Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, November 28, 2010

Mulut sendiri pun kadang-kadang tak bole percaya

Mulut. Ada apa dengan mulut? Mulut la anggota yang membolehkan kita bercakap. Mulut gak la laluan untuk makanan masuk ke dalam perut kita. Tanpa mulut, sape la perut. Eh? Hehehe... Tapi  kita harus ingat, mulut gak penyebab kita mengumpat. Dosa tuh. Hehehe...

Selaen daripada itu, mulut gak merupakan aksesori penting, terutama nyer untuk kaum wanita. Kalo nak kuar dating ke, jalan2 ke, mesti akan cari lipstick dlu. Nak hiaskan mulut mereka (actually bibir la kan). Kalo tak hias, payah nak kuar mana2. Kalo kuar pun, mesti rasa tak selesa. Macam ada something yang tak kena. Ecece... Aku cakap macam aku tau je feel dia macam mana.





Jadi nape aku kata mulut sendiri pun kadang2 tak bole percaya? Seperti yang kita sedia maklum, mulut orang kadang2 kita tak bole percaya. Obviously la kan. Sometimes orang tipu kita, kalo kita percaya sangat. Pastu mulut orang laen pun kuat mengumpat. Kadang2 ngan kita skali mengumpat. Betol tak?

Sedangkan mulut sendiri pun tak bole tutup, apa tah lagi mulut orang kan. Especially orang yang sker menguap tak tutup mulut atau yang sker tdo sambil mulut ternganga. Haaaa.... Jadi, berbalik kepada persoalan kenapa mulut sendiri pun kadang2 tak bole percaya. Apa motif yang ingin aku tonjolkan di situ? Jeng3x...

Sebenar nyer, takde apa pun motif. Aku just nak cakap. AKU TERGIGIT BIBIR AKU SENDIRI... Adehh... Tergigit time makan nasi tadi. Bukan skali, tapi dua kali... Adeehhh laa... Tengok. Kan aku dah cakap dah. Mulut sendiri pun kadang2 tak bole percaya gak. Ada lak dia bole tergigit bibir. Ni mesti dia bersekongkol ngan si gigi untuk menggigit bibir aku.


Ni bukan bibir aku ok. Ni amek kat google.


p/s: laen kali hati2 la time mengunyah makanan...

Friday, November 26, 2010

MMC Conference 2010 - Day 3

Day 3 ni kira hari terakhir la conference MMC ni. So takde benda sangat yang aku nak citer. Mostly sumer benda macam Day 2 gak. Oral presentation ngan poster presentation. Tapi hari ni kurang orang sket yang datang. Aku rasa peserta2 ni yang dah present semalam, diorang dah balik kot. Mentang2 la dah bagi sehari sebelum tu. Tapi tak kesah pun. Diorang la yang rugi kan. Sebab bayar untuk 2 hari, pergi nyer sehari je.


Last day nak bergambar ngan barang pameran projek.


Yang ni lak time dengar keynote speaker bagi ucapan belah pagi.


Belah pagi keynote speaker bagi ucapan. Belah tengah hari ngan petang, oral presentation. Petang tu abes agak awal gak la. Kul 3-4 petang la, lebih kurang. Petang tu ingat nak lepak2 dalam bilik. Skali member call, ajak gi pantai. Aku yang bosan2 tu, ikut je la. Ingat jalan2 je. Rupa nyer diorang nak mandi laut. Sori la. Saya tak bawak baju mandi. Pakaian pun cukup2 je ni...

Apa lagi, aku tukang snap gambar je la. Cam takde motif lak aku kat situ. Tapi last2 diorang ajak naek banana boat. Aku tak pernah naek, jadi no idea feel dia macam mana kan. Lepas diyakinkan bahawa tak kan basah kalo naek banana boat, aku pun setuju la naek. Just nak meriahkan suasana.


Naek banana boat...


Time naek banana boat ni, aku awal2 tak nak duduk belakang skali. Kang jatuh kang, takde sape sedar. Dah la tak reti berenang. Hehehe... Anyway, lepas naek tu, takde la rasa extreme sangat pun. Biasa2 je. Aku dah try pegang guna satu tangan. Relax jek... Tapi kalo ada ombak tinggi, terasa gak la. Sampai terangkat2 banana boat tu.

Malam tu takde aktiviti spesel pun. Gi makan malam je. Ada orang belanja. Jauh gak gi makan. Macam kat Georgetown je. Sebab area tu ada hospital Penang kalo tak salah aku. Korang tau apa nama tempat tu? Aku kurang ingat...

So takat tu je la aktiviti sepanjang conference kat Batu Feringghi ni. Day 4 takde apa nak citer pun. Just balik Kulim. Petang tu masuk keje jap. Kira cam half day gak la. Walaupun aku tak touch-in pun kad aku time masuk keje.

1hb Disember ni lak, conference kat Sarawak. Tapi totally sebagai participant. Sebab penganjur dia Unimas. Bole la relax2 nanti. Hehehe...


Thursday, November 25, 2010

MMC Conference 2010 - Day 2

Entri kali ni banyak gambar sket. Jadi, korang layan je la gambar yang banyak tu ek. Kalo tak bole layan, sila jangan terus melayan...

Hari ke-2 lak dimulakan dengan Bismillah... Hehehe... Dimulakan ngan breakfast dlu. Tak kan la nak terus wat keje dlu tanpa makan kan. Membazir lak pakej breakfast yang hotel ni kasik. Lepas makan2, baru la kitorang start wat keje. Aku lak start prepare barang pameran kat booth kitorang. Pastu tolong2 mana yang patut sebelum sesi pendaftaran peserta conference bermula.


Barang pameran projek aku.


Sesi pendaftaran.


