Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pembaca blog dan juga blogger2 yang sudi berkunjung ke blog aku nih. Entri pendek je. Entri panjang kemudian aku buat. Hehehe... Salam 0-0 kawan2.


Tuesday, July 22, 2014

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum.

Dalam masa lebih kurang seminggu je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Lagu2 raya dah start kedengaran di radio. Even kat ofis pun ada orang pasang lagu raya gak. Walaupun slow, tapi masih boleh didengari. Bila dah dengar, meresap sampai ke kalbu. Terus masuk mood cuti sampai nak buat keje laen pun rasa malas. Hahaha...

Persiapan raya macam mana? Kuih raya buat ke beli? Ada yang dah start bercuti ke? Aku Khamis ni baru nak start cuti. Lama sket cuti kali ni memandangkan cuti tahunan aku ada banyak lagi. Harap2 boleh la mengelak daripada terlibat dengan sebarang traffic jam.


[Untuk yang berminat, stok akan diambil pada hari Khamis ini]


Korang nyer persiapan menjelang raya lak macam mana? Cer citer cer citer... Di ruangan komen. Hehehe...


p/s: walaupun kita di sini sedang membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa untuk terus berdoa untuk rakyat Palestin yang mungkin tak sempat pun nak sambut bulan Syawal.


Friday, July 18, 2014

MH17 Terhempas

Sekali lagi tragedi buruk menimpa negara kita. Peristiwa yang hampir sama dengan tragedi MH370, cuma MH17 telah pun diketahui nasib nyer. Pesawat MAS MH17 telah terhempas di Ukraine akibat ditembak oleh missile BUK. Siapa yang tembak, masih dalam siasatan. Ada report yang mengatakan pihak pro-rebel Russia yang patut dipersalahkan. Tapi sejauh mana kebenaran nyer, masih belum disahkan.

Menurut The Guardian, MH17 dikatakan telah terbang di kawasan restricted area dan arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Ukrain untuk tidak melakukan penerbangan di bawah 32,000 kaki. Pesawat MH17 telah terbang pada ketinggian 33,000 kaki, tetapi masih dalam range target ground-to-air missiles.

Apa pun, marilah kita tunggu perkembangan kes ini supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Perasaan keluarga mangsa pun kita kena ambil kira gak. Jangan ikut sedap kita je nak buat spekulasi yang bukan2.



Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
#PrayForMH17

 

Tuesday, July 15, 2014

Germany Juara Piala Dunia 2014

Semalam aku agak "flat" sikit. Yela, tak tido malam nak melayan final Piala Dunia antara Germany dengan Argentina. Sebab tu entri ni keluar lambat daripada yang sepatut nyer. Hehehe... Pagi semalam masuk office awal. Lena kejap. Pastu waktu tengah hari pun sempat lena kejap. Nasib baik mencukupi, walaupun tdo kejap je.

Apa pun, tahniah kepada pasukan Germany kerana berjaya membuat kejutan dengan menjadi pasukan eropah yang pertama menjadi juara Piala Dunia di tanah Amerika Selatan.


germany champion, world cup 2014 champion, juara piala dunia 2014


Aku memang menjangka Germany akan jadi juara selepas beberapa aksi perlawanan diorang yang meyakinkan berbanding dengan Argentina. Tapi kadang2 goyah gak tanggapan aku tu bila fikir balik yang tak pernah lagi ada team eropah yang bawak balik trofi Piala Dunia dari benua Amerika Selatan. Ditambah lak dengan beberapa percubaan yang asyik gagal, seolah2 diorang takde luck. Seolah2 luck is on Argentina side. First half nyer game agak bosan sedikit. Dah masuk second half baru menarik.

Tahniah kepada pasukan Germany kerana berjaya menjuarai World Cup 2014 dan berjaya mencipta beberapa rekod untuk tahun nih. Lepas ni tunggu World Cup 2018 pulak.


Sunday, July 13, 2014

Final World Cup 2014

world cup 2014, final, piala dunia 2014


Akhir nyer, World Cup 2014 dah pun hampir sampai ke kemuncak nyer. Kalo korang tengok game pagi tadi, tentu korang dah tau yang pasukan Netherland dah pun berjaya menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul tempat ke-3.

So, hari ni perlawanan final yang paling dinantikan2 oleh seluruh peminat sukan bola sepak. Malam ini, atau lebih tepat lagi, pagi ni, akan berlangsung nyer perlawanan akhir World Cup 2014 di antara pasukan Germany dan Argentina.

So agak2, sape yang jadi champion tahun ni?

Sunday, July 6, 2014

Lost Paradise Resort Feringghi

Awal bulan Jun hari tuh aku sambut anniversary ngan wife aku. Disebabkan bulan Mei ari tuh baru je berjalan ke Cherating, so anniversary tahun nih malas nak drive jauh2 dah. So cari tempat yang dekat2 je. Jadi pilihan kitorang adalah untuk melepak kat Batu Feringghi je. Masa kat Feringghi ni, aku ngan wife aku duduk kat Lost Paradise Resort Feringghi.


lost paradise resort feringghi, resort penang


Kalau korang bawak kereta laju, mungkin korang tak perasan pun entrance resort ni. Tapi Lost Paradise Resort ni antara hotel terawal yang korang akan jumpa kat Feringghi. Nak senang lagi, korang lepas je masjid terapung, kena alert dah.


lost paradise resort feringghi, resort penang


lost paradise resort feringghi, resort penang


Masa check kat website dia, takde 1 katil queen saja. Ada 1 katil queen dengan katil single. So kitorang ambil je la. Rate RM 290 untuk bilik Superior Triple Room. Tapi on the day, dia tunjuk yang bilik Superior Triple Room tu rupa nyer bilik kat area lobi ni je. Kalau korang perasan, bilik tu hujung sekali.

Tapi bagi aku okay je. Sebab aku survey pun, bilik tu nice. Bilik mandi pun. Cuma takde bath tub je. Tapi aku try negotiate. Minta dia keluarkan katil single tuh. Luas sket ruang. Tapi last2 dia bagi aku bilik Superior yang superb...


lost paradise resort feringghi, resort penang, bilik lost paradise resort


lost paradise resort feringghi, resort penang, bilik lost paradise resort
 [Bahagian dalam bilik]


Bilik yang dia bagi ni memang best. Cuma kena menapak jauh sket sebab bilik ni yang paling hujung sekali. Tapi takpe. Berbaloi. Oh ye. Rekaan dalaman setiap bilik kat Lost Paradise Resort ni bertemakan ala2 Bali. So kalau nak feel ala2 Bali sket, meh datang tdo kat sini. Sesuai untuk honeymoon.


lost paradise resort feringghi, resort penang
[Saje snap gambar pintu bilik orang laen. Hahaha...]


Kat bawah ni korang boleh tengok beberapa pemandangan di Lost Paradise Resort Feringghi.


lost paradise resort feringghi, resort penang


lost paradise resort feringghi, resort penang


lost paradise resort feringghi, pokok tertua di feringghi
[Pokok tertua di Feringghi, kata wife aku]


lost paradise resort feringghi, resort penang


lost paradise resort feringghi, resort penang
[Tempat bersantai petang2]


lost paradise resort feringghi, resort penang
[Belakang pintu ni tempat parking kereta sebenar nyer]


lost paradise resort feringghi, resort penang, pemandangan resort


Bagi aku, Lost Paradise Resort ni memang terbaek untuk honeymoon. Lagi2 kalo korang minat bilik style Bali. Untuk family pun sesuai. Sebab dia ada banyak bilik yang ala2 apartment. Kalo korang berminat, korang boleh la rujuk poskad kat bawah nih.


lost paradise resort feringghi, resort penang


Thursday, July 3, 2014

Suku Akhir World Cup 2014

Rasa nyer ni first time aku buat entri pasal World Cup 2014. Tak sempat nak buat ulasan sendiri. Hehehe... Apa pun, team aku dua2 dah tersingkir. Korea Selatan awal2 lagi dah bungkus. Team dah tak power macam era Park Ji Sung ngan Ahn Jung Hwan dlu. England yang power dengan liga EPL nyer pun dah awal2 lagi book tiket flight balik. Tengok style permainan pun tau dah memang tak boleh pergi jauh.


world cup 2014, quarter final, suku akhir


Sebab dua2 team aku sokong dah tersingkir, so haruslah aku pilih team baru untuk aku sokong. Baru la ada motivation sket untuk tengok tengok World Cup. Hehehe... Pilihan aku adalah team Netherland (Holland) sebab aku sker dengan corak permainan diorang walaupun team ni belum tentu boleh jadi juara atau tak. Team2 lain yang aku rasa boleh jadi champion adalah team Brazil, France dan Germany.


p/s: team korang macam mana? tersingkir awal jugak ke?


Tuesday, July 1, 2014

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Tak update punyer tak update, last2 World Cup pun dah start. Ramadhan pun dah tiba. Punyer la malas + tak sempat nak update blog. Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. So amacam puasa pertama korang hari tuh? Okay or not so okay? Hehehe...


puasa, ramadhan, 1435 hijrah





Dengan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kat korang. Semoga kita dapat menggunakan bulan Ramadhan tahun ini dengan sebaik yang mungkin. Time berbuka tu, jangan makan banyak sangat ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...