Monday, May 2, 2011

Kedi?

Sebelum kita membincangkan apa2 dalam entri ni, aku nak mintak korang bukak laman web google, yahoo atau yang seangkatan dengan nyer. Pastu try search perkataan "kedi". Pastu korang klik images. Gambar apa yang banyak?

Takpe. Simpan dlu jawapan korang. Dah abes baca satu entri ni, baru korang komen. Sebab ada lagi soalan yang aku ingin tanyakan.

Soalan pertama. Sape yang bole bagi tau apa maksud perkataan "kedi" tuh? Ke perkataan tu takde apa2 maksud yang significant untuk dikongsikan? Soalan kedua. Apa kena mengena perkataan "kedi" tu dengan gambar yang korang jumpa tadi? Ada sape2 bole explain?

Kalo aku google, paling atas skali adalah wikipedia yang membawa aku ke arah dua filem tamil. Kedi (2006) dan Kedi (2010). Di mana kalo korang bukak link tu, takde gambar atau poster yang ada kena mengena pun ngan gambar yang korang jumpa kat bahagian images tadi. Ini amat la memeningkan kepala aku.

Macam mana aku bole tetiba search perkataan "kedi"? Okay. Meh sini aku kasi citer kat korang. Mula2 tadi aku nak cari gambar kereta yang orang pakai kat padang golf tuh. Ntah macam mana, tiba2 je muncul perkataan "kedi" kat kepala otak aku. So aku search je la. Last2 kuar gambar nih lak.


[Anak kucing]


[Anak kucing...]


[Anak kucing...]


[Dan anak kucing]


Tang mana tuh yang perkataan "kedi" tu ada kena mengena ngan anak kucing? Ada sape2 leh bagitau?


p/s: kereta kat padang golf dikenali sebagai buggy car.

7 comments:

vanilla said...

awak suka cats kan...(^_^)

aswadz said...

ye sy. hehehe...

meLody daREL said...

AKU PULAK CARI PERKATAAN KEDI LEPAS TENGOK CERITA NASIB DO RE MI MASI SI MI TAHAN KERETA TAYANG KAKI,PEREMPUAN TU CAKAP,ALAMAK KEDI..TA PAHAM AKU.SEBAB TU AKU SEARCH GOOGLE..HAHA

meLody daREL said...

*masa si mi tahan kete

aswadz said...

pastu jumpa gmbr kucing gak. hehehe...

Anonymous said...

aku pun pernah tnya mak aku nape dlm scene do re mi tu, pompuan tu kata kaki mi kedi.. begini kisah nyer (kalo salah, mohon maaf la yer).. pd zaman dahulu, orang (terutama perempuan) suka membangga kn diri dengan betis kaki yg montok... tu sebab zaman dlu nyer fesyen banyak yg kain nyer terbelah.. so bler mi tunjuk kaki dia yg kurus tu, tu sbb pompuan tu kata kedi (merujuk kepada betis mi yg kurus)...

aswadz said...

oooo... gitu. terima kasih atas pencerahan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...