Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu



Ibu,

Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Saya terpaksa gunakan perkataan "Ibu" walaupun kat rumah saya panggil "mak" sebab saya belum pernah dengar orang ucapkan "Selamat Hari Emak". Kalo ada dah lama saya pakai. Memandangkan tak nak berlaku confucius dalam entri ni, saya akan guna perkataan "ibu" je la ek.


Ibu,

Terima kasih saya nak ucapkan kerana membesarkan saya daripada kecik sampai ke besar nih. Walaupun diakui susah nak jaga diri yang satu nih. Yela. Kecik2 dah kena asma. Sampai besar dah takde asma dah. Betapa cekap nyer dirimu menjaga anak yang sorang nih. Tu tak masuk lagi jaga adik-beradik yang laen.


Ibu,

Harap ibu tabahkan hati dalam meneruskan kehidupan selepas pemergian arwah abahku. Jangan bimbang kerana anak2 mu ada untuk sentiasa menjagamu. Lepas saya dah kahwin nanti, bole la saya gilir2 jaga ibu skali.


Ibu,

Saya sentiasa mendoakan ibu untuk terus hidup bahagia di samping anak2 ibu. Usah risau tentang rumah kat kampung. Anakmu ini 2 minggu skali confirm balik menjenguk rumah. Lepak2 sambil menonton ASTRO. Semoga ibu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat.


Yang benar, Anakmu,

AHMAD ASWAD MAHAIDIN

3 so full of themselves :

vanilla said...

td baca rasa tajuk lain..typo eh ;) anyway, happy mother's day jgk utk my future mil...hekhekhek...

cik azeya said...

ngeh3. baik betul anak ni.

-_-"

aswadz said...

@vanilla: a'ah. selamat hari day masa mula2 td. hak3... tak sangka anda notice. rs nyer dah tukar cpt2 td...

@cik azeya: baek ke? biasa2 je. ngehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...