Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama Bin Laden - Fake or Reality

Aku rasa berita kematian Osama ni mesti dah tersebar luas kat kaca TV dan dada2 akhbar. Hanya orang yang kurang alert je yang still tak tahu pasal berita ni. Adakah korang antara yang kurang alert tuh? Hehehe... Relax2... Jangan marah aku. Aku maen2 je.

Kepada yang still tak tahu, banyak berita sama ada kat TV, radio atau internet dah melaporkan yang Osama dah mati. Mayat dia lak dikebumikan/ dicampak (sila pilih satu) ke dalam laut.


[Gambar yang konon nyer dikatakan mayat Osama]


Tapi btol ke Osama ni dah mati? Hari ni aku nak bincangkan persoalan itu. Dan mungkin beberapa persoalan yang laen akan turut dibincangkan. I mean, kalo ada la. Gambar kat bawah ni aku petik dari blog The Other Khairul. Mr. K kata gambar ni adalah hoax dan dihasilkan menggunakan kaedah photoshopped.


[Hmmm... Nampak macam photoshopped]


Memang nampak meragukan. Lagi satu, kalo btol la itu mayat Osama, nape campak ke laut? Tak nak bagi orang cam yang itu bukan mayat Osama? Nape tak ditangkap hidup2 pastu torture dia dalam penjara? Macam la tentera AS tak biasa buat macam tu...

Tak kurang juga yang mengatakan kematian Osama ni adalah reka AS semata2. Untuk mendapat sokongan terhadap kepimpinan Barak Obama (ejaan sengaja disalah eja) sempena pilihan raya yang akan datang. Ada juga yang mengatakan Obama cuba mengalih tumpuan orang ramai daripada masalah ekonomi Amerika yang mengalami defisit 500 billion dollar, yang membuatkan diorang ni salah satu antara negara yang bankrap.


[Berapa kali saya nak cakap yang Osama ni dah mati. Tak paham2 lagi ke?]


Ada lagi satu persoalan yang timbul. Iaitu berkenaan ngan kewujudan sebenar Osama bin Laden. itu sendiri. Osama ni btol2 wujud ke atau hanya konspirasi AS untuk menutup aib diorang berkenaan dengan tragedi 11/9. Ada sumber yang mengatakan Osama ni tak wujud. Hanya ada orang yang menyamar sebagai Osama.

Tapi itu la. Tu sumer teori je. Takde bukti2 sahih yang menunjukkan Osama tu dah mati. Hanya gambar2 yang macam edited je.... Takde bukti2 sahih gak yang mengatakan watak Osama tu sebenar nyer sama sekali tak wujud. Hanya mainan AS semata2. Hanya Allah je yang tahu rahsia sebenar.

Pastu kat Yahoo! News tadi, aku terbaca artikel pasal "How Bin Laden Failed to Wreck the U.S. Economy". Well, to be honest, aku tak baca abes pun artikel ni. Hehehe... Tapi of course la dia citer pasal bagaimana pemberontakan Osama yang gagal memporak-perandakan ekonomi AS.

Well, tak perlu pun sebenar nyer. Sebab macam yang aku ada cakap tadi, ekonomi diorang memang tengah down pun. Osama tak yah wat apa pun Obama dah menggelabah...


 [Gambar diambil dari blog Cursing Malay]

"Osama's death will ensure a more peaceful and safe world" - Najib

Bersembang pasal apa yang Najib quote kan selepas berita kematian Osama tersebar. So En. Najib, btol ke? What made you so sure that his death will bring peace to the world? Aku rasa takde nyer. Yang mengganas, perang sana sini tu punca nyer AMERIKA. So? Lagi mau tanya ka?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...