Entri ni bukan la entri yang ditujukan khas untuk orang yang bodoh yang tak tau kegunaan tong sampah. Well, orang yang tak tahu fungsi tong sampah untuk buang sampah satu hal. Yang kencing ke dalam tong sampah juga adalah satu hal.
[Kencing ke dalam tong sampah macam budak ni]
Dan aku tahu gak kalo orang yang tak tau buang sampah dalam tong sampah adalah satu hal. Tapi tu hal keperibadian masing2. Lantak ko la nak buang sampah merata2, asal jangan buang sampah dalam territory aku sudey...
Entri ni adalah entri diskriminasi terhadap pembuang sampah macam situasi yang aku hadapi beberapa hari lepas. Skang baru nak update. Hahaha... Agak lambat di situ. Tapi ada aku kesah? Kan ni blog aku...
Amende diskriminasi yang ko hadapi tu bro? Ni yang aku nak citerkan nih. Pada hari tersebut, aku baru nak gerak ke Kulim (aku asal Kuala Kangsar, bekerja kat Kulim). Singgah la kejap kat tempat yang ada tong sampah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Kebetulan kat area tempat aku tinggal ada kawasan kedai makan yang bukak malam2. So confirm ada tong sampah kat situ kan.
[Tong sampah tu lebih kurang macam ni la, cuma cantik lagi]
So memang ada tong sampah MPKK diorang taruk kat situ. Kat area rumah aku tuh, lori sampah amek sampah ari Isnin. Aku lak keje ari Ahad. So Sabtu memang dah kena bergegas balik Kulim la.
Tak kan la aku nak letak tong sampah aku kat luar kan. Kalo aku wat macam tuh, dari hari Sabtu lagi aku kena bawak kuar. Pastu hari Jumaat kemudian bila aku balik Kuala Kangsar baru bawak masuk rumah balik. Abes mengumpul air hujan la jawab nyer tong sampah aku tuh...
So satu2 je cara untuk selesaikan masalah adalah dengan membuang sampah2 yang ada kat tempat tong sampah yang MPKK sediakan. So beberapa hari lepas time aku nak menjalan kegiatan rutin aku membuang sampah kat tong sampah MPKK tu, ada sorang mamat India (aku tak tau la India 1Malaysia ke, atau Nepal mari) nih.
Waktu tu hujan agak renyai2. Mamat India nih, yang aku kira pekerja MPKK (stok keje2 angkut sampah aku rasa) berdasarkan baju yang dia pakai. Tumpang berteduh kot. Bila aku buang sampah kat situ, dia bole sound aku.
Mamat India: Eh, you duduk rumah mana?
Aku: Saya duduk kat kawasan sini la. Kawasan belakang tuh (sambil menuding jari ke arah yang korang tak perlu tahu).
Mamat: Apa pasal buang sampah kat sini. Ini tong sampah untuk kedai makan. Itu lori sampah amek sampah kat rumah you ari Isnin. Tunggu saja lah...
Hekeleh... Bole lak cakap macam tuh ngan aku. Aku nak je cakap ala2 style The Rock. "Know your damn role and shut your mouth!" Bukan la sebab dia India aku rasa nak maki dia. Aku bukan la jenis yang mendiskriminasi kaum. Kalo orang Melayu atau Cina yang cakap macam tu kat aku, aku balas gak macam tuh.
Tapi sebab masa tuh hujan. Takde masa nyer aku nak berbalah lama2. Hujan tu satu hal. Kalo aku layan berbalah gak ngan dia, lambat lak aku sampai Kulim.
Eh, sker hati aku la nak buang sampah kat mana2. Kat mana ada tong sampah, kat situ la orang bole membuang sampah. Takde kena mengena nyer ni tong sampah kedai, kedai je bole buang. Melaenkan tong sampah tu kedai tu yang beli sendiri.
Sama la macam tong sampah rumah ko. Takde nyer jiran sebelah tiba2 nak tumpang buang sampah ke dalam tong sampah ko. Tapi kalo aku kan, kalo nak tumpang pun takde masalah. Last2 bukan aku yang kutip sampah tu kan. Kan MPKK yang kutip...
Masalah nyer aku buang kat MPKK nyer tong sampah. Bukan tong sampah peribadi mana2 pihak. Even bukan tong sampah rumah ko pun... Sebagai pekerja bawahan aka kuli, anda tak layak nak sound aku. Patut nyer ko ucap "Terima kaseh kerna menggunakan perkhidmatan kami" kat aku.
Tolong bersyukur sket sebab aku buang sampah kat tong sampah. Bukan buang sampah ke dalam longkang atau sungai hatta rumah ko skali pun.
Jadi, next time kalo kita berjumpa lagi, SILA TOLONG DIAM... Diamlah sebelum anda didiamkan (apabila aku baling sampah masuk mulut ko).
2 comments:
garang
eh, xde la... biasa je...
Post a Comment