Bergambar ngan peserta2 MMC (aku pun peserta gak la kan).


Bilik untuk poster presentation.


Bergambar ngan barang pameran kitorang.


Sesi keynote speech.


Lepas tu, baru la saat yang mendebarkan untuk aku menjelang tiba. Lepas keynote speech yang ke-2, ada tea break. Kemudian, disambung ngan oral presentation. Makna nyer, time untuk aku nak present dah sampai. Dah la kena jadi orang pertama present. Patut nyer aku ke-2. Tapi sebab yang 1st tak datang, so aku naek la pangkat untuk jadi orang yang pertama kena present.

Tapi alhamdulillah, aku present quite ok la gak. Hehehe... Puji diri sendiri lak. Time aku present tu, ada 3 orang tanya soalan kat aku time Q&A session. Tiga2 orang luar, bukan orang Malaysia. 2 orang yang pertama tu aku paham la soalan dia kan. Tapi yang ke-3 tu, aku tak bole nak tangkap loghat dia. Jadi aku pun maen jawab je la. Naseb baek aku nampak dia angguk2. Tu pun tak pasti angguk paham ke atau angguk2 pasrah ngan jawapan aku.


Aku tengah present.


Aku tengah amek sijil.


Nak dipendek kan citer, malam tu ada dinner. Dibuat skali ngan opening ceremony. Kitorang dah rehearse dah siap2 petang tu. Dan sumer orang pun ada peranan masing2. Yang pasti, aku tukang jaga lighting... Ecece... Cam hebat lak bunyi nyer. Walhal tukang malap and terangkan lampu je. Hahaha...


Aku ngan bos besar projek aku.


Bergambar ramai2 sebelum start dinner.


Gambar kat meja makan. Pilih meja ni sebab senang berlari ke depan untuk
malapkan lampu time nak wat gimik untuk opening ceremony.


Semakin ramai yang join bergambar...


...Dan bertambah ramai lagi yang nak bergambar...


Suasana dewan dinner bila ramai peserta yang dah ada.


Time gimik untuk opening ceremony. Cuba teka aku kat mana...


Menu untuk dinner.


Parkroyal Four Combination Platter.


Shark's Fin Broth with Crab Meat.


Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce.


Stir Fried Tiger Prawns with Butter and Oats.


Braised Assorted Mushrooms with Broccoli. Ni juadah yang aku kurang nak makan sebab mushroom dia kenyal sangat. Anyway, aku tak makan sangat pun mushroom2 ni.


Steamed Red Snapper "Hong Kong" Style.


Lotus Leaf Fried Rice. Tapi fried rice dia tak sedap. Daun lotus dia aku tak tau.
Kalo nak tau rasa apa, korang bole cuba sendiri kat umah.


Chilled Mango Pudding with Fruits Coulis. Yang ni sedap, tapi nak makan banyak takut kena kencing manis lak.


Bergambar lepas tamat sesi makan2... Atau lebih tepat lagi, tamat sudah dinner.


Haaaa... Amacam. Banyak tak gambar. Kan aku dah cakap tadi. Kalo tak leh layan, jangan layan entri ni. Kan dah merana. Tak kurang juga yang meleleh air liur time melayan entri ni. Hehehe... Lepas abes dinner tu, kitorang pun balik la bilik masing2 kan. Nak jalan kat pasar malam, Day 1 dah jalan dah. Apa pun, Day 2 abes takat ni je. Day 3 aku akan update kan kemudian. Lagi pun, Day 3 tak banyak pun aktiviti yang tinggal.


MMC Conference 2010 - Day 1

Conference pertama aku dah berakhir. Selamat... Tapi selamat kejap la. Next week upcoming conference kat Sarawak lak. ICSSST conference lak. Amende tu ICSSST, korang tunggu la entri tu aku wat next week. Ari ni aku nak citer pasal MMC conference je.

Malaysian Metallurgical Conference (MMC) & 4th Malaysian Powder Metallurgy Symposium 2010 ni diadakan kat Hotel Park Royal, Batu Feringghi, Penang. Tarikh dia 22-23 November dan dianjurkan oleh SMP group, AMREC, SIRIM. Memandangkan entri kali ni agak banyak gambar (tapi explanation sket), jadi aku akan split kan based on hari.Tapi untuk entri aku ni, Day 1 merujuk kepada 21 November pasal dah aku sampai sana 21hb. So sker aku la nak letak 21hb tu as Day 1 kan. Logik la kan. Haaaa...

Sebenar nyer awal pagi aku dah masuk keje. Check dokumen2 yang aku rasa nak bawak, aku bawak. Pastu kuar sarapan pagi ngan member, sementara nak tunggu yang laen sampai. Nak angkut barang dalam kereta  Unser AMREC, untuk bawak gi sana. Alih2 sampai je AMREC, tengok2 diorang dah siap bubuh dah dalam kereta.

Pastu, diorang pun gerak ke sana, skali ngan kereta AMREC tadi. Tapi aku ngan member aku, Azmirr nak settle hal personal masing2 (bayar bil celcom jap). Dah settle, baru la kitorang gerak ke Penang. Tu pun nak kena amek lagi sorang kawan aku, Fahies. Dia duduk kat Penanti. Sampai sesat2 kitorang nak cari kuarters dia duduk. Ingatkan kat Bukit Mertajam. Patah balik... Naseb baek bukan aku yang drive. Hahaha...


Hotel Park Royal (dari pandangan pantai).

 
Garden + cafeteria hotel.


Pemandangan pantai.


Kitorang sampai around kul 3 kot. Check-in. Besar gak la bilik dia. Puas hati. Apa pun, tak nak komen panjang (bukan tak nak komen, tapi tak tahu nak cakap apa). Korang tengok je la gambar ni. Yang penting, scenery luar bilik cantik. Walaupun tak dapat menikmati, sebab duduk dalam bilik kejap2 je. Time tdo je. Hehehe...


