Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, February 1, 2014

Korean Drama - I Hear Your Voice

Agak lama jugak aku tak layan k-drama rupa nyer. Last aku tengok bulan Mei ari tuh, citer Flower Boy Ramyun Shop. Lagi pun time tuh takde stok citer dah pun. So memang tak tengok la kan. Hehehe... Baru2 ni aku baru abes tengok citer I Hear Your Voice. Tak pasti sama ada citer ni dah tayang kat TV ke blom. Yang pasti aku tengok kat laptop je. Hehehe...


i hear your voice, k-drama, review


I Hear Your Voice ni mengisahkan Park Soo Ha yang mempunyai kelebihan mendengar suara hati orang sekeliling dengan memandang mata orang tersebut. Dia mempunyai "intertwine fate" (aku tak reti nak explain dalam bahasa melayu) dengan Jang Hye Sung, seorang peguambela.

Time tuh Soo Ha kecik lagi (tapi dah boleh dengar suara hati orang) dan Hye Sung ni tampil sebagai saksi dalam kes pembunuhan bapak dia. Disebabkan itu, pembunuh tersebut berjanji nak balas dendam. Soo Ha ni dah janji ngan Hye Sung yang dia akan protect Hye Sung bila dah besar nanti. Nak tahu kesudahan nyer, kena tengok sendiri la. Hehehe... Nak tengok best ke tak, layan trailer ni dlu.




Aku rasa citer ni best untuk korang layan sebab dia more kepada citer pasal law. Citer pasal peguam dan mahkamah. So kadang2 bila tengok citer macam ni, macam best pun ada. Takde la tertumpu pada percintaan semata2 kan. Pada aku, jalan citer dia menarik. Aku sker time babak dalam mahkamah, tengok macam mana peguambela ngan pendakwa raya handle case. Agak menarik di situ.




0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...