Sekali lagi tragedi buruk menimpa negara kita. Peristiwa yang hampir sama dengan tragedi MH370, cuma MH17 telah pun diketahui nasib nyer. Pesawat MAS MH17 telah terhempas di Ukraine akibat ditembak oleh missile BUK. Siapa yang tembak, masih dalam siasatan. Ada report yang mengatakan pihak pro-rebel Russia yang patut dipersalahkan. Tapi sejauh mana kebenaran nyer, masih belum disahkan.
Menurut The Guardian, MH17 dikatakan telah terbang di kawasan restricted area dan arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Ukrain untuk tidak melakukan penerbangan di bawah 32,000 kaki. Pesawat MH17 telah terbang pada ketinggian 33,000 kaki, tetapi masih dalam range target ground-to-air missiles.
Apa pun, marilah kita tunggu perkembangan kes ini supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Perasaan keluarga mangsa pun kita kena ambil kira gak. Jangan ikut sedap kita je nak buat spekulasi yang bukan2.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
#PrayForMH17
8 comments:
al-fatihah buat mangsa2 beragama islam.. sedih tgk berita psal MH lg
al-fatihah buat mangsa2 beragama islam.. sedih tgk berita psal MH lg
al-fatihah.
Hana masih menunggu isu MH370.dah xda berita lg kan..kat mana hilangnga flight tu
Takziah kepada mereka yang terlibat...sejak dari awal pelbagai spekulasi berlegar di media social..terpulang kepada kita nak mempercayainya ke tak kerana ada sesetengh tu macam tak logik...
Regards,
-Strider-
kita doakan moga roh mangsa tenang..kisah menyayat hari..Malaysia di uji lagi..:(
Dugaan Allah untuk mereka yang terlibat. Semoga mereka tabah mengahdapinya...Ada hikmah disebalik kejadian..
@hana: sampai skang blom ada berita lg hana. org pun dah mula lupa psl isu tu.
@azlan: spekulasi tetap hanya tinggal spekulasi tanpa bukti yg kukuh.
@mime: sama2 kita doakan mereka.
@rdz: ada hikmah nyer.
Post a Comment