Gambar bilik.


Scenery daripada bilik kitorang.


Petang tu, terus kitorang merajinkan diri untuk memasang banner untuk conference MMC. Padahal bukan kitorang yang wat pun. Pekerja hotel tu yang buat kan untuk kitorang. Kitorang tolong gak. Tolong tengok. Hehehe...


Banner untuk MMC.


Aktiviti Day 1 disambung belah malam lak. Kitorang ramai2 pakat gi jalan kaki cari kedai makan. Sambil2 tu singgah2 la kat night market kat Batu Feringghi tu. Memang on da way pun kan. Aku jalan gitu2 je (tapi sempat beli hadiah untuk si Dia). Panjang gak night market tu, and jauh gak kitorang berjalan nak cari kedai makan. Ada la dalam 30-40 minit kot. Ni kalo lepas makan nak patah balik ke hotel, bole lapar balik ni.

Aktiviti malam tu disambung ngan berkumpul kat Bilik Serai, tempat kitorang stor barang2 untuk conference tersebut. Time ni la nak settle sumer keje2 yang tak settle. Aku pun sibuk dok label barang pameran untuk esok. Pastu macam2 keje taip-print-tampal aku wat. Kul 1 lebey baru balik bilik. Tak sempat nak praktis untuk presentation esok.


Keadaan dalam Bilik Serai. Time ni tak ramai lagi yang ada.


Anyway, stakat ni je la aktiviti Day 1. Day 2 akan aku update kan bila aku free nanti. Bila tu tak tau. Kalo sempat, sebelum aku gi Sarawak. Kalo tak sempat, korang tunggu la aku lepas tu. Hehehe...


MMC - Day 2
MMC - Day 3

Saturday, November 20, 2010

I My Me Mine [4Minute]

Ari ni aku nak share satu MV daripada kumpulan pop Korea. Kalo dlu ada Wonder Girls, pastu Girl's Generation (SNSD), ari ni kita layan satu lagi kumpulan iaitu 4Minute. 4Minute ni mungkin tak sepopular Wonder Girls ngan SNSD, tapi lagu dia yang ni sedap gak untuk dilayan. MV dia pun aku rasa sepadan ngan pembawakan lagu ni. Jadi apa kata kita layan.


Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum sumer.

Aku ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sumer, walaupun dah lewat sehari. Tapi still aku nak wish gak. Sebab aku tak dapat nak berblogging semalam. Aku tinggal laptop aku kat rumah aku sebab nak gi amek mak aku kat Rawang. Ingatkan nak balik semalam. Tapi abang ipar ajak gi Genting Highlands lak. Siap pujuk mak aku skali supaya balik ari ni.




Apa pun, apa yang aku nak share ni adalah pengalaman bermakna walaupun pengalaman tersebut adalah pengalaman yang mendebarkan. Bukan nyer pengalaman yang menggembirakan. Petang Selasa lepas, aku patut gerak balik Kuala Kangsar, pastu ke Rawang, amek mak aku. Bole lak tiba2 hujan turun ngan lebat nyer. Kul 5 tak ujan lagi. Aku lambat 5 minit je kuar ofis, terus hujan turun ngan lebat nyer. Lebat yang aku maksudkan, adalah LEBAT. Macam dah sebulan ujan tu tak turun. Mula2 tu aku tunggu gak la hujan tu reda. Tapi bila dah tengok macam tak reda2 je, teringin gak nak redah. Tapi bila fikir2 balik, aku rasa tak sampai separuh jalan ke kereta (aku letak kereta agak jauh gak), confirm aku dah lencun dlu. Naseb baek ada orang sudi tumpangkan aku ke kereta.

Sampai gak aku ke kereta. Safe... Or itu sekadar pemikiran aku. Sebenar nyer tak safe mana pun. Worse thing to come. Kuar je daripada kawasan AMREC, kat simpang traffic light tu, ada banjir. Tapi not exactly banjir la. Lebih kepada limpahan air longkang tepi jalan yang tak mampu dibendung oleh longkang itu sendiri. Sampai melimpah2, dah jadi macam banjir dah. Sebab ia adalah limpahan, air banjir tu tak statik la kan. More like mengalir deras. Kat 1st simpang traffic light tu still ok lagi. Aku rasa takde dalam mana pun. 2nd simpang (traffic light gak), pun aku redah gak. Sebab aku rasa tak dalam. 3rd simpang pun aku redah. Lepas simpang ke-3 ni, kira dah nak kuar kawasan Kulim Hi-Tech dah la. Simpang nak ke First Solar. Tinggal lagi satu je simpang, yang kuar ke highway BKE. Kawasan ni pun banjir, ngan air mengalir deras. Yang ni pun aku redah, sebab aku RASA air dia tak dalam. Last2, hampir nak tersangkut kereta aku.


Lebih kurang macam ni la kot keadaan banjir tu. Cuma air dia deras dan merentasi jalan,
bukan seiring dengan jalan.


Time aku redah tu, aku guna gear dua. So tengah2 meredah air banjir tu, rasa macam kereta tak leh gi ngan gear dua. So aku tukar jadi gear satu. My mistake there. Sepatut nyer awal2 aku tukar gear satu. Bahaya tukar gear time redah air banjir sebab kemungkinan air akan masuk bahagian gear box. Tapi time tu aku tak terfikir lak macam tu. Mungkin Allah nak uji aku, and nak bagi aku pengalaman yang baru, supaya aku tau how to deal ngan benda ni next time. Tapi dlu pun ada kawasan banjir. Tapi tak pernah lak aku berani nak redah. Ntah nape ari tu bole berani lak nak redah. Mungkin pasal aku dok ingat nak balik raya je kot. Pastu tengok orang laen redah, aku pun join skali.

Berbalik kepada citer aku tadi. Lepas redah je air banjir yang aku RASA tak dalam tu, kereta aku mula macam tak betul dah. Kejap tersengguk2. Kejap ok. Tapi alhamdulillah, enjin aku tak pernah mati. Sebab aku pandai mengawal situasi. Chewahhh... Koya lak ayat aku. Padahal time tu gabra je, dok fikir pasal enjin aku masuk air ke tak. Tapi bila sengguk2 tu, aku tukar gear. Tu pun kadang2 bila aku masuk gear dua, sengguk2. Aku free kan gear, masuk bila gear dua. Bila dah pick up, masuk gear tiga.Kereta tersengguk2 balik. Skali lagi aku free gear, masuk balik dua. Then masuk gear tiga balik. Time tu aku duduk lane kiri je la. Dah tak fikir dah kereta belakang aku tengah maki ke hape. Lantak korang. Nak laju sila ke lane kanan ye. Naseb baek la lepas aku bayar tol tu, dah takde masalah. Tapi still takut2 gak la hati aku ni. Kot2 problem tu akan datang kemudian. Dalam otak aku nak tunggu sampai Kuala Kangsar je. Senang kalo ada apa2 hal.

Pastu singgah kat Hentian Bukit Gantang, rehat2 jap. Baru perasan nombor plat depan dah takde. Patah aku rasa. Confirm patah time aku redah arus banjir yang deras tadi. Naseb baek aku sampai kat Kuala Kangsar, still ada kedai aksesori yang bukak. Aku pun pasang plat yang baru. Anyway, bole dikatakan sepanjang perjalanan dari Kulim ke Kuala Kangsar dan Kuala Kangsar ke Rawang, mostly adalah ditemani hujan yang lebat bersilih ganti ngan hujan separa lebat.

Tapi alhamdulillah, kereta aku dah takde problem wat masa skang ni. Nampak normal je aku tengok. Gearbox pun ok rasa2 nyer. Tapi still, pengalaman berharga untuk masa depan. Aku tertanya2 gak, member2 aku yang tak balik lagi time aku blah, diorang redah tak banjir tu?

Monday, November 15, 2010

1 hari lagi... 2 hari lagi... 6 hari lagi...

Sebelum aku citer pasal benda yang ada kena mengena ngan tajuk yang bubuh kat atas ni, mari layan lirik lagu ni. Agak2 ada yang ingat tak lagu ni? Hehehe... Saje je bubuh, cam ada kena mengena lak ngan tajuk, walaupun sebenar nyer takde kena mengena pun.


Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Perhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan


Haaa... Itu la dia lagu nyanyian Aris Ariwatan. Lagu ni time aku sekolah menengah kot. Tak pun sekolah rendah. Ok la. Takde idea nak tulis banyak2 ari nih. I make it short.


1 hari lagi... : Esok aku nak balik kampung... Eh, silap. Balik Rawang dlu amek mak aku.

2 hari lagi... : 2 hari lagi kan Raya Haji. Apa daaa...

6 hari lagi... : Nak bertolak ke Penang. Ada conference.


Souvenir bos aku bawak balik dari Korea. Ntah bila turn aku lak nak gi sana?

Sunday, November 14, 2010

Harga tak sepadan...

Ari ni macam biasa, aku akan melakukan aktiviti aku memenuhkan nafsu serakah makan aku pada pukul 8 malam tadi. Tapi ari ni laen sket daripada kebiasaan. Sebab apa? Sebab ari ni aku nak try kedai makan yang aku tak pernah jejak kaki pun kat situ. Selalu lalu je. Padahal bersebelahan ngan Shell je, tempat aku isi minyak slalu. Tapi tak pernah singgah pun kedai tu, makan2. Sedih kedai tu aku yang hensem ni tak singgah. Kempunan dia nak ada customer yang hensem macam aku ni makan kat tempat dia bernaung. Owh, ayat aku tak leh blah. Bernaung? Anyway, it's all indah khabar dari rupa. Kedai cantik dah. Cam mewah2 sket pun ada. Ala2 teratak kampung. Tapi.... Jeng3x... Ok, aku stop kat sini untuk bahagian "tapi..." tu. Pasni aku sambung balik. Bila aku nak order makan, aku order la:-


1. Nasi putih.
2. Tomyam campur.
3. Telur dadar.
4. Teh tarik gelas besar, gelas kecik gua tak maen der...







Tapi... (sambung yang tadi nyer) Makanan yang dihidangkan agak menghampakan. Kalo korang perhatikan dalam gambar tu, nampak tak tomyam tu kat mana? Nampak kan... Mana ada kedai hidangkan tomyam dalam mangkuk kecik macam tu. Aduhaii... Aku dah la sker hirup kuah tomyam lepas abes makan. Dah sah la tak dapat nak hirup sepuas hati kalo mangkuk besar tu je. Besar lagi mangkuk bubuh laksa kat warung tepi jalan (eh, yeke?).

Pastu, teh tarik dia pun agak manis bagi aku. Tapi manis2 yang dia buat, still tak leh lawan kemanisan teh tarik kat cafe tempat aku keje. Kalo korang ada teh tarik kurang manis satu, rasa manis dia sama je ngan rasa manis teh tarik kat kedai makan. So, korang bole bayang kan tak manis dia macam mana kalo korang order teh tarik yang biasa je?

Anyway, berbalik pasal kedai makan tadi. Korang nak tau harga dia bape? RM 7.50. Wahhhh... Dah la bagi tomyam campur dalam mangkuk kecik yang macam tuh je. Charge RM 7.50. Sedap dan puas hati lagi aku makan kat kedai yang aku slalu makan tu. Tomyam pun bubuh dalam mangkuk besar. Harga baru RM 6 lebih untuk menu yang sama. So, mana lagi untung? Tapi untuk tidak terlalu condemn kan kedai ni, maybe next time aku akan datang lagi. This time aku order nasi goreng lak. Kalo nasi goreng pun tak bole pegi, reject aku kedai ni...

Saturday, November 13, 2010

Hotel di Kulim

Sebenar nyer aku nak letak tajuk entri ni "Hotel di Kulim - Takde Yang Lagi Menarik dan Berpatutan Ke?" Tapi aku rasa cam panjang sangat, jadi aku ringkas sama seperti yang tertera di atas. Lagi pun tajuk yang ringkas2 ni lebih mudah naek kan blog traffic. Hehehe... Contoh nyer macam korang2 yang tengah baca blog aku ni la. Mesti korang tengah search something yang berkaitan ngan hotel kat Kulim kan. Haaaa... Ehem2... Biar aku sambung dengan the real topik untuk hari ni. Apa yang korang baru lepas baca tadi tu hanya mukadimah je.

Hotel di Kulim ni tak banyak. Ada sebuah je hotel yang kita btol2 nampak hotel. Hotel yang aku cakap kan ni adalah Hotel Seri Malaysia. Yang laen adalah lebih kepada bentuk inn daripada hotel. Contoh seperti Kulim Inn dan Sri Impiana Inn.Aku rasa kalo ada mana2 company yang bukak hotel yang baru dengan harga berpatutan, bole dapat untung besar gak la. But then again, since Kulim ni takde tempat pelancongan, mungkin sebab tu la kot tak banyak hotel yang bukak kat sini.


 Hotel Seri Malaysia, Kulim


Sri Impiana Inn, Kulim


Kulim Inn, mesti la kat Kulim...


Sebelum ni aku ada wat entri tentang kriteria2 tentang macam mana aku wat pilihan hotel. Anda bole baca kat sini. Kalo nak ikutkan, hotel kat Kulim ni takde kot kriteria2 yang macam aku tulis tu. Tak pun aku yang tak jumpa hotel atau inn yang macam tu kat sini. Setakat yang aku perhatikan, ada 3 je hotel atau inn yang bole diterima-pakai daripada segi luaran, iaitu Hotel Seri Malaysia, Kulim Inn dan Sri Impiana Inn. Tapi.... Sebab apa aku kata takde yang ikut kriteria seperti yang aku mention dalam tampalan aku sebelum ni sebab takde pun yang murah. Paling murah dalam RM 90 gak la.

Hotel Seri Malaysia adalah hotel yang aku awal2 akan reject dlu sebab rate dia terlalu tinggi untuk just standard room dengan 2 katil single. Cuba teka bape rate dia? Dalam RM 150 kalo tak silap aku. Bagi aku, agak mahal. Eh, bukan agak mahal dah. Memang mahal dah tu. Mentang2 la satu2 nyer hotel kat Kulim tu, nak cekau duit customer kaw2 lak. Servis pun aku rasa bukan la bagus sangat. Sebab parents aku pernah duduk situ dlu. Bilik dia berbau ok. Ntah bau apa ntah. Tapi mengganggu ketenteraman la sket. Masuk2 je bilik, ada satu bau ni datang dan terus menusuk hidung. Tensen2... Jadi, Hotel Seri Malaysia, Kulim, saya terpaksa reject anda awal2. You are out... So tinggal lagi dua...

Sri Impiana Inn dlu dia ada wat promosi. So time tu paling murah bole dapat dalam RM 60. Tapi skang rate dia dalam RM 94 untuk standard room. Dlu inn ni jadi pilihan gak la. Tapi kalo nak tau, pintu bilik tempat tdo kat inn ni takde selak daripada dalam. So, semenjak berlaku insiden yang satu ni, aku terpaksa gak la reject inn ni. Ada la kenalan aku ni (budak pompuan). Dia menyewa salah satu hotel kat area Kulim. Aku tak ingat nama hotel tu. Hotel budget gak. Belah siang pompuan yang jaga kaunter. Malam ada sorang mamat bangla ni jaga. Nak dijadikan citer, malam tu blackout. Pastu bole lak mamat bangla tu gi bukak pintu kenalan dengan tak ketuk pintu atau bagi salam pun. Terus je bukak pintu. Konon2 nak check la kot2 customer dia ok ke x. Hell la aku cakap. Mana ada orang nak check customer maen selamba je bukak pintu. At least knock la dlu. Sape ajar ko maen bukak pintu terus. Meh aku tampar dia laju2. Naseb baek dia dah selak pintu tu dari dalam. So mamat bangla tu tak leh nak masuk. So, korang nampak tak penting ke tak selak pintu dari dalam, especially dalam situasi2 yang macam aku citer kan tadi. Walaupun penjaga kaunter Sri Impiana Inn ni kata, "xpe2, kitorang ada guard jaga malam2". Korang ingat aku nak percaya ke ngan guard2 ni. Kalo diorang pun gersang cam mamat bangla tu macam mana? Haaaa... Jadi, sori. Sri Impiana, you also are out of the game.

Which leads only to Kulim Inn. Kulim Inn kalo tak salah aku rate dia dalam RM 90 gak. Tapi aku tak pernah duduk situ, mahupun mana2 kenalan aku pernah duduk situ. Memandangkan aku dah ada alternatif laen nak cari hotel, Kulim Inn juga bukan la my 1st choice. Tapi kalo in case of urgent, mungkin Kulim Inn akan jadi pilihan aku lepas ni. Tu pun kalo inn ni takde masalah seperti yang aku cakap tadi.




Kalo nak tau, Palm Inn Hotel kat Butterworth pun offer harga yang lebih kurang je. Murah sket je. Standard room dalam RM 85. Korang bole check kat laman web diorang. Hotel ni bagi aku ok la. Lebih sket daripada average. Tapi bagi aku dah terbaek dah, compared ngan Hotel Seri Malaysia dan Sri Impiana Inn kat Kulim tu. Cuma hotel ni standard room dia kadang2 cepat penuh.

Kalo penuh, still ada alternatif laen. Korang bole gi Hotel Travel Lodge. Tak jauh pun dari Palm Inn Hotel. Dari situ dah bole nampak. Harga much lower. Dalam RM 78 je. Sori, takde gambar. Tak jumpa kat internet. Cuma kepuasan dia tu tak setanding Palm Inn Hotel. Sebab condition dia agak lama sket. Bukan bangunan baru. So bangunan tu nampak cam old school sket. Pastu paip kat tepi toilet takde. Kena guna gayung je la kalo nak basuh bila buang air besar atau kecil. Tapi bagi aku still ok la kalo nak tdo kat sini.

Ok la. Setakat itu je la entri aku untuk kali ni. Cam menyimpang daripada entri sebenar pun ada. Hehehe... Anyway, aku rasa wajar la bukak lagi satu hotel kat Kulim ni, yang servis bagus dan harga pun berpatutan. Owh ye, lupa lak nak citer. Sebelum aku tutup entri ni, ada lagi satu benda aku nak citer. On pasal apa aku reject Sri Impiana Inn.

Ni pun berlaku kat kenalan aku gak, seorang pompuan gak (banyak nyer kenalan pompuan aku). Dia duduk kat Sri Impiana Inn. Check-in, tengok2 bilik dia takde selak. Mintak tukar bilik. Pastu orang tu cakap sumer bilik takde lock dari dalam. So dia pun fikir la sama ada nak tukar hotel ke tak. Maklum la, hotel kat Kulim bukan banyak pun. Tapi last2 dia mintak nak check out gak. Masa check-in dia kena bayar RM 94 untuk bilik dan RM 50 untuk deposit. Bila check-out dapat RM 50 je. Whatt? Alasan diorang, dia dah duduk 1-2 jam. WTF?!! At least dapat la RM 70-80. Patut nyer diorang amek duit deposit je, sebab itu la guna duit deposit tu kan. Kalo nak potong RM 10 atau RM 20 tu takpe la gak, sebab dia dah duduk 1-2 jam. Tapi kalo dah bagi balik RM 50 je, sama la macam ko duduk semalaman, and next morning ko nak check-out, dapat balik duit deposit. Dasar PENIPU nyer inn. Jadi, kepada sape2 nak pilih inn ni, fikir baek2 dlu. Kalo berkeluarga, takpe. Kalo sorang2, especially girls, elak kan inn ni.

Sekian je daripada aku. Melaporkan diri, untuk blog So Full of Myself. Hehehe...


Entri Susulan

Kriteria Memilih Hotel

Aku rasa kalo fikir2 balik, takde banyak kriteria pun bila bab nak pilih hotel ni. Agak2 tengok dari luar macam cantik je, dalam otak mesti kata "mesti selesa hotel ni". Pastu terus mesti masuk hotel tu dan tanya harga untuk satu bilik. Kalo murah, layan... Kalo mahal, cabut. Hehehe... Kalo bagi yang berduit lak, mesti gi hotel yang mahal2. Sebab keselesaan terjamin. Breakfast pun mesti sedap2. Biasa la kan. Hotel 5 star mesti la bagi service yang hebat2. Kalo tak hebat, takde la dapat title hotel 5 bintang kan. Dapat 5 bekas jari hasil daripada kena tampar ngan customer. Hahaha...

Anyway, tips yang aku nak bagi ni adalah more kepada pandangan daripada diri aku sendiri. Orang laen mungkin ada cara diorang memilih hotel diorang sendiri. Tak sumer orang berfikiran sama seperti kita. Ada yang high demanding, ada yang average dan ada yang tak memilih sangat. Berikut adalah panduan yang aku "tak bape nak ikut, sometimes aku ikut", ingin aku kongsikan bersama anda sumer. Owh, lupa lak nak bagi tau. Dalam teks2 yang berikut nyer, aku akan gunakan perkataan "hotel" untuk both hotel dan inn.


1. Murah

Bagi orang yang berpendapatan biasa2 ni, mana la nak cari yang mahal2 kan. Mostly cari hotel bajet je. Sebab murah. Bukan apa. Janji dapat tidur nyenyak, dah cukup. Breakfast tak disediakan ke, itu belakang kira. Kalo yang kaya2 tu, mungkin tak pandang hotel murah2 ni kan. Tapi yang tak bape nak berduit tu, hotel ini lah yang akan dicari terlebih dahulu. Hotel murah tak semesti nyer hotel itu buruk ala2 nak roboh. Tak semesti nyer. Dekat Kuala Lipis ada je hotel yang bole tahan cantik, tapi harga bilik serendah RM 48 je. Tak ke murah tu. Jadi buang lah tanggapan yang hotel murah adalah hotel buruk. Sebab tak semesti nyer hotel cantik adalah hotel yang mahal. Yang penting, kena la tanya harga dlu.


2. Selesa

Kalo murah je, tapi tak selesa, aku rasa baek tak payah. Selesa maksud aku kat sini, bukan lah selesa macam duduk kat hotel 5 bintang. Sebab takde nyer harga takat RM 50 tapi service nak macam hotel 5 bintang. Karut anda nih. Maksud aku ngan selesa tu adalah keselesaan bila bermastautin dalam bilik hotel tersebut. Tidur pun lena. Aircond berfungsi. Tv pun takde masalah. Air dalam bilik mandi ada. Paip2 dalam bilik air sumer dalam keadaan memuaskan. Maksud aku bila aku cakap tak selesa adalah tidur tak lena sebab badan gatal2. Rupa2 nyer cadar katil tu tak pernah dibasuh. Diorang kibas2 je. Aircond lak rosak. Tv takde siaran atau tak berfungsi. Air kejap ada kejap takde cam chipsmore. Paip air pun kadang2 takde. Tak pun paip basuh tangan ada. Tapi paip untuk mandi dah patah. Guna cebuk la kalo nak mandi.


3. Keselamatan

Bab ni pun kena jaga gak ni. Kalo lelaki, mungkin kurang sket la nak fokus bab ni. Tapi bab keselamatan ni penting untuk kaum Hawa. Tapi still, kaum Adam pun kena hati2. Kes curi-rompak ni still berlaku even pada lelaki sekali pun. Kalo hotel tu kat kawasan sunyi, parking lak jauh. Guard pun takde. Tak ke bahaya kalo macam tu. Ntah2 pencuri-perompak-peragut-perogol tengah dok usha anda baek punya daripada jauh. Tunggu masa je. Yela. Kawasan sunyi kan. Kalo anda jerit pun, at least 5 minit baru ada orang perasan atau datang nak tolong. Time tu dah jauh dah dia blah.Selaen daripada tu, kena pastikan gak bilik hotel anda tu ada selak daripada dalam. Ni senang nak hindarkan diri daripada penceroboh (in case ada penceroboh la). Benda ni kadang2 nampak remeh, padahal sebenar nyer ia penting. So kalo ada pintu yang selak dalam dia rosak, mintak lah tukar bilik atau tukar hotel terus. Hehehe...


Setakat itu je la panduan yang aku "tak bape nak ikut, sometimes aku ikut". Sebenar nyer tak banyak pun kriteria aku bila bab nak pilih hotel. Ada 3 je, macam kat atas tu. Tapi bagi tu, 3 tu dah cukup penting kot. Memandangkan aku wat entri ni pun on the spot, jadi mungkin aku ada ter"miss" benda2 laen yang mungkin gak penting. So kalo ada korang nak tambah, yang mungkin aku ter"miss", sila komen yek.

Wednesday, November 10, 2010

Busy, Lazy & A Bit Crazy

Ok, yang ke-3 tu takde. Aku tak giler. Ye, btol. Aku tak giler. Percaya lah... (nada: lagu Percayalah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza) Minggu ni agak busy sket. Alat yang aku order dlu baru sampai minggu lepas. Memandangkan alat tu pun dah sampai, so aku kena la prepare kan documentation pembelian alat tersebut, sebelum aku pass kan ke bahagian sekretariat. Pastu ari ni lak ada training macam mana nak operate mesin tu. Selaen pasal peralatan ni, aku gak nak kena siapkan sampel prototaip projek. Walaupun training dah abes, dan proses prototyping pun tinggal last stage je, aku still tetap akan busy for the upcoming week. Hahaha... Sedih lak bila dengar dunia aku ni asyik sibuk ngan keje. Owh, sebab apa aku sibuk? Conference nak dekat. Slideshow tak buat2. Poster pun lagi la aku tak start buat. Jadi? Starting esok kena la wat... (sambil menggeleng2 kepala)
Anyway, time aku menaip entri ni, aku dalam keadaan yang agak malas2 sket. Mata pun agak2 mengantuk. Tapi saje je aku tak nak masuk tdo lagi. Terlalu awal lak aku rasa untuk tdo. Slalu nyer aku tdo antara kul 11 - 12 malam. Kul 8 tadi gi Giant. Tak sangka aku bole terjumpa skandal aku time matriks dlu. Siap berkawan ngan sorang budak pompuan yang juga budak UniMap, yang aku kenal gitu2 je sebab bukan course aku. Aku macam fikir, "what a coincidence". Aku stop by la kejap, memandangkan aku terserempak ngan dia head-on. Tak kan nak lari lak kan. Borak kejap, tanya kat dia, watpe kat sini, keje pe, keje kat sini ke. Baru aku tau rupa nyer dia keje kat Intel. Patut ari tu pernah nampak dia makan kat area Kulim. Ingatkan melancong ke hape. Lepas mengalami short conversation, aku pun mem"blah"kan diri aku daripada situ. Sebab sebenar nyer I'm on a mission. Very important mission. Hahaha...

Amende mission tu? Misi aku adalah untuk mencari coklat untuk dimakan di rumah. Bukan stok untuk makan perabes malam tu gak. Tapi stok takat makan seketul setiap malam. Ni sumer sebab terkena penangan coklat Langkawi yang housemate aku bawak balik. Memang dia ada bawak balik bubuh peti ais, dan pelawa aku makan. Tapi tak sampai ati lak aku nak tibai banyak2. Hehehe... Cukup la makan seketul sehari je. Baru nampak beradab sket. Anyway, misi aku menemui kegagalan lepas aku pulang ngan tangan kosong. Pasal aku tak tau nak beli coklat apa. Takpe la. Aku anggap je la exercise badan jalan2. Padahal tadi kata lazy...

Ada lagi satu benda aku nak bagitau ni. Tapi sebelum aku bagitau, aku nak soal korang dlu. Apa yang korang nampak kat gambar kat bawah ni.




Kalo korang perasan la kan. Ada kemek kat bahagian belakang kereta ni. Agak2 korang bole teka pasal pe dia kemek? Aku rasa la kan, spoiler dia tu tinggi sangat. So bila dia nak reverse, cermin pandang belakang dia tak bape nak efektif untuk assist driver dia. So? Apa lagi kan. Whamm... Berlanggar ngan whatever la benda yang ada kat belakang time dia ngundur tu. Hehehe... Anyway, ni teori aku je. Hahaha...

Sunday, November 7, 2010

Kenapa kau berbuat begitu?

"Korang nak tau tak, time aku tengah sedap2 melantak tadi, datang la sekor mamat ni. Dia usha2 aku daripada jauh. Aku cakap la, apa hal lak mamat ni usha2 aku ni. Nak kena lempang? Pastu aku wat bodo je. Aku terus kan sesi melantak ayam goreng yang dah tinggal sisa2 je. Pastu mamat tu tiba2 je datang dekat. Slow2 lak tu dia approach. Muka lak aku tengok cam agak kurang hajar sket la. Siap wat muka ganas tu yang aku tak leh blah tu.

Bila dia dekat je ngan aku, bole lak tiba2 dia gi cakar aku. Aku pun mencakar la balik kan. Tapi nak wat macam mana. Aku lagi muda, dan tubuh aku pun tak sebesar tubuh dia. Jadi terpaksa la aku mengalah. Si mamat yang cakar aku tadi tu apa lagi, dia pun sebat la ayam goreng yang aku makan tadi. Sedih aku tengok makanan aku dikebas oleh orang laen."

Apa yang anda baca tadi tu merupakan rintihan sekor anak kucing yang telah dikebas makanan nyer oleh sekor kucing jantan yang lagi besar. Hehehe... Ada rasa cam terkena tak? Kui3x... Anyway, kesian gak aku tengok anak kucing tu. Nak bagi ayam, aku nyer menu nasi goreng. Nasi goreng kat kedai mamak mana ada taruk ayam2 ni. Tapi memandangkan dia dah pun menelan kebanyakan daging ayam yang tinggal, aku rasa dia dah kenyang dah kot. Kalo lapar lagi, tak tau la aku.



Wednesday, November 3, 2010

Stone Cold & The Rock Meets Justin Bieber?

Mesti korang terkejut kan tengok tajuk entri kali ni. Para penggemar wrestling mesti kenal nama 2 ekor mamat ni, yakni Stone Cold Steve Austin (batu sejuk Steve Austin@batu sejuk tu Steve Austin yang punyer) ngan The Rock. Diorang ni memang legend la bagi aku untuk sukan gusti ni. WWE skang agak membosankan tanpa kelibat dua karakter ni. Aku kadang tengok tu macam tak tengok je. TV pasang wrestling, tapi tangan ngan mata wat benda laen. Hahaha...

Anyway, seperti mana yang aku describe kat atas tu, sebenar nyer diorang bukan la jumpa Justin Bieber ni btol2 pun. Stakat dalam video game je. Tapi klakar la video ni. Korang wajib kena tengok. Aku rasa orang yang wat video ni mesti tak suka Justin Bieber. Hehehe... Video ni aku jumpa time godek2 YouTube tadi. So, apa kata korang layan aje...

Stone Cold jumpa Justin Bieber.


The Rock meets Justin Bieber.

Monday, November 1, 2010

Sejuk Serabut

Sejuk serabut. Dua perkataan ni tak berkaitan antara satu sama laen. Masing2 adalah berbeza occasion, tak sama apatah lagi serupa. Aku mulakan entri pendek ni dengan bersembang pasal sejuk. Soalan pertama. Korang tak sejuk ke? Aku tengah rasa sejuk ni, tapi takde la sejuk sesejuk tengah2 malam aka nak subuh tu. Maklum la. Nak masuk bulan 11-12 ni, asyik ujan je tiap2 ari. Kalo dlu tdo siap bole bukak baju sebab hangat. Skang ni tdo siap pakai sweater lagi. Hehehe... Anyway, cuaca skang memang sejuk. Sedangkan nak mandi petang pun air agak sejuk, apatah lagi mandi pagi2 kan. Ari tu aku balik dari Kuala Kangsar ke Kulim, sepanjang perjalanan hujan diselangi ngan mendung. Memang tak nampak dah kelibat sang matahari. Berlindung agak nyer beliau. Soalan kedua aku (sambung tanya soalan), tempat korang pun ujan tiap2 ari tak? Ok, yang tu nyer jawapan, korang simpan sendiri. Hahaha... Kalo rajin, bole jawab di ruangan komen. Komen anda dialu2-kan.

Bercerita lak pasal serabut. Ari ni kepala otak aku agak serabut. Serabut pasal keje satu hal. Pastu broadband aku ni lak wat hal gak malam ni. Nak loading posting box ni pun amek masa 40 minit. Bengong btol la. Selalu nyer takde la sampai macam tu skali. Diakui kawasan aku ni memang line dia kureng sket. Tapi sebelum ni takde la sampai gitu skali teruk nyer. Bikin aku panas daaa... (tadi kata cuaca sejuk) Okay2. Beralih pasal keje. Memang btol la kata orang2 yang dah keje dlu. Bila kita dah keje, terfikir balik suasana time masih bergelar seorang pelajar. Syok nyer bila fikirkan betapa bebas nyer hidup. Gi kuliah, balik tdo. Maen game, layan movie, tengok anime. Waahhh... Heaven... Time nak exam baru sibuk2 nak serabut kepala otak. Hehehe... Tapi masa study dlu, dok sibuk fikir "Bila dah graduate nanti, aku nak keje apa ek?" Haaaa... Bila dah keje, terbalik lak. Rasa nak patah balik ke zaman persekolahan. Tapi walau apa pun, komitmen still komitmen kan. Nak wat macam mana. Saya sudah menjadi dewasa....


p/s: hahaha... tak leh blah ayat terakhir aku "saya sudah menjadi dewasa"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...