order.


Tak lupa, ikan bakar.


Lepas makan ni, memang kenyang giler ah. Aku yang makan banyak nyer. Cik Eeda dia makan kurang daripada aku. Tapi kepah dia abeskan la. Sebab aku tak makan kepah (tapi ada la try makan gak sket2). Satu benda je yang bole describe perasaan kitorang lepas makan. Puas hati... Mekasih kepada housemate aku, Hafiz ngan rakan sekerja aku, Izat sebab tolong bagi info2 kat aku pasal restoran ni.

Keesokan hari, konvoi beramai2 ngan member Cik Eeda, gi kenduri si Zirah, member Cik Eeda dan juga rakan sekerja aku. Kira nyer aku je la lelaki dalam konvoi tu. Tapi takpe. Aku ni kan senyap2 je. Anyway, congratulation kepada Zirah dan pasangan nyer. Selamat pengantin baru dan semoga kekal bersama hingga ke akhir hayat.


Sedap nih... Kena khusyuk baru dapat menikmati kelazatan nyer.


Cari apa tu sayang?


Bergambar ngan pengantin baru.


Abes je kami makan2, dengan segera kami bertolak ke Lipis. Ligan la balik sebab tak nak sampai lambat sangat kat Lipis nanti. Lagi pun nak ikut highway Karak. Maklum la, malam2 tak berani lak aku nak lalu Cameron - G. Musang tu. Sunyi daa... Bukan takut hantu. Tapi takut kot2 ada orang jahat tahan ke apa. Tapi apa nak wat, jem lak kat tol Duta. Tapi Alhamdulillah, sampai Raub pun baru kul 9 lebih. Sempat layan bola jap kat kedai sambil makan malam. Pastu baru gerak balik ke Lipis. Sampai Lipis kul 11 lebih la lebih kurang.


Keadaan kat highway dekat2 ngan tol Duta.


Ari Ahad tu, bergerak ke Jengka, member aku time praktikal dlu (time tu aku trainee, tapi dia dah keje) kawen. Memandangkan aku dah anta Cik Eeda ke Lipis, of course la aku kena gi skali kan. Hehehe... Minggu tu direct 2 ari berturut2 la aku gi kenduri kawen.


Selamat pengantin baru kepada Kamil dan pasangan nyer.


Ari Isnin tu, berakhir la sesi dating2 aku. Bergerak balik ke KL kul ke 8 pagi, then amek bas ke Kulim kul 11 pagi. Abes la citer... Hehehe... Selamat pengantin baru kepada Zirah dan pasangan, dan Kamil dan pasangan nyer. Aku juga amek kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baru kat Yana dan pasangan nyer. Sori tak dapat gi majlis kawen korang. Aku keje ari Ahad, dan cuti aku tak banyak dah nak guna.

4 comments:

pepel said...

abg..detail nya abg cite..xyah la detail2...tu kite bedua je tahu dh la...dh org baca blh agak lak detim watpe..erkkk...cite sket2 dh la kot..hermmm

aswadz said...

huhhu... detail ke? biasa2 je. takde la detail sgt. tp nmpk detail sbb kita xde aktiviti sgt pun mcm yg sblm2 ni.

pepel said...

detail..satu2 cite..watpe nk reveal kt org

aswadz said...

dah edit dah. kalo x puas hati lagi, sila login dan delete sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...