Masa cuti sekolah hari tuh, btol2 sebelum sesi persekolahan tahun 2015 bermula (lepas kena tangguh sebab banjir), aku ngan wife aku sempat singgah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Saje bawak wife aku jalan2 sebab dah banyak kali aku janji nak bawak dia pergi, tapi tak pergi2. Padahal kampung aku kat Kuala Kangsar je pun. Bukan jauh mana pun. Hehehe...
Aku pun dah lama tak menjejak kaki kat sini. Last time mungkin masa aku still sekolah rendah lagi. Masa tu kecik kan. Mana nak ingat apa2 pun. Masa aku pergi hari tuh, cuaca memang baek punya. Elok je memancar matahari, tegak di atas kepala. Amek gambar kat luar pun jadi tak berapa cantik, sebab muka berkerut (yang ni aku).
[Rumah asal Kellie yang musnah lepas kena bom masa perang]
Macam yang aku stated dalam caption yang atas tu, gambar atas tu sebenar nyer rumah asal Kellie. Gambar yang korang nampak cantik mula2 tadi (gambar paling atas) yang tu Istana Kellie, yang dibuat sebagai expansion kepada rumah Kellie. Istana Kellie yang tak sempat siap sebab pembinaan tergendala lepas owner dia, William Kellie Smith meninggal. Gambar kat bawah ni untuk view yang lagi jelas.
[Kiri: Rumah Kellie. Kanan: Istana Kellie yang tak sempat siap]
Sebelum kematian William Kellie Smith, construction dah beberapa kali tergendala. Antara disebabkan oleh faktor kewangan dan juga akibat wabak Spanish Flu yang melanda pada waktu itu, menyebabkan kematian pekerja-pekerja construction ketika itu.
[Bahagian dalam Istana Kellie yang diolah semula berdasarkan era pada waktu itu]
Sebenar nyer ada pelbagai misteri yang menyelubungi Kellie's Castle sebenar nyer. Tapi mungkin aku akan ulas dalam entri2 yang seterus nyer, kalau aku rajin. Kalau aku rajin ye. Hehehe... Antara nyer yang mungkin menarik minat korang.
[Hallway yang dikatakan BERHANTU]
Jeng Jeng Jeng...































