Monday, May 9, 2011

MetalTech 2011



Baru2 berlangsung nyer pameran MetalTech 2011 kat PWTC, Kuala Lumpur. In fact, ari ni last day exhibition. Cuma aku je blah awal atas sebab2 tertentu. Jumaat ari tuh last day aku kat MetalTech 2011 nih.

Aku tak pernah pegi exhibition under SIRIM sebelum nih. Ni 1st time la. Last time aku pernah gi exhibition under school Bahan masa kat UniMAP dlu. EINIC (nama panjang tak ingat) kalo tak salah aku.

Exhibition MetalTech ni kebanyakan nyer melibatkan supplier2 atau vendor2 dalam bidang machining, machinery dan seangkatan dengan nyer. Tapi aku tak nak citer detail. Kang ada yang meleleh air liur sambil mengeluarkan snoring yang mengalahkan bunyi beruang tdo.

AMREC anta satu pasukan seramai 2 orang (pasukan ke 2 orang je?). Salah sorang nyer adalah aku. Lagi mau tanya ka? Tapi dua orang pun, bila campur ngan SIRIM cawangan laen, jadi ramai la kat booth tuh. Hehehe... Korang bole tengok booth SIRIM kat bawah nih.


[Lambang SIRIM]


[Booth SIRIM Bhd]


[Display barang projek kitorang. Simple tak?]


Bila bab2 industri ni, especially machining dan machinery nih, kebanyakan nyer dimonopoli oleh supplier dan vendor Cina. So memang ramai la diorang kat sana. Bila dah ramai orang Cina, so confirm la ramai amoi2 yang ada.

Jadi paham2 la pemakaian diorang masa kat exhibition tu. Menjolok mata. Walaupun sesapa yang memandang tu belum tentu nak jolok mata sendiri. Genyeh2 mata ada lah. Menggugat keimanan betol. Ada yang pakai pakaian ala2 gadis litar pun ada.


 [Cuma beza nyer, diorang pakai baju singlet berseluar pendek]


Bayangkan menteri yang datang melawat booth tu pun gadis litar yang escort... Perrgghhh... Macam gi tengok lumba kereta/ motor kat Sepang lak. Ni kalo Cik Vanilla tahu, mesti kena bebel. Hahahaha... Naseb baek aku usha ala kadar je. So kurang sket kena sound. Ngehehe...

Berbalik kepada topik MetalTech tadi, exhibition ni memang besar. I mean, besar giler. Aku rasa sape yang datang sekali je, mesti tak abes pusing. Aku yang dari Rabu sampai Jumaat pun, ari Jumaat baru abes pusing sumer hall. Dah la ada hall tu, siap kena seberang sungai lagi. Dan hall yang kat seberang tu, bapak besor. Sumer machine besor2 sumer taruk kat situ je